Cek Masalah Blog cxopportunitis.com
Sejak kebelakangan ini, cx kerap juga cek masalah blog cxopportunities.com ini. Setelah sekian lama tidak cek sendiri. Macam biasa, cx akan cek melalui Google Search Console. Di situ memang akan tunjuk semua masalah yang blog kita hadapi. Macam blog cx, ada banyak sangat sampah sarap kena sapu, bersepah sangat! Jika sebelum ini cx tak berapa nak ambil pusing tapi bila rasa rugi tulis blog siap apply SEO segala tapi dalaman tak cantik, rugi banyak juga di situ.
Cx mula belajar satu-satu semula semua benda yang cx tak pernah sentuh pon. Jangan risau, dekat GSC tu semua benda dia tunjuk ajar. Tinggal kita rajin dengan tidak saja nak baca, faham dan buat. Ada juga yang cx tak berapa nak faham, makanya cx akan google tengok tutorial orang lain. Banyak juga membantu.
Cara Fix Page Indexing Not Found 404 |
Page Indexing Not Found (404)
Korang tahu tak apa benda masalah ni sebenarnya? Okay macam ni, cx terangkan berdasarkan kefahaman dan bahasa cx sendiri okay. Pertama sekali page indexing maknanya posting blog kita tu dah ada atau belum dekat dalam google search. Index ni macam kalau korang buka buku, dia akan ada dekat mula-mula sekali. Di awal muka surat buku. Maknanya point-point yang kita bincangkan dalam satu buku tu tapi kita senaraikan dekat depan supaya orang tahu buku itu cerita tentang apa di dalam dia. Jadi mudah kita nak cari terus tuju kepada point yang kita mahukan. Sama macam blog kita juga.
Tapi masalah sekarang, page yang ini dah sedia ada dalam index google search tetapi tidak ada halaman dia bila kita buka. Faham tak? Page hilanglah, tidak dijumpai sebab itu dia tulis Page Indexing Not Found (404). 404 itu pula adalah code yang mereka letakkan untuk masalah ini. Jadinya, cx tengah berusaha untuk cek semula kenapa page ini tidak ada dan tidak dijumpai.
Entry Telah Dipadamkan
Macam cx, cx memang tahu kenapa dia jadi page indexing not found (404) dalam blog ini. Ini disebabkan cx pernah buang atau padam entry lama-lama yang cx rasa tidak ada langsung manfaat dan mungkin ianya memalukan bila kita baca semula. Biasalah, zaman dulu kita berblog hanya sekadar macam tulis diari sahaja. Sekarang ini tidak sama tujuan kita dalam dunia blog. Betul tak? Cx tulis blog sejak tahun 2011. Jadinya, memang banyaklah entry yang tidak bermanfaat. Makanya cx pilih untuk delete sahaja.
Tetapi selepas delete, cx tidak ambil tindakan yang sepatutnya. Oleh sebab itu terjadinya page indexing not found (404). Macam dalam buku, cx koyakkan muka surat berkaitan point yang dibincangkan. Jadinya, bila korang tengok dekat index depan buku ada point-nya tetapi bila kita buka muka surat yang diberitahu, kita tak dapat nak jumpa dan ianya ada kesan koyak. Kesan koyak inilah yang dikatakan not found (404) tadi. Faham tak? Bahasa sendiri dah cx guna untuk jelaskan. Cx harap korang faham tau.
Cara Fix Page Indexing Not Found 404 |
Wajib Buat Removals Indexing
Selepas kita buang atau padam entry yang kita taknak tu, kita tak boleh biar saja. Bukan dikira selesai masalah kita bila dah delete entry tersebut. Sebenarnya tidak ya, cx sepatutnya kena ikut langkah seterusnya iaitu wajib buat removal indexing. Removal Indexing ini pula maksudnya macam kalau dalam buku tu muka surat dah tiada tetapi point dibincangkan masih ada dalam senarai index muka depan buku. Jadinya, cara cx nak bagitahu yang muka surat tersebut dah tiada adalah, cx kena padamlah point dekat dalam senarai index buku tersebut. Contohnya cx potong point yang dah tidak ada dalam buku itu. Jadi, orang faham yang point serta muka surat tersebut dah tiada dalam buku itu.
Sama macam dalam blog, cx kena buang link entry yang cx dah padam sebelum ini. Ini supaya dalam google search bila orang cari, tidak akan muncul lagi dengan tajuk berkaitan entry yang kita dah padam. Faham tak? Supaya nanti kalau kita tak remove index, bila orang search, dalam google search akan keluar entry blog kita tetapi bila orang tekan, page kosong yang keluar. Macam gitulah gamaknya.
Cara Fix Page Indexing Not Found (404)
Cara fix page indexing not found (404) agak leceh juga sebenarnya sebab nak kena cek satu persatu. Macam cx, terdapat 63 link yang page indexing not found (404). Boleh tahan ya nak kena hadap setiap satu link yang ada. Tetapi bila kita dah buat, ia akan jadi mudah dan senang. Okay jom cx kongsikan cara fix page indexing not found (404).
- Buka Indexing > Pages > Page Indexing
Cara Fix Page Indexing Not Found 404 |
- Page Indexing > Not Found (404) > Copy Url
Cara Fix Page Indexing Not Found 404 |
- Indexing Removals > New Request > Clear Cached Url
- Clear Cached All URLs > Submit Request
Cara Fix Page Indexing Not Found 404 |
Bila dah siap semua links yang 404, korang bolehlah tekan Validate Fix dekat bahagian atas kanan Indexing page okay. Kena pastikan semua dah siap buat baru tekan. Okay itu saja.
Bersihkan Page Indexing Not Found (404)
Baik, itu sahaja yang cx boleh jelaskan dan tolong. Cx sendiri pon masih belajar sedikit demi sedikit. Sebenarnya nak selesaikan masalah page indexing not found (404) malam ini tetapi lain pula yang cx buat. Dah dikatakan blogger kan? Tiba-tiba saja ter-update new entry. Cx harap sedikit sebanyak dapat membantu korang. Kalau tak faham nanti tanya okay. Terima kasih korang !
Baca: Bora Deborah Kdrama
2 Comments