Bora Deborah Kdrama

Bora Deborah Kdrama

Kali ini cx nak kongsi kdrama yang cx tengok baru-baru ini. Kdrama yang cx maksudkan adalah bertajuk Bora Deborah. Bora Deborah kdrama mempunyai 14 episod keseluruhan. Cx tengok Bora Deborah kdrama ini agak lama juga sebab biasalah kekangan sebagain ibu suri rumah tangga yang ramai anak di rumah dan bersekolah. Selama seminggu dua juga rasanya baru habis tonton Bora Deborah kdrama ini. Jom cx ceritakan serba sedikit cerita Bora Deborah kdrama.

Bora Deborah Kdrama
Bora Deborah Kdrama 


Bora Deborah Kdrama Sinopsis

Siri Bora Deborah Kdrama ini adalah mengisahkan perjalanan hidup Yeon Bo Ra sebagai selebriti dan penulis novel cinta yang terkenal. Yeon Bo Ra boleh dikatakan sebagai doktor cinta untuk para peminatnya.  Sering muncul dalam siaran radio yang disediakan khas rancangannya sendiri iaitu What Bora Says~ 

Namun sebenarnya, kehidupan Bora tidaklah seindah khabar yang diuar-uarkan di sosial medianya.  Waima Bo ra dikatakan sebagai doktor cinta, tetapi dirinya sendiri juga belum berumah tangga.  Mempunyai teman lelaki tetapi yang tidak pernah meluahkan perasaan terhadapnya.  Apatah lagi mahu melamarnya menjadi suri hati.  


Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, lelaki yang dianggap kekasih hatinya itu kantoi bersama dengan wanita lain di belakangnya.  Mulai saat itu, Bo ra jatuh teruk kehidupannya, termasuklah mengganggu kerjayanya sebagai selebriti doktor cinta.  

Di samping itu juga, disebalik kisah Bo ra, terdapat seorang lelaki tampan Soo Hyuk, yang juga mempunyai masalah dalam percintaanya di mana dirinya sibuk dengan kerjaya dan tidak tahu mahu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayangi.  Hingga menyebabkan kekasihnya juga membawa diri dan membuat keputusan meninggalkannya. 


Bora Deborah Kdrama
Bora Deborah Kdrama 

Bermulalah episod Bora Deborah kdrama yang sebenar apabila secara tidak sengaja Soo Hyuk dan Bo ra menjadi kawan gara-gara kisah percintaan masing-masing yang gagal teruk.  Waima Soo Hyuk pada mulanya tidak suka akan sifat Bo ra yang perasan bagus dalam kisah cinta.  Namun, itu semua tidak bermakna kerana pada akhirnya mereka menjadi rapat dan selari dalam kehidupan.  Pelbagai perkara buruk dan memalukan menjadi saksi di mata masing-masing sehinggakan mereka merasa selesa dalam berkongsi segala perkara.  


Bora Deborah Kdrama Details

Genre Bora Deborah Kdrama ini adalah lebih kepada komedi, romantik, dan kehidupan. Bora Deborah kdrama turut dikenali dengan tajuk lain seperti True To Love, I'm Serious About Dating dan beberapa lagi. Kdrama ini merupakan keluaran negara South Korea dan mempunyai 14 episod. 

Bora Deborah Kdrama Review

Cx tak cerita habis pon sinopsis Bora Deborah Kdrama ini, kalau korang nak tahu apa jadi dan kesudahan cerita ini, korang kena tonton sendiri ya.  Cx tengok dekat Netflix saja. Bora Deborah memang kisah cinta tetapi lebih banyak bercerita kehidupan yang kita rasa tak pernah nak ketengahkan iaitu sifat seseorang yang tidak pandai hendak meluah dan merasakan ianya tidak perlu pon. Kena pandai-pandai sendiri sedangkan ianya tidak boleh sedemikian.  Korang kena tengok untuk tahu apa pengakhiran cerita Bora Deborah Kdrama ini. Okbai korang! 



Post a Comment

0 Comments