بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Kebaikan Probiotics GKB Bantu Tingkatkan Taraf Kesihatan
Apa itu probiotics? Probiotics adalah satu mikroorganisma hidup atau dalam bahasa mudahnya yang cx faham adalah bakteria baik dan ianya memberi manfaat terhadap kesihatan manusia. Probiotics umumnya hidup secara semulajadi dalam tubuh badan kita. Probiotics berperanan melawan jangkitan dan membantu menjaga keseimbangan mikrobioma iaitu komuniti organisma dalam tubuh badan manusia.
GKB Probiotics Review |
Kebiasaannya probiotics dimakan melalui makanan dan juga supplement. Kalau korang nak tahu, makanan harian kita yang kaya dengan probiotics adalah yogurt, yis dan tempe. Senang betul nak dapatkan probiotics melalui makanan ruji kita. Tetapi biasalah kita kan manusia biasa. Manalah nak tertelan makan setiap hari. Selera mesti jahat kadang-kadang. Jadi, bagi cx, jika ingin makan supplement pon adalah satu keputusan yang baik demi tahap kesihatan konsisten.
Bila Waktu Terbaik Makan Probiotics?
Bila semakin meningkat usia, cx rasa badan kita dah perlu untuk ada tambahan probiotics. Tambahan lagi probiotics ini mudah untuk dimakan dan dihadam. Macam cx, semenjak bersalin anak keempat tahun lepas, badan cx jadi macam susah sangat nak turun berat. Kebiasaannya berat akan turun balik tetapi kali ini tidak ya. Dia statik di situ. Kemudian, makin banyak pula rasa angin dalam perut ni tau. Iyalah, mana tidaknya, cx suri rumah sepenuh masa yang anak berkepit sentiasa. Kadang-kadang memang lambat sangat makan. Sedar-sedar sahaja dah bawa ke petang.
GKB Probiotics Review |
Tambahan pula, cx punya kulit pon makin kusam, tak cantik dan tak sihatlah paling senang nak cakap. Kita dah sibuk dengan urusan rumah, memang tak ada masa nak hadap semua benda itu. Anak-anak dan keluarga lagi penting. Haa macam itulah cx fikir. Tapi bila rasa makin sedih tengok kulit sendiri, cx pon ikhtiar juga. Akhirnya, cx dapat tahu pasal satu jenama Probiotics yang bagus. Cx cakap bagus sebab trending okay sekarang ini. Cx amalkan Probiotics GKB saja sekarang. Probiotics GKB ini sangat bagus, cx kongsikan fungsi dan manfaat setiap satu yang cx amalkan di bawah okay. Kemudian cx terangkan pula apa itu GKB. Yelah, mesti korang tertanya-tanya, apalah agaknya GKB ini kan?
Tetapi, cx nak bagitahu korang, waktu terbaik untuk makan Probiotics adalah apabila korang rasa diri korang ada masalah kesihatan yang seangkatan dengan cx. Takkan taknak ikhtiarkan? Lagipun cara makan Probiotics tak leceh. Ikut sahaja arahan yang diberikan. Waktu paling baik makan adalah sebelum tidur. Biar Probiotics buat kerja dia. Kita rehat dan tidur.
Fungsi dan Manfaat Probiotics
Banyak masalah kesihatan datang apabila usus kita tidak sihat. Hal ini disebabkan kebanyakan nutrien dalam makanan kita akan diserap ke dalam usus. Tambah lagi bila kita pula sejenis tak makan sayur, buah-buahan pun kurang ambil, asyik makan luar, makanan berminyak dan jarang nak bersenam. Memang semua ini menjadi punca masalah kesihatan dan lain-lain yang berkaitan. Jadi, cx nak korang tahu yang penambahan probiotics boleh membantu kekalkan kesihatan kita. Bukan itu sahaja, paling penting probiotics dapat tingkatkan fungsi penghadaman dan sistem imun badan kita. Ini adalah lima probiotics GKB yang cx amalkan. Jom cx cerita satu persatu.
GKB Probiotics Review |
- GKB Lactobacillus Plantarum GKM3: Membantu Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori (Kotak Merah)
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum iaitu ketegangan probiotics yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol, trigliserida). GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 membantu mengurangkan penyerapan kalori yang mana boleh membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman. Nanti badan kita akan jadi lebih langsing dan kelembapan kulit pon turut meningkat baik.
Tambahan lagi, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 membantu mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet. Makluman korang, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini telah memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura dan Taiwan.
