Pregnancy Expectations vs Reality

Pregnancy Expectations VS Reality

Hi semua! Lama betul ya CX tak kemaskini blog. Idea tu banyak, macam-macam nak tulis tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Inipon dah lama nak tulis tentang pregnancy journey tetapi asyiklah tertunda. CX nak tulis pasal ni sebab dok terkenangkan saat mengandung dululah. Kemudian CX bandingkan pula dengan apa yang CX expect sebelum pregnant. 

Dulu Ingatkan Bila Mengandung, Indah Belaka.

Dulu masa awal-awal kahwin, CX fikir dan ingatkan bila mengandung nanti, mesti indah belaka dan menyeronokkan. Iyalah, banyak benda yang CX rasa keseronokkan dia berbanding kelemahan. Namun, CX silap. Tapi tidak mengapa ya kawan-kawan. Itu nanti CX cerita di perenggan seterusnya. Sekarang ini bagi CX cerita terlebih dahulu apakah keindahan yang CX dok bayangkan selama ini ketika di awal perkahwinan tengang mengandung. 

Pregnancy Expectations vs Reality
Pregnancy Expectations vs Reality


Puasa Penuh 

CX selalu bayangkan kalau kita tengah mengandung, CX bolehlah puasa penuh. Ya kawan-kawan. Memang ketika kehamilan CX yang pertama, sungguh dapat puasa penuh ya.  Tak pening kepala nak kena ganti pon puasa macam tahun-tahun sebelumnya.  Sungguh ya CX rasa seronok sebab dapat puasa penuhsebulan tanpa tertinggal sehari pon.  Korang pon ada rasa macam CX tak? Mesti ada kan? 

Boleh Makan Macam-Macam

Memang satu keseronokkan bila dapat makan macam-macam ketika mengandung.  Mana tidaknya, orang kata bila mengandung sahaja mesti akan ada rasa macam-macam keinginan nak makan pelbagai makanan.  Ketika kehamilan pertama dan kedua, memang seronok sungguh sebab macam-macam makanan CX nak makan dan boleh makan beriya tanpa risau sikit pon.  Memang kenyang makan sahaja ya. Tidak ada yang perlu dirunsingkan sedikit pon.  


Boleh Pergi Berjalan 

Kononnya dulu fikir, boleh dan senang lenang kemana sahaja sebab tak perlu nak fikir sakit perut senggugut atau pad penuh atau sebagainya yang berkaitan ketika period.  Almaklum, bila kita period, selalu badan macam lemau tau. Kemudian asyik bad mood.  Tetapi bila CX mengandung, CX dok fikir seronoklah dapat jalan-jalan cari makan semua tu.  

Tidur Secara Tenang 

Ini paling best CX dok bayangkan ketika mengandung.  CX boleh tidur secara tenang dan bersenang lenang.  Yalah mesti pasangan kita faham yang kita bawa perut, makanya dapatlah rehat tidur setenangnya.  Konon dapatlah tidur 24/7 tanpa gangguan sekeliling.  Haha! 

Pregnancy Expectations vs Reality
Pregnancy Expectations vs Reality

Dulu Ingatkan Bila Mengandung, Indah Belaka. Rupanya . . 

Memang masa sebelum kahwin dan ketika mengandungkan anak pertama, CX ingatkan semuanya indah belakalah macam yang CX kongsikan dekat atas.  Tetapi semua sangkaan CX meleset ya. Ketika kandungan pertama, memang seronok sebab keindahan itu ada belaka.  Tetapi apabila masuk kandungan kedua, segalanya berubah 360 darjah. Semua keindahan itu lenyap selenyapnya ya! Jom CX kongsikan apakah yang CX alami. 

Tak Cukup Puasa Sebulan

Ketika anak pertama, memang CX puasa penuh.  Satu kepuasan dapat puasa penuh tetapi apabila kehamilan kedua, CX tak boleh nak puasa ya sebab ketika itu dah trimester ketiga dan baby kurang gerak bila CX puasa.  Doktor sarankan agar tidak berpuasa sebab risau dekat baby.  Makanya CX tidak dapatlah berpuasa.  Dua hari sahaja tetapi terpaksalahkan sebab demi anak dalam kandungan. Risau woi! Benda ini boleh membabitkan bahaya untuk ibu dan anak. 


Alahan Mual dan Muntah

Alahan ini masa kandungan pertama, sekadar mual bila gosok gigi sahaja. Tetapi bila mula anak kedua, CX mual pagi hari dan sampai muntah hijau. Air perut orang kata sebab kita tak boleh nak masuk makanan dalam mulut. Jadinya angin dah berkampung.  Maka menjadi-jadilah mual dan akhirnya muntah hijau. Perit ya! 

Ketika anak ketiga, tak berapa teruk sangat.  Anak keempat pula CX mual-mual biasa juga macam anak pertama.  Anak last ni Ya Allah! melepek ya! Sampai tiga bulan CX mual muntah-muntah.  Tak boleh makan. 

Pregnancy Expectations vs Reality
Pregnancy Expectations vs Reality


Pengalaman Berbeza-Beza Ketika Mengandung 

Banyak lagi CX nak cerita tetapi cukuplah di sini. Mesti korang pon ada pengalaman sendiri kan sepanjang tempoh kehamilan setiap anak? Tetapi apa-apa pun CX bersyukur Allah kurniakan pengalaman yang indah ini.  Syukur Allah izinkan untuk merasai semuanya sepanjang kehidupan CX.  Sungguh lain anak, lain ragamnya.  Kita pon jadi lain wataknya mengikut peredaran masa dan keadaan bilangan anak-anak. Okay, itu sahaja yang CX nak cerita.  Waima sebenarnya entry ini dah lama dalam draft, akhirnya dapat juga CX habiskan. Nampak sangat tak ada masa nak tulis blog sekarang ini kan? Tapi rindu sangat tau!

Post a Comment

0 Comments