Khal In Sanivir Membantu Melegakan Selesema Batuk Dan Demam

Apa Itu Khal In Sanivir?

Khal seperti yang kita tahu, ianya adalah perkataan dalam bahasa arab yang membawa maksud perahan buah-buahan terpilih bagi menghasilkan cuka.  In Sanivir pula adalah ramuan yang di adun khas untuk memberi kelegaan pada orang yang sedang dalam keadaan demam, selesema, batuk dan seangkatan denganya.  Khal In Sanivir adalah keluaran Oxymel yang merupakan produk muslim dan halal sudah semestinya.  

khasiat cuka kurma
Khal In Sanivir Membantu Melegakan Selesema Batuk Dan Demam

Pada cx, ini merupakan salah satu inisiatif yang kita ada selain ubat-ubatan dari klinik dan hospital.  Cx cuba amalkan makanan sunnah seperti yang disarankan oleh Nabi saw kita.  Macam cuka kurma Oxymel Khal In Sanivir ini sendiri mengandungi bahan-bahan semulajadi yang baik untuk kita amalkan.  InshaAllah.  

Khasiat Cuka Kurma Oxymel Khal In-Sanivir

Jika cx nak cerita tentang khasiat cuka kurma Oxymel Khal In-Sanivir ini memang ada banyak sangat.  Jadi, cx cuba ringkaskan untuk korang faham dan jelas apakah khasiat cuka kurma Oxymel Khal In-Sanivir ini.  Cx senaraikan di bawah okay:

  • Membantu melegakan selesema, batuk dan demam. 
  • Membantu meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu
  • Membantu melegakan masalah sakit kepala, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
  • Membantu memberikan kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya. 
  • Membantu bertindak sebagai fast response dalam melawan virus berkaitan common flu. 
  • Membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selsema
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu badan kita agar mudah sendawa dan buang angin.

khasiat cuka kurma
Khal In Sanivir Membantu Melegakan Selesema Batuk Dan Demam

Membantu Melegakan Masalah Selesema, Batuk dan Demam

Secara keseluruhannya, apabila kita mengamalkan cuka kurma Oxymel Khal In-Sanivir ini, sedikit sebanyak ianya membantu dalam melegakan masalah kesihatan yang biasa.  Macam sekarang ini, kita juga cakna akan keadaan yang sekejap demam, sekejap selesema, kemudian batuk.  Lagi-lagi apabila melibatkan anak-anak yang bersekolah.  Memang anak-anak cx tak reda tau, bersambung-sambung tidak sihat yang melibatkan demam, batuk dan selesema. 

Jadinya, ini salah satu alternatif lain yang cx ambil untuk membantu melegakan jangkitan batuk selesema demam antara cx sekeluarga. InShaaAllah atas izin Allah jua. 

Bahan Terbaik Cuka Kurma Oxymel Khal In-Sanivir 

Cuka kurma Oxymel Khal In-Sanivir ini mengandungi bahan-bahan terpilih dan terbaik didalamnya.  Bahan utama cuka kurma Khal In-Sanivir adalah cuka kurma ajwa, madu hutan, ekstrak daun pudina dan ekstrak rumpai laut.  

Paling penting, cuka kurma Oxymel Khal In-Sanivir ini halal dan semestinya diyakini suci lagi bersih.  Kalau korang nak tahu, cuka kurma Oxymel Khal In-Sanivir ini adalah buatan tangan dan perapan sendiri. 

khasiat cuka kurma
Khal In Sanivir Membantu Melegakan Selesema Batuk Dan Demam

Cara Pengambilan Khal In-Sanivir

Cara pengambilan Khal In-Sanivir mudah sahaja tetapi cx nak ingatkan, pengambilan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza ya.  Tapi cara nak simpan dia hanya letak dalam suhu bilik sahaja.  Cuma, cuba elakkan daripada haba dan cahaya matahari.  Tidak perlu simpan dalam peti ais. 

Cara Pengambilan untuk Dewasa :

Bagi orang dewasa macam cx, hanya perlukan satu (baca:1) untuk sekali minum.  Diambil selepas makan ya.  Kemudian jangan lupa untuk minum air putih sebanyak dua (baca:2) gelas.  Minum cuka kurma Khal In-Sanivir dua kali sehari atau apabila perlu sahaja atau sehingga gejala sembuh. 

Cara Pengambilan untuk Kanak-kanak : 

Bagi kanak-kanak pula, untuk yang berusia empat (baca:4) tahun ke atas ya.  Boleh minum satu (baca:1) sudu kecil selepas makan.  Pastikan minum air putih dua (baca:2) gelas.  Minum dua kali atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh. 

khasiat cuka kurma
Khal In Sanivir Membantu Melegakan Selesema Batuk Dan Demam

Testimoni Peribadi Khal In-Sanivir

Selepas barang cx sampai di rumah, cx ambil masa juga untuk amalkan. Memang sekarang musim tak sihat sahaja memanjang.  Kami sekeluarga pon asyik kejap-kejap batuk selesema demam. Selepas seorang, seorang lagi pula berjangkit.  Boleh tahan letih juga dibuatnya ya.  Lagi-lagi apabila melibatkan anak-anak kecil yang bersekolah. 

Apabila cx mula rasa tidak sedap badan, selesema mula menyerang dan tekak dah tak sedap rasa, cx pon amalkan hari-hari minum Khal In Sanivir.  Setiap hari cx akan makan satu sudu dan kemudian minum air putih-putih banyak-banyak. 

Dengan izin Allah syukur Alhamdulillah, cx dapat rasa perubahannya.  Khal In Sanivir membantu melegakan selesema cx. Hidung cx yang tersumbat pon dah lancar pernafasan.  Lega sungguh rasanya. Tekak cx yang macam nak batuk pula mula beransur hilang rasa tersebut. Ohya, selain itu, badan cx pon rasa lebih ringan dan segar.  Waima ada satu hari itu cx tidak cukup tidur, tetapi asbab mengamalkan Khal In Sanivir dengan izin Allah, badan cx tidak lesu.  Rasa elok sahaja. Kalau tidak memang letih sangat sebab tak cukup tidur. Syukur Alhamdulillah. 

khasiat cuka kurma
Khal In Sanivir Membantu Melegakan Selesema Batuk Dan Demam


Jom dapatkan Khal In Sanivir sekarang di Shopee: Khal In Sanivir okay!


Post a Comment

0 Comments