Khasiat Cuka Kurma Membantu Masalah Kesihatan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa Itu Cuka Kurma?

Cuka kurma adalah cuka yang dihasilkan melalui penapaian buah kurma.  Kita semua sedia maklum bahawa kurma itu sendiri mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan badan manusia.  Cx sendiri suka makan kurma dan ianya sangat membantu memberi tenaga di siang hari.  Korang tahu tak bahawa cuka ini adalah makanan sunnah Nabi Muhammad saw? Haa, jangan tak tahu tau.  Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :

"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Cx sekarang sedang amalkan pengambilan cuka kurma dari Pati Oxymel Khal Sakan Jabin.  Cx pilih cuka kurma Ppti Oxymel khal sakan jabin sebab ianya jenama cuka kurma yang terbaik. Pati Oxymel Khal Sakan Jabin merupakan cuka kurma gabungan tiga ramuan terbaik dan terpilih. Klik sini cuka kurma pati oxymel khal sakan jabin untuk dapatkannya sekarang 


Khasiat cuka kurma khal sakan jabin
Khasiat Cuka Kurma Membantu Masalah Kesihatan


Cara Pengambilan Cuka Kurma

Cara pengambilan cuka kurma adalah penting ya untuk korang tahu.  Cx banyak tengok orang ikut suka sahaja minum teguk terus pati cuka kurma daripada botol.  Ianya salah dan bahaya.  Kenapa cx cakap bahaya? Cuka itu sendiri bersifat asid dan masam, jadi bila kita minum terus sedemikian, ianya boleh menyebabkan perut kita pedih. Jadi, pengambilan cuka kurma yang betul adalah seperti berikut;

  • Masalah Gastrik dan Gerd

Bagi masalah gastrik / gerd. Korang boleh ambil lima sudu besar cuka kurma dan dicampurkan ke dalam segelas air. Boleh ditambahkan satu sudu madu asli. Kemudian campurkan air suam dan minum dua kali (2x) sehari, sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam. Amalkan setiap hari sehingga masalah gastrik sembuh, kemudian boleh kurangkan kepada dua (2) sudu besar sehari. 

Satu lagi, korang kena amalkan sedikit pantanglah bagi mendapatkan kesan yang baik. Kalau boleh jangan makan gula, tepung dan susu tin / kotak / lembu. Susu kambing sahaja dibenarkan. Amalkan cuka kurma bersama pantang sehingga gastrik sembuh.

  • Menurunkan Kolestrol

Jika untuk menurunkan kolestrol. Sila minum dua sudu besar cuka kurma tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain. Minum terus dua sudu besar cuka setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.

Oxymel khal sakan jabin
Khasiat Cuka Kurma Membantu Masalah Kesihatan

  • Penjagaan Kesihatan

Bagi penjagaan kesihatan pula. Disyorkan untuk ambil dua sudu besar dicampurkan segelas air suam dan setengah sudu madu (apa-apa jenis dibolehkan). Minum sekali sehari sebelum sarapan pagi.

  • Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung

Penjagaan kesihatan untuk ibu mengandung pula. Boleh ambil setengah sudu cuka kurma dan dicampur air suam serta madu. Kemudian minum sebelum sarapan. Sekali sehari sahaja.

  • Kanak-kanak

Pengambilan cuka kurma untuk kanak-kanak. Hanya usia empat tahun ke atas sahaja boleh amalkan ya. Ambil setengah sudu sahaja sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak.

Khasiat Cuka Kurma untuk Kesihatan - Gastrik, Gerd, Anxiety

Cx ada cakap yang cuka kurma pati oxymel khal sakan jabin merupakan cuka kurma gabungan tiga ramuan terbaik kan? Jom cx huraikan serba sedikit. Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dulu. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala sakan jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan. Ketiga-tiga ramuan ini digabungkan yang bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina dan kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni lalu terhasillah apa yang dinamakan sebagai "Pati Oxymel Khal Sakan Jabin".

Khasiat cuka kurma untuk kesihatan adalah dapat membantu mencegah masalah gastrik, gerd, anxiety dan juga masalah saraf.  Cx sendiri cuba ikhtiar untuk masalah gastrik yang dihadapi sebab cx ni suka sangat makan makanan pedas.  Lagipun cuka kurma pati oxymel khal sakan jabin mengandungi bahan-bahan baik seperti: cuka kurma ajwa, madu hutan, perahan bawang putih, perahan lemon dan halia.  

cuka kurma oxymel khal sakan jabin
Khasiat Cuka Kurma Membantu Masalah Kesihatan

Kalau korang ada gastrik, gerd dan anxiety, cuka kurma inilah yang boleh membantu atasi masalah korang. Cuka kurma ini rasa dia mild berbanding cuka epal. Rasa masamnya cuka kurma ini tidak terlalu masam untuk diamalkan.  Dia lebih sedap dan tidak terlalu mencucuk rasanya.  Tambahan lagi, pH cuka kurma tidak berasid sangat iaitu 2.96, manakala cuka epal 2.71 pHnya yang lebih kuat asidnya berbanding cuka kurma. Jadi, korang yang ada masalah gastrik, gerd dan anxiety, kena cuba okay. 