Kalau korang sejenis nak turunkan berat badan, sambil menikmati makanan yang sedap. Bolehlah cuba GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini. Cx sendiri amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini tau. Yelah, badan dah makin berusia memang susah sikit nak turun angkanya. Orang makin tua nak sihat, bukan taknak sihat, nanti susah nak beribadah. Betul tak? Sejak cx amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3, badan cx jadi lebih ringan dan portion makan pon makin hari semakin sedikit. Kalau nak kesan lagi bagus, perlu konsisten amalkan. Breastfeeding pon boleh consume ya. Jangan risau.
Cx dah turun sebanyak dua kilo dalam masa sembilan hari! Hanya dengan GKM3! Paling best adalah cx dah banyak inch loss!
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 200mg mengandungi 30unit kapsul. Boleh diamalkan sebiji setiap kali selepas pengambilan makanan berat siang dan malam. Bertahan untuk 15 atau 30 hari pengambilan.
GKB Probiotics Review |
- GKB Probio+ : Membantu Memperbaiki Usus (Kotak Biru)
GKB Probio+ mengandungi lima jenis bakteria probiotics yang befungsi aktif serta empat jenis prebiotics. GKB Probio+ membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit serta cirit-birit. Gabungan sempurna bakteria probiotics dan prebiotics memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus. GKB Probio+ juga membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan. Selain itu, GKB Probio+ juga membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningaktkan imuniti.
Setiap sachet mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotics hidup. Sangat sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga. Kalau ada di kalangan keluarga korang yang mengalami masalah sembelit ringan dan senak perut, boleh disarankan untuk mencuba GKB Probio+.
Cx amalkan GKB Probio+ sebab cx ada sedikit masalah penghadaman. Yelah, cx baru lepas bersalin dan berpantang, memang agak terkesan jugalah sebab makan tak terjaga sangat sebab sibuk urus anak kecilkan. Tapi Alhamdulillah selepas amalkan GKB Probio+ , sekarang cx lebih mudah membuang dan senak perut pon dah tidak ada. Syukur sangat. Kesan dia cepat tau sebab hari kedua consume pon dah cantik rasa perut cx.
GKB Probio+ mengandungi 30 sachet dalam sekotak. Boleh diamalkan satu sachet dua kali sehari sebaik-baiknya selepas makan. Boleh dimakan terus dari sachet atau ditambah ke dalam segelas air. Boleh tahan untuk 15 ke 30hari.
GKB Probiotics Review |
- GKB Probizymes: Membantu Mengurangkan Gastritis
GKB Probizymes diformulasikan daripada probiotics, prebiotics, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak. Gabungan formulasi ini khusus untuk membantu menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.
Macam cx sendiri pernah alami gastrik. Memang sakit ya gastrik bila dia menyucuk dalam perut. Serba serbi tak kena jadinya. Cx pula sejenis suka makan pedas dan makan tak mengikut waktu. Memang hadaplah gastrik tanpa dipaksa. Jadi, cx ambil keputusan untuk consume GKB Probizymes untuk mengelakkan sakit perut akibat gastrik. Alhamdulillah perut cx baik dengan konsisten mengamalkan pengambilan GKB Probizymes.
GKB Probizymes mengandungi 30 sachet dalam sekotak. Boleh diamalkan satu sachet dua kali sehari. Seeloknya diambil selepas makan ya. Cara makan boleh terus kemam dalam mulut atau dicampurkan dalam air. Boleh tahan untuk 15 ke 30 hari.
GKB Probiotics Review |
- GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus: Membantu Memperbaiki Kulit
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus digunakan secara meluas untuk membantu mencegah penyakit gastrousus. Cx bagi contoh seperti usus bocor, atau dysbiosis. Selain itu ianya membantu mengurangkan masalah kulit kering, sensitiviti kulit dan membantu meningkatkan kesihatan kulit. Tambahan lagi, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.
Macam cx sendiri amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ini untuk membantu masalah kulit kering. Kulit cx jadi sensitif juga jika salah makan atau faktor persekitaran. Jadi, cx harap dengan mengamalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ini, dapatlah atasi dan bantu masalah kulit kering cx ini. Setakat ini serasi dengan cx cuma kesannya mungkin sedikit lambat.
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus mengandungi 30 sachet dalam sekotak. Amalkan makan selapas makan atau sewaktu nak tidur. Ambil satu sachet dua kali sehari. Cara makan boleh terus kemam dalam mulut atau dicampurkan air. Boleh tahan untuk 15 ke 30 hari.
- GKB G-Pro Gold: Membantu Mengurangkan Sembelit
GKB G-Pro Gold direka khas untuk membantu memperbaiki usus dan ianya sesuai untuk orang ramai termasuk yang ada sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Probiotics membiak dan memetabolismekan dalam usus, membantu meningkatkan pH dan rembesan usus. Ianya juga membatu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, dengan meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan keradangan usus.
