Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Kasut Sekolah Pallas Hitam Jenis Velcro

Sekejap sahaja masa berlalu, anak-anak membesar, pejam celik, mereka akan naik tahap baharu pada bulan tiga tahun 2024 ini. Disebabkan itu, anak cx yang si kakak dah mula rasa kasut sekolah pallas dia ketat dan sukar untuk dipakai setiap hari ke sekolah.  Makanya, kita sebagai mak abah kenalah belikan kasut baru untuknya. 

Kasut sekolah Pallas hitam jenis Velcro ini memang terbaik dan best sangat pakai.  Kalau korang nak tahu, Velcro ini kegunaan dia dalam kasut adalah mudah untuk dipakai dan ditanggalkan.  Velcro yang didatangkan dengan penutup cangkuk dan gelung lebih mudah untuk dipakai oleh anak-anak berbanding tali.  

kasut sekolah pallas jazz
Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Kasut sekolah Pallas dengan velcro memudahkan anak untuk memakai dan menanggalkannya semula.  Lagipun, ia boleh membantu anak-anak belajar memakai kasut sendiri.  Tambahan lagi, kasut sekolah Pallas hitam jenis velcro sangat tahan lasak tau.  Ianya sangat selesa dipakai dan menyokong penuh kaki anak kita yang memakainya. 

Kasut Sekolah Pallas Jazz Tetap Menjadi Pilihan

Kasut sekolah Pallas Jazz tetap menjadi pilihan kami sekeluarga.  Anak-anak cx pon suka dengan kasut sekolah Pallas Jazz ini sebab banyak ciri-ciri keistimewaannya. Jom cx ceritakan apakah ciri-ciri keistimewaan kasut sekolah Pallas Jazz yang sangat disukai anak-anak. 

Ventilation System

Kasut sekolah Pallas Jazz mempunyai sistem ventilation yang baik untuk si pemakai.  Ianya direka khas dengan rongga kecil yang ada untuk mengekalkan keselesaan dan kenikmataan kaki anak-anak. 

Rubber Insole

Kasut sekolah Pallas Jazz ada ciri-ciri yang baik dengan implement rubber insole.  Rubber insole ini lebih kepada untuk dapatkan lantunan tambahan yang kita perlukan setiap kali kita mengambil langkah menggunakan kasut sekolah Pallaz Jazz ini. Kiranya bila kita pakai, rasa sedaplah kaki untuk memijak dan selesa sangat untuk berjalan sepanjang hari. 

X-Light

Kasut sekolah Pallas Jazz juga dicipta dan direka khas dengan ciri-ciri X-light. Ianya direka untuk keselesaan kaki si pemakai.  Kesan X-light ini membuatkan kita rasa lebih ringan ketika berjalan.  Mungkin boleh jadi kita rasa macam mampu terbang di awangan. Betul ringan dan selesa sangat. 

kasut sekolah pallas jazz
Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap 205-0200 Black

Kali ini anak cx si kakak pilih kasut sekolah Pallas Jazz hitam Single Velcro Strap 205-0200. Kasut sekolah Pallas Jazz hitam Single Velcro Strap 205-0200 ini sangat cantik design dia.  Apabila cx tunjuk sahaja dekat kakak, dia suka sangat dan terus mencubanya.  Selesa sangat ya bila pakai kasut sekolah Pallas Jazz hitam Single Velcro Strap 205-0200 ini.  Kakak cakap kasut dia ringan dan kaki sangat selesa tak sakit pon.  Seronok kakak bila dapat kasut baharu dari Pallas Jazz design single velcro strap 205-0200. 

Lagipun, kasut sekolah Pallaz Jazz Single Velcro Strap ini harganya sangatlah berpatutan dan mampu milik.  Sesuai dengan design dan kelebihan yang ada.  Pilihan saiz dia pon banyak juga mengikut anggaran kaki anak masing-masing.  Macam anak cx si kakak, dia pakai saiz 10 memandangkan kaki dia tidaklah besar mana pon. Korang boleh tengok guideline yang diberi untuk pemilihan saiz kasut yang sesuai. 


kasut sekolah pallas jazz
Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Ciri-ciri Istimewa kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0200

Jom cx kongsikan pula ciri-ciri istimewa kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0200 dengan korang.  Antara ciri-ciri istimewa adalah seperti berikut:

Velcro Strap Design

Mempunyai reka bentuk tali velcro seperti yang cx terangkan di atas. Korang boleh scroll dan baca semula okay.

