Resipi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ramadan 13, 1444 Hijrah

Pejam celik pejam celik, dah masuk 13 Ramadan 1444 Hijrah hari ini bersamaan 4 April 2023.  Bila hari-hari masak, sampai tak tahu nak buat lauk apa.  Lagi-lagi bila lauk untuk sahur.  Waktu berbuka itu masih okay lagi sebab masing-masing pon kelaparan kan? Tetapi bila sebut pasal sahur, kita mak-mak ni kena fikir lauk pauk yang boleh membantu untuk buka selera ahli keluarga.  Anak-anak cx Alhamdulillah okay sahaja cx masak apa pon waima cx suka juga bertanya nak lauk apa? Ada masa cx bagi kata dua, ada masa cx tanya terus nak makan apa.  Senang waima kadang-kadang cx ikut saja selera sendiri. hehe. 

resipi kacanb buncis
Resipi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit



Resipi Kacang Buncis Udang Goreng Kunyit

Kali ini cx nak kongsikan dengan korang resipi kacang buncis udang goreng kunyit. Jom kita tengok resipi kacang buncis udang goreng kunyit di bawah okay.  Cx tak ada simpan gambar, jadinya cx belanja terus video okay. 
@chazaxiaojie Kali ni kita masak kacang buncis udang goreng kunyit. Suami cx suka makan kacang buncis tapi cx suka kacang panjang 😅 Jadi, cx masak resipi kacang buncis dulu. Esok lusa kacang panjang pula okay. 😄 #makanlokal #tiktokguru #resipitiktok #inistylekita ♬ CUFF IT - Beyoncé

Bahan-bahan 

Kacang Buncis
Udang
Telur
Bawang Putih
Bawang Merah
Minyak Masak
Lobak Merah
Air Putih

Cara Masak 

1. Cx gorengkan udang terlebih dahulu yang telah ditabur kunyit dan garam. 
2. Guna minyak masak yang sama, cx tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan lobak merah yang telah diracik halus. Ikut suka korang nak potong macam mana pon asalkan elok mata memandang. 
4. Pecahkan sebiji telur dan digaulkan sekali. 
5. Masukkan sedikit air dan kemudian kacang buncis yang telah cx potong serong. 
6. Siap dan sedia untuk dihidang. 

Mudahkan? Kalau rasa macam tak jelas, korang tengok jelah video cx di atas.  Lagi senang dan cepat untuk tiru buat resipi kacang buncis udang goreng kunyit. Orang yang baru mula belajar masak pon boleh buat. InshaAllah. 

Post a Comment

1 Comments

yanieyusuf said…
yanie pun suka menu macam ni. simple je tapi sedap.