بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka
Haritu cx ada pergi satu cafe baru ini tau. Semestinyalah dekat Melaka. Cx kan orang Melaka. Jadi, disebabkan ada cafe baru buka dekat Melaka ini, cx pon nak juga mencubanya. Uniknya cafe ini terletak di bangunan parking lot baru Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka. Tapi korang jangan risau. Cafe ini boleh saja korang masuk untuk singgah dan makan. Bukan jadi pesakit atau pelawat pesakit sahaja yang boleh datang. Tidak ada masalah pon kalau korang saja-saja singgah nak makan dekat sini.
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Nama cafe yang cx maksudkan adalah Saras Delights Bakery and Cafe. Cafe ini lebih berkonsepkan suasana moden dan santai. Jadi, tenang-tenang sahaja untuk kita makan dan menikmati sajian yang dihidangkan.
Pelbagai Jenis Hidangan Menu Disediakan
Cx nak sangat korang datang dan cuba sendiri makanan dekat Saras Delights Bakery and Cafe ini sebab diorