AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral

Zikir Plugin Viral

Jika sebelum ini , cx pernah beli zikir plugin viral sebab nak rumah sentiasa beralunan zikir setiap masa 24/7.  Lama juga cx dah beli dan guna zikir plugin viral sampailah pada suatu hari suami cx tanya, bacaan al-quran dalam zikir plugin viral tersebut lengkap atau tidak? Maksudnya bacaan surah yang ada, adakah dia sekadar bacaan ruqyah dan zikir sahaja? Atau ada bacaan penuh banyak surah.  Cx pon waktu tersebut cakap, takpelah sebab cx nak sekurang-kurangnya ada alunan zikir dan bacaan surah Al-Quran dalam rumah. 

AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral
AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral

Alunan Bacaan Al-Quran Dalam Rumah Membawa Barakah

Mahu dijadikan cerita, pada suatu hari, ketika cx tengok ceramah agama yang fyp di tiktok cx, ada lalu satu video agama tentang alunan bacaan al-quran tau.  Ketika itu yang bagi ceramah adalah Ustaz Wadi. Cx ingat lagi kata beliau; 

Pasang Quran dalam keadaan semua orang dengar, pasang Quran dalam keadaan kita buat kerja, dan sambil-sambil boleh dengar, pasang! . Tak tahu tang mana mana dia punya barokah, tang mana dia punya kesan, tang mana dia punya pengaruh, tang mana, kita tidak tahu. 

Kadang-kadang dengan ayat itulah, membuatkan binatang bisa tidak masuk ke dalam rumah, dengan ayat itulah membuatkan malaikat datang kerumun dalam rumah kita (ramai). Dengan ayat itulah menghalang sihir untuk tak boleh masuk dalam rumah. Tak tahu tang mana tak tahu. .  . Dengan mana-mana ayat itulah juga, ahli rumah kita dengar, kemudian itu dia (alunan bacaan al-quran), jadi rawat ahli keluarga kita yang sakit. banyak! Pasanglah Quran. - ustaz Wadi

Bermula daripada ceramah ustaz Wadi inilah cx terus rasa macam, cx nak kena cari zikir plugin viral yang ada bacaan alquran penuh 30 juzuk.  Pada awalnya agak susah cx nak jumpa.  Tak tahu kenapa sukar betul jodoh nak jumpa. 

AlQuran Speaker 30 Juzuk 

Akhirnya pada awal tahun 2024, cx buat keputusan untuk beli al-Quran speaker 30 juzuk dan zikir plugin viral. Waktu sampai pada 5hb January, cx rasa sangat teruja nak cuba pasang.  Cx pon keluarkan daripada kotak dan pasang dekat suis. MasyaAllah! seronok rasa akhirnya dapat juga Al-Quran speaker 30 juzuk ini.  Tenang sahaja mendengar alunan bacaan Al-Quran kalam Allah. Waktu cx beli, ketika itu dapat potongan 70%, memang berbaloi sangat.  Kalau korang nak dapatkan potongan sehingga 70%, nanti cx kongiskan tips dia okay. Tapi tunggu dulu. Cx nak review jujur terlebih dahulu.  

Ohya! ini bukan entry product review tau! Ini cx beli guna duit sendiri ya. Cx beli Al-Quran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral dekat pakcik sopi je. Tak jauh mana pon. Harga dia boleh pergi dalam lingkungan RM49.90-RM50.90 .  Tetapi cx dapat diskaun ! 

AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral
AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral

Kelebihan Alunan Bacaan Al-Quran Dalam Rumah

  • Merupakan Sunnah Nabi saw, mendengar bacaan Al-Quran daripada orang lain.
  • Rumah akan terasa luas bagi penghuninya
  • Dihadiri dan dipenuhi oleh para malaikat
  • Syaitan akan pergi meninggalkan rumah
  • Hadir banyaknya kebaikan dalam rumah tersebut

Kelebihan alunan bacaan ayat Al-Quran dalam rumah di atas cx ambil dan rujuk melalui perkongsian daripada Ustaz Dr. Abdullah Zaen, lepasan sarjana jurusan Aqidah, di Universiti Islam Madinah.  

