Melancong Ke Indonesia
Cx tak pernah melancong ke Indonesia lagi tau tapi teringin juga sebab ramai rakan-rakan yang selalu kongsi perjalanan mereka ke sana. Tempat menarik cantik dan makanan pon boleh tahan sedap macam dekat Malaysia juga. Melancong ke Indonesia semestinya menjadi salah satu perkara yang ada dalam wish list cx. Lagipun, cx ada rakan-rakan di Indonesia, jadinya lagi rasa teruja nak pergi melancong ke Indonesia sebab boleh jumpa kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Jika cx tak silap tahun 2017 kami terakhir kali berjumpa. Rindu!
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia Tour Agency
Kalau cx ada kesempatan, peluang dan rezeki daripada Allah untuk melancong ke Indonesia, cx semestinya akan gunakan khidmat Travel Agency. Yalah, cx mana pernah melancong ke luar negara, lagi-lagi sendirian, memang tidaklah cx berani. Lagipun, bila guna travel agency, cx rasa lebih selamat dan percaya untuk melancong ke luar negara. Makanya kalau nak melancong ke Indonesia, cx akan pilih Sahabat Holidays Indonesia Tour & Travel Agency. Ini pon kawan blogger cx yang recommend sebab dia pernah pergi melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia.
Tambahan lagi, bila kita guna travel agency, mereka yang akan tentukan perjalanan dan jadual harian sepanjang melancong ke Indonesia. Makanya tidaklah cx pening nak rancang pergi kemana, nak makan apa, bila nak gerak, naik apa semua. Mudahlah kerja dan perjalanan cx kalau hendak ke mana-mana sebab Sahabat Holidays Indonesia dah aturkan semua. Kita tinggal ikut dan nikmati sahaja moment indah di sana. Tak payah nak pening-pening fikir. Semua benda pon Sahabat Holidays Indonesia yang buatkan. Ini sebabnya cx pilih Sahabat Holidays Indonesia untuk melancong ke Indonesia.
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
- Travel agensi berdaftar
- Berpengalaman lebih tujuh tahun dalam bidang pelancongan
- Dikelola dan dikendalikan oleh warga Indonesia yang berpengalaman
- Itinerary yang lengkap telah disediakan
Sahabat Holidays Indonesia Tour & Travel Agency
Sahabat Holidays Indonesia, diasaskan pada tahun 2019 oleh Encik Yusuf. Mempunyai pengalaman bekerja dalam Industri pelancongan sejak tahun 2011. Fokus Sahabat Holidays Indonesia adalah kepada Inbound Tours untuk pasaran Asia, seperti: Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura serta Pasaran Domestik.
Encik Yusof dengan lebih daripada tujuh (baca:7) tahun pengalaman, keberanian dan dedikasi terhadap pembangunan pelancongan di Indonesia, telah menjadi semangat dalam menubuhkan syarikat Sahabat Holidays Indonesia. Sahabat Holidays Indonesia komited untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua tetamu mereka. "Kepercayaan dan Kepuasan" Pelanggan adalah Keutamaan Sahabat Holidays Indonesia.
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
Cx kalau melancong ke Indonesia, cx nak pergi ke banyak tempat, lebih-lebih lagi ke Pekan Baru, Indonesia. Alasan? Semestinya cx nak jumpa kawan-kawan lama cx! Jadi, memang kena sangatlah pakej yang Sahabat Holidays Indonesia sediakan, tempat yang cx nak pergi ada dalam jadual. Seronok dan teruja sungguh cx rasa! Makanya, jom cx kongsi dengan korang pakej menarik yang Sahabat Holidays Indonesia Tour & Travel Agency sediakan sekitar Wilayah Sumatra Indonesia.