GKB G-Pro Gold sesuai untuk mereka yang gaya hidupnya tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi, ianya mudah menyebabkan sembelit. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotics dan dua jenis prebiotics. Setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotics hidup, yang boleh meningkatkan flora usus.
GKB G-Pro Gold mengandungi 60 kapsul vegetarian sekotak. Ambil sebiji sehari. Pastikan minum air putih banyak sikit. Makan selepas makan dan ianya boleh tahan untuk 60 hari. Cara makan kena telan terus.
Pengenalan Syarikat GKB
GKB (GK BIO International Sdn.Bhd) ditubuhkan pada 2018 hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utama untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi di Malaysia pada harga berpatutan. Sejak ditubuhkan, GKB telah membantu lebih daripada satu juga rakyat Malaysia untuk kekal dalam gaya hidup yang sihat.
Produk GKB diperakui sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap dua TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, untuk menjamin keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk.
GKB Jenama Probiotics yang Bagus dan Disyorkan
Makluman, probiotics GKB dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. Ia juga membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman. GKB telah mencapai jualan tertinggi dengan lebih satu juta kotak produk kesihatan Antrodia, satu juga Cicadae dan satu juta paket kecil probiotics. Terutamanya GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 paling laris dengan jualan dua botol atau lebih setiap satu jam.
Kesimpulannya, GKB adalah jenama probiotics yang bagus dan disyorkan untuk korang cuba. Probiotics GKB sangat dipercayai oleh pelanggan. Macam cx sendiri, rasa puas hati setakat ini dan berharap akan ada sinar yang baik untuk cx kekalkan kesihatan. Tambahan lagi, GKB Probiotics ini HALAL dan boleh diambil oleh ibu yang sedang menyusukan bayi ya. Korang kalau nak dapatkan GKB Probiotics ini, bolehlah dapatkan dekat semua major farmasi di Malaysia termasuklah Alpro Pharmacy. Selain itu, korang boleh juga dapatkan melalui platform media sosial mereka di bawah.
facebook: https://www.facebook.com/mygkb
instagram: https://www.instagram.com/mygkb/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@gkbmsia
RED ID: 1318211221 (GKB E)
Youtube: https://www.youtube.com/@mygkb01
GKB official selling platform: all major pharmacies in Malaysia including; Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy. Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak. Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy. Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy. East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan. Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy. Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy. Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy. For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188
GKB adalah satu-satunya syarikat supplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya. Bagi memastikan probiotic berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.
@chazaxiaojie Cx dah turun berat 2kgs dengan GKM3 gais! Tak tipu! Baru 9hari consume dapat result best camni. 😍 Cx jatuh cinta dengan produk probiotics GKB! Sumpah best! Macam cx seorang ibu 4anak, memang semua probiotics GKB ini sangat ngam dengan keperluan cx. Terdapat 5 jenis produk GKB : ❤️ GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 Berfungsi dalam mengawal minyak, mengurangkan kalori, menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga & membantu sistem penghadaman 💙 GKB Probio+ Membantu membaiki usus dan masalah sembelit 💖 GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus • Berfungsi membantu masalah kulit kering dan sensitif. • Juga melegakan masalah berkaitan ketidakseimbangan mikrob dan meningkatkan imuniti 💟 GKB Probizymes Untuk mengurangkan Gastritis iaitu keradangan perut ( seperti kembung perut dan sakit perut akibat gastrik ) 🤍 GKB G-Pro Gold Untuk mengurangkan sembelit & membaiki usus Cx consume semua probiotics GKB kecuali G-Pro Gold. Cx sangat suka dan jatuh cinta dengan kesannya. Bahagia hidup! Probiotics GKB dalam bentuk sachet setiap kotak. Probiotics berbentuk biji halus silinder. Dia ala-ala gula-gula legend masa kita kecil yang masam-masam tu. Sebiji rupa dan rasa dia. Kalau GKM3 dan G-Pro Gold pula dalam bentuk kapsul. Nak makan senang sangat. Kapsul tu telan sahaja sehari dua kali selepas makan berat. Kalau probiotics sachet pula hanya kemam sahaja. Settled! Nak campur dalam jus dan air putih pon boleh. Tak ada masalah. Probiotics GKB diperakui dengan SIJIL PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, SIJIL KAWALAN KUALITI TAHAP 2 TFDA, Pensijilan Standart pembuatan cemerlang GMP MALAYSIA, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025. Breastfeeding mommy pon boleh consume. 💜 Boleh dapatkan produk GKB terus di : Laman Web: www.mygkb.com Platform Media Sosial GB: Facebook: www.facebook.com/mygkb Instagram: www.instagram.com/mygkb TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝) YouTube: www.youtube.com/@malaysiagkb5950 #gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit ♬ Cupid (Twin Ver.) - FIFTY FIFTY
0 Comments