Antara lain khasiat cuka kurma pati oxymel khal sakan jabin adalah: 

  • Sangat bagus membantu meningkatkan imuniti tubuh badan
  • Membantu merawat masalah gastrik, gastritis dan gerd
  • Membantu melancarkan penghadaman makanan
  • Membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh
  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh
  • Membantu menghilangkan ketagihan gula (potong gula)
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu memulihkan sakit ulu hati
  • Membantu membuang angin dari badan
  • Membantu normalkan ph dalam perut
  • Membantu menguatkan ph zat asam dalam perut
  • Membantu menghilangkan muntah-muntah, nausea 
  • Membantu menghilangkan sakit dada, belakang dada dan sesak nafas akibat gerd
  • Membantu memulihkan sakit saraf tengkuk akibat gerd
  • Membantu meghilangkan rasa tidak selesa perut dan badan
  • Membantu menghilangkan masalah insomnia susah tidur malam

Pati cuka kurma khal sakan jabin
Khasiat Cuka Kurma Membantu Masalah Kesihatan

Kesan dan Testimoni Cuka Kurma

Baik, ini yang cx nak sangat cerita dengan korang.  Kesan dan testimoni cuka kurma daripada cx sendiri yang telah mengamalkannya dalam beberapa tempoh waktu.  Macam cx yang ada masalah iaitu gastrik dan angin dalam badan, cx rasa ianya sedikit sebanyak membantu cx.  Sepanjang cx mengamalkan cuka kurma oxymel khal sakan jabin ini, cx rasa badan jadi ringan, cx lebih bertenaga dan tidak letih macam sebelum ini.  Selain itu, angin dalam badan pon elok keluar, cx dah tak rasa angin menyucuk dekat belikat, ulu hati dan perut.  Pembuangan juga baik dan lawas setelah amalkan cuka kurma oxymel khal sakan jabin ini. 

Cx amalkan setiap hari sekali diminum sebelum sarapan pagi.  Cx ambil dua sudu besar cuka kurma oxymel khal sakan jabin, dicampurkan sesudu dua madu lebah asli ke dalam segelas air.  Cx bancuh dan diminum terus.  Rasa dia sedap sangat! Tak rasa pon gas cuka dan tidak masam. Cx suka sangat dapat amalkan cuka kurma oxymel khal sakan jabin. Alhamdulillah

Korang boleh dapatkan cuka kurma oxymel khal sakan jabin sekarang di shopee mereka dan nikmati kesihatan yang baik dengan mengamalkannya. Boleh minum berjemaah bersama keluarga dan dijadikan sebagai minuman harian dalam mengamalkan pengambilan cuka kurma untuk terus kekal sihat dan kurang berpenyakit. InShaaAllah



Post a Comment

8 Comments

Nina Mirza said…
Bagus cuka kurma nih! Nina pun dah amalkan Oxymel ni, memang berkesan elakkan sakit perut ketika berpuasa
Azni said…
First time tau k azni try cuka kurma ni. Memang okay jer rasa dia
saidila said…
Rasulullah sendiri pun mengambil cuka sebagai manfaat. Rugi sungguh kita umatnya kalau tak percaya akan kebaikkan dan khasiat dari cuka terutamanya cuka dari kurma ajwa.
Alhamdulillah KakYa lon amalkan produk ni . Setakat ni memang serasi dengan badan. Badan pon rasa lebih ringan dan bertenaga ..
Ben Ashaari said…
Dah cuba. Terasa selesa perut lepas minum
Julia Johari said…
Cx, sis suka cuka kurma oxymel. Badan rasa tak lesu dan wajah rasa ceria. Bagus amal makanan sunnah.
Nadia Johari said…
Banyak kelebihan dia. Sebab tu nad minum cuka kurma ni. Memang lain badan ni lepas minum cuka kurma. Badan sihat dan bertenaga je
Lisa Nurulain said…
amalkan juga. sedap wooo . hehehe bgus juga untuk perut n gred .