Ciri-Ciri Al-Quran Speaker 30 Juzuk

Secara peribadi, cx sangat suka dan puas hati dengan Al-Quran speaker 30 juzuk dan zikir plugin viral ini.  Al-Quran speaker 30 juzuk merangkumi bacaan ayat-ayat Quran 30 Juzuk penuh, Ruqyah, Zikir dan Dua untuk penyakit. Tetapi cx memang suka dengar bacaan ayat Quran sahaja setakat ini. Sejuk dan tenang sahaja hati. Ayat Quran itu kan penawar kita sebagai orang Islam. Betul tak? 

Al-Quran speaker 30 juzuk ada bagi user manual sekali untuk jadi rujukan kita.  Tetapi memang kadang-kadang dia jadi tak tahu nak tekan apa apabila tak tengok user manual.  Dia ada empat button tau alquran speaker 30 juzuk ini.  

Butang Pertama: Quran

Butang pertama dengan gambar Quran berfungsi sebagai butang play dan pause jika kita tekan sekali macam tu. On Off button pon betul juga.  Tetapi kalau kita tekan lama macam beberapa saat, dia akan buka semua bacaan Al-Quran yang ada dalam list.  Jadi loop playback selama 24/7 tanpa henti.  

Butang Kedua: Ruqyah

Butang kedua dengan gambar bulan dan masjid merupakan bacaan Ruqyah.  Kalau kita tekan sekali, dia akan mulakan bacaan Ruqyah yang merangkumi juzuk amma.  Cx suka juga play Ruqyah ini sebab dapat ikut baca sekali. Kemudian kalau kita tekan lama, dia akan play senarai bacaan Ruqyah selama 24/7 tanpa henti okay. 

Butang Ketiga: Zikir

Butang zikir ini kalau tekan sekali, dia akan berfungsi sebagai next button.  Kalau tekan lama beberapa saat, dia akan play zikir selama 24/7 tanpa henti juga. Dia akan ulang-ulang senarai zikir yang ada. 

Butang Keempat: Light

Butang ini fungsi dia kalau kita tekan sekali, dia boleh jadi sebagai volume button, untuk kecilkan dan besarkan suara speaker ikut kesukaan kita.  Kalau kita tekan lama-lama, dia akan tukar peranan untuk terang dan gelapkan lampu yang ada. Level lampu dia ada banyak dari malap sampai terang benderang.

AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral
AlQuran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral

Review Peribadi Al-Quran Speaker 30 Juzuk dan Zikir Plugin Viral

Kalau bab bacaan memang sedap di dengar, lembut sahaja bacaan qari.  Volume pula apabila cx tengok dekat review pakcik sopi tu, kebanyakkan orang cakap suara dia kuat sangat dan paling kecil volume pon masih dikatakan kuat.  Tetapi apabila sampai dekat cx, suara dia boleh seminima yang mantul! Dia boleh jadi minima volume untuk kita layan waktu tidur macam tu. Tenang sahaja tau. Kalau cx kuatkan volume, dari tingkat bawah bangunan ni, boleh sampai tingkat sembilan mampu dengar gema bacaan al-quran speaker ini. 

Cx ada pesanan untuk korang, kalau tiba-tiba al-quran speaker 30 juzuk korang tak boleh berfungsi waima dah pasang dekat suis, tiada bunyi atau lampu bercahaya gitu kan? Dekat sini ada trick dia untuk hidupkan kembali secara normal al-quran speaker 30 juzuk tu.  Cx dah kena tau sebelum ini banyak kali, waktu itu tidak tahu kenapa tak berbunyi.  Ingatkan rosak tau! sedih betul sebab cx betul-betul nak sangat al-quran speaker ini . 

Tetapi entah macam mana setelah cx chat seller tersebut, cx pon sambil lalulah baca review orang baru lagi kan dekat pakcik sopi tu.  Kemudian cx jumpa ada dia cakap kalau tekan satu butang itu dua kali, dia akan jadi sesuatu.  Kemudian cx terus terfikir, entah-entah cx tertekan double kot, sebab itu dia tak boleh nak on dah.  Cx pon terus cuba dekat al-quran speaker 30 juzuk yang cx dah simpan balik dalam kotak tu. Cx pon tekan dekat butang kedua yang untuk ruqyah tu sebanyak dua kali, double click macam tu. Pap! haaaa~ elok dia bunyi dan baca macam biasa. MasyaaAllah! Rupa-rupanya kalau buat macam itu, dia macam off lock tau al-quran speaker 30 juzuk kita. Allahurabbi! 


Post a Comment

0 Comments