Sistem Pengudaraan yang Baik

Kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro membantu kaki anak cx sejuk atau lebih mudah faham, kaki tidak berkuap disebabkan terlalu lama pakai kasut siap berstokin.  Kasut sekolah Pallas Jazz ini mempunyai sistem pengudaraaan unik yang direka khas.  Bahagian atas kasut dibuat dengan mesh dan digabungkan dengan PVC. 

X-Light Design

Macam yang cx terangkan dekat atas, kasut Pallas Jazz Single Velcro ini mempunyai X-light design yang mana mempunyai berat superlight tambahan dan ianya terbukti mampu membuatkan kasut sekolah terasa lebih ringan ketika digunakan. 

Arch Support

Kasut sekolah Pallas Jazz Single Velcro juga direka khas dengan kusyen insole yang mempunyai 'arch support'.  Arch support ini bagus dan boleh dikatakan penting juga ya sebab dia boleh membantu melegakan ketegangan pada otot kaki kita. 

kasut sekolah pallas jazz
Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Pallas Back To School Contest

Kalau korang nak tahu, sekarang ini sedang berlangsung Pallas Back To School Contest tau! Rugi kalau korang tak ambil peluang yang ada. Jom beli dan menang sempena Pallas Back To School. Hanya dengan tujuh langkah mudah untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan. Mesti korang nak tahu hadiah-hadiah yang ditawarkan kan? Korang boleh layari laman web www.pallas.com.my

7 Langkah Mudah Memenangi Hadiah-hadiah Lumayan

  1. Beli sepasang kasut sekolah Pallas dan simpan Kod Bar Asal.
  2. Dapatkan borang penyertaan dari Pallas Malaysia Facebook atau www.pallas.com.my
  3. Salinan fotostat borang penyertaan juga diterima. 
  4. Tampalkan Kod Bar Asal di ruangan disediakan (dalam borang)
  5. Lengkapkan butiran peribadi dan jawab soalan dengan betul
  6. LIpat dan lekat borang mengikut garisan panduan
  7. Kirim borang dan pastikan ia sampai di International Footwear (Penang) Sdn. Bhd sebelum atau pada 31 Mac 2024. 

kasut sekolah pallas jazz
Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Kasut Sekolah Pallas Jazz Hitam Single Velcro Strap Review

Secara peribadi, kasut sekolah Pallas Jazz hitam Single Velcro Strap ini sangatlah best ketika dipakai.  Ini adalah review jujur daripada anak cx si kakak ya. Kasut Pallas Jazz Single Velcro Strap ini sangat sedap apabila dipakai.  Ianya lebih ringan dan tidak berat. Mempunyai design yang cantik dan menarik juga.  Anak cx si kakak suka sangat sebab awal-awal cx tunjukkan kasut dia, terus dia teruja cakap cantiknya ! 

Selain itu, kasut Pallas Jazz ini nampak macam tebal tetapi sebenarnya tidak pon.  Kasut pon sangat ringan dan selesa apabila dipakai.  Kaki kakak pon tidak sakit disebabkan kasut sekolah Pallas Jazz ini mempunyai tapak kasut yang tebal dan support tumit kaki. Anak pon seronok sangat. Korang memang kena cuba sendiri kasut sekolah Pallas Jazz ini.  Kualiti dia memang terbaik dan tak menyesal beli. Anak-anak cx memang pakai kasut sekolah Pallas Jazz sahaja sebab ianya memang sangat recommended untuk dipakai anak-anak kita.  Biar selesa dan seronok untuk ke sekolah setiap hari. 

Boleh beli online di  www.wow2wee.com

Post a Comment

3 Comments

Nina Mirza said…
Kak Nina pun dah sesiapkan kasut Sekolah untuk anak-anak. Pallas pilihan kitaorang
Nadia Johari said…
Anak nad pun pakai kasut pallas ni..senang jenis lekat macam ni