Resipi Roti Naik Paling Mudah Menggunakan Bahan Asas Sahaja
Hi semua ! CX kembali lagi kali ini. CX banyak idea nak update blog tapi itulah, masa dan kerajinan tu hilang tak tahu pergi mana. Okay jom kali ni CX nak kongsi resipi roti naik menggunakan bahan asas sahaja. Jika sebelum ini, CX memang nak sangat buat roti dan percubaan sebelum ini semua tak berapa nak menggebu dan menjadi sangat. Ianya agak sedih ya sebenarnya. Nak buat roti tapi jadi macam makan kek pon ada juga tau haha! Sedih hidup.
Kemudian haritu suami CX cakap cari resipi roti dekat youtube. CX tak terfikir pula sebab kepala kita asyik dengan tiktok sahaja kan? Almaklum, tiktok kan banyak kongsi resipi macam-macam. Mudah senang dan ringkas. Tidak complicated. Tapi itulah, ada benda yang tak semuanga dikongsi. Jadinya, CX pon pernah terlintas untuk join kelas buat roti tau tapi Alhamdulillah belum sempat masuk kelas, CX dah jumpa resipi paling menjadi kalau cuba buat tau. Seronok sangat!
Resipi Roti Naik Paling Mudah |
Resipi Roti Naik Paling Mudah
Bahan-bahan Roti Naik
1/2 sk Garam
250g Tepung Gandum
30g Susu Tepung
40g Gula Pasir
1sk Yis Instant
1 biji Telur Gred A/B
40g Kiub Ais
40g Air Sejuk Peti Ais
30g Marjerin
Cara-cara Membuat Roti Naik
- Masukkan 1/2 sk garam ke dalam mesin adunan. Cx guna bread maker sahaja.
- Kemudian masukkan 250g tepung gandum. Diikuti 30g susu tepung.
- Campurkan 40g gula pasir. Kemudian boleh masuk sekali satu (1) sudu kecil yis instant.
- Boleh masukkan pula satu (1) biji telur gred A/B.
- Akhir sekali 40g kiub ais dan 40g air sejuk peti ais.
- Boleh mula putar bread maker menggunakan speed paling rendah selama lima (5) minit. Ulikan doh.
- Selepas lima (5) minit, bolehlah masukkan pula 30g marjerin ke dalam bread maker yang ada doh tadi.
- Uli doh tersebut selama 20-30 minit dengan kelajuan tinggi. Ada TIPS di sini. Nanti CX kongsikan akhir sekali okay.
- Selepas 30 minit doh diuli, bolehlah sapukan tangan dengan minyak masak supaya doh tidak melekat di tangan sebab doh kita lembut.
- Kemudian dibahagikan doh kepada doh kecil anggaran berat CX buat 30g setiap satu (1) doh. Ikut korang jugalah nak size macam mana sekalipun. Anggaran 20-22g pon boleh.
- Dah selesai bahagikan doh, bolehlah mulakan rounding doh-doh tersebut. Kiranya kita bulat-bulatkan doh tersebut. Biar licin dan cantik doh kita.
- Step sererusnya, kita masukkan dalam loyang yang telah disapu marjerin/minyak (supaya tidak melekat).
- Biarkan doh mengembang dalam anggaran 30-45 minit.
- Selepas doh dah mengembang, boleh panaskan oven dulu selama 10 minit untuk suhu 160c. Bergantung juga kepada oven masing-masing ya.
- Sementara tunggu oven panas, bolehlah spray/renjis air kosong dekat atas roti naik kita tadi. TIPS ini supaya roti kita kekal lembut dan tak kering ketika dibakar.
- Sebelum masuk oven, CX taburkan gula pasir atas doh roti. Jangan tabur awal ya. TIPS ini supaya gula tersebut tidak menyerap ke dalam doh roti naik kita.
- Bakar roti naik sampai dia masak cantik. Bila dah siap bakar, biarkan lima (5) minit dalam loyang di luar oven.
- Kemudian bolehlah sapukan marjerin/planta di atas roti kita tadi supaya roti kekal cantik lembab berkilat.
- Dah siap untuk dihidang!
Resipi Roti Naik Paling Mudah |
Tips Rahsia Resipi Roti Naik
Okay, sebelum CX menutup tirai, CX nak kongsikan tips yang Cx cakap akan cerita kemudian tu. Tips pertama sekali untuk doh resipi roti naik. Tips dia adalah, pastikan ulian doh roti naik memberi kesan elastik atau windowpain. Kiranya apabila ditarik, dia tidak putus. Meregang elok. Jika korang belum dapatkan tekstur tersebut, sila jangan risau. Korang uli sahaja lagi doh sehingga jadi elastik okay. Jangan risau.
Macam CX sendiri, selepas 30-45 minit ulian pertama, CX tambah lagi satu (1) kali pusingan ulian menggunakan bread maker. InShaaAllah doh roti naik akan elastik cantik. Jadi, CX doakan korang buat sekali sahaja terus jadi okay! Selamat mencuba!
Resipi Roti Naik Paling Mudah |
0 Comments