Cara Konsisten Simpan Duit

 بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cara Konsisten Simpan Duit

Bila kita cakap tentang cara konsisten simpan duit ini, ianya terlalu sulit untuk dibicarakan.  Yalah, setiap daripada kita mempunyai ekonomi dan komitmen yang berbeza-beza. Jadi, untuk utarakan sesuatu pendapat, idea atau segala buah fikiran, mungkin ada baiknya jika kita boleh katakan, ikutlah tanda aras kehidupan kita sekarang. Jangan ikut orang lain dan cuba untuk berdaya saing. Cukuplah kita tahu apa yang betul dan baik untuk masa depan. InShaaAllah.

Cara Konsisten Simpan Duit
Cara Konsisten Simpan Duit 

Tetapkan Jumlah Berapa Hendak Disimpan

Cara konsisten simpan duit ini agak sukar juga untuk kita istiqamah.  Iyalah, banyak perkara yang lalu lalang depan mata dan mengait nafsu pembelian kita untuk kerap keluarkan duit. Jadi, macam cx, perkara pertama sekali cx buat adalah dengan menetapkan jumlah berapa yang hendak disimpan. 

Cx bagi contoh untuk simpanan bayaran PTPTN yang entah tahun bila hendak selesai pon tak tahu. Almaklum, kita kerja sendiri, ada rezeki, dapatlah gaji. Jika tidak, kita kena usaha lagi dan lagi. Jadinya, cx tetapkan jumlah RM500 untuk disimpan.  Ini adalah berdasarkan pendapatan semasa yang cx terima ketika itu ya. Bila cx terima gaji secara konsisten di tahap yang orang kata boleh bernafas, barulah cx berani letak jumlah tersebut. 

Mana berani cx letak RM500 kalau bulanannya cx tak mampu capai sedemikian.  Tapi syukur jugalah dengan rezeki kurniaan Ilahi. Nikmat kerja sendiri ni lain tau bila gaji masuk. Betul tak?

Cara Konsisten Simpan Duit
Cara Konsisten Simpan Duit 

Buat Kiraan Pendapatan 

Ini perkara kedua yang cx lakukan untuk mencapai target cara konsisten simpan duit. Bila dapat bayaran daripada client, cx akan buat kira-kira secara terperinci. Paling utama, cx asingkan siap-siap duit komitmen bulanan macam bayar unifi, coway, dan bagi belanja dekat mak. Itu contohlah yang paling mudah. 

Macam cx, duit simpanan pon kena asing siap-siap juga supaya tak kacau. Cx simpan tak banyaklah, dan cx selitkan sekali dalam bahagian pembayaran Domain Blog cx ni. Dia jadi macam emergency wallet lah sebab tak nampak tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sangat membantu.

Kemudian, baru cx asingkan RM500 yang hendak disimpan.  Selebihnya barulah boleh dibuat belanja harian kalau-kalau teragak nak makan seoul garden ke kan? Bolehlah belanja sebarang dua buat raso-raso. Syukurlahkan? Alhamdulillah.

Rancang Simpanan Demi Masa Depan

Kesimpulannya, cara konsisten simpan duit ini adalah dengan rancang simpanan dengan baik demi masa depan yang cemerlang gemilang terbilang. Macam cx, nak buat kira-kira mula-mula dulu agak pening. Memang cx gunakan khidmat buah fikiran encik suamilah memandangkan cx kerja sendirikan?  Encik suamilah yang banyak utarakan idea dan pendapat yang mampu membuka ruang pemikiran cx. 

Cara Konsisten Simpan Duit
Cara Konsisten Simpan Duit

Tapi sekarang dah senang kira Cara Konsisten Simpan Duit ni. Tak payah pening-pening nak kira itu ini, tolak sana tolak sini.  Cx guna saja calculator.me , dia boleh tolong kirakan dengan baik sekali untuk kita.  Cx cuma perlu letak sahaja jumlah yang diperlukan dan/atau dikehendaki.  Tekan-tekan terus siap!. Kita pon dah tak risau nak kira dan rancang simpanan demi masa depan bersama. Mudah, cepat dan berkesan. InShaaAllah.


Post a Comment

0 Comments