Medan Indonesia
Medan Indonesia adalah bandar terbesar di Sumatera. Medan merupakan bandar kelima paling ramai penduduk di Indonesia. Pertemuan pelbagai komuniti dunia telah menjadikan Medan sebuah bandar yang kaya dengan tradisi hidup nan kukuh. Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia adalah:
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
- Lake Toba
- Efrata Waterfall
- Holbungs Hills
- Ambarita Village
- Tomok Village
- Sigarantung Village
- Istana Maimoon
- Masjid Al-Mashun
- Sipiso-piso Waterfall
Banda Aceh Indonesia
Banda Aceh diiktiraf sebagai tempat transit akibat kedudukannya yang strategik dan menguntungkan. Merupakan pintu masuk pelancongan di pintu masuk paling barat ke Indonesia. Banda Aceh juga adalah sebagai hab pendidikan, perdagangan dan kerajaan. Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia adalah:
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
- Makam Sulthan Iskandar Muda
- Baiturahim Grand Mosque in Ulee Lheu
- Pantai Ulee Lheu
- Kapal Apung Lampulo
- Museum Aceh
- Shopping at Pasar Atjeh
- Pantai Lampuuk
- Pantai Lhoknga
Padang Bukittinggi Indonesia
Bukittinggi merupakan sebuah bandar yagn sering dikunjungi pelancong disebabkan iklim dan lokasinya yang agak mudah untuk dikunjungi. Bukittinggi adalah salah satu bandar terbesar di Sumatera Barat, Indonesia. Jumlah penduduk sekitar 100 ribu orang dan bekeluasan 25.24 km². Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia adalah:
- Ngarai Sianok
- Benteng Ford De Kock
- Istana Silindung Bulan
- Pagaruyung Palace
- Kiniko Souvenir
Pekan Baru Indonesia
Pekan Baru Indonesia adalah ibu kota dan kota terbesar di wilayah Riau Indonesia. Terkini Pekan Baru sedang berkembang pesat menjadi kota perdagangan yang multi etnik, keagamaan yang menjadi modal sosial dalam mencapai kepentingan bersama untuk manfaat dan kesejahteraan masyarakat. Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia adalah:
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
- Sang Nila Utama Museum
- Tuan Kadi House
- Pasar Bawah
- Sudirman Street Eat Durian
- An Nur Mosque
- Siak Royal Palace
- Muara Takus Temple
Palembang Indonesia
Palembang adalah satu bandar besar dan ibu negeri wilayah Sumatera Selatan Indonesia. Palembang merupakan bandar tertua di Indonesia yang dulunya pernah menjadi pusat empayar Srivijaya. Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia adalah:
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
- Museum Balaputera Dewa
- Traditional House Palembang (Limas House Melaka Gallery)
- Giant Al-Quran
- Songket Woven
- Masjid Agung
- Ampera Bridge Icon Palembang City
- Traditional Boat Palembang to Kamero Island
- Traditional Market
- Masjid Kiayi Merogan
- Taman Purbakala Sriwijaya
- Bukit Siguntang
- Pasar 16 Ilir Baru
Rancang Percutian Melancong Ke Indonesia Dengan Sahabat Holidays Indonesia
Okay cx dah boleh merancang percutian melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia. Menariknya di sini, Sahabat Holidays Indonesia bukan sahaja menawarkan pakej percutian ke Indonesia yang hanya tertumpu kepada Wilayah Sumatera sahaja tau. Kita juga boleh merancang hendak melancong ke mana sahaja sepelusuk Indonesia.
Cx kongsikan juga review yang telah dikongiskan oleh para pelancong yang menggunakan khidmat Sahabat Holidays Indonesia okay. Korang boleh nilai sendiri servis mereka. Korang juga boleh rujuk maklumat di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai pakej percutian yang disediakan Sahabat Holidays Indonesia. Boleh rujuk dan hubungi maklumat mereka di bawah:
Melancong Ke Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |
Website : www.sahabatholidays.com
Facebook : Sahabat Holidays Indonesia
Instagram : Sahabat Holidays Indonesia
Contact : Encik Yusof
1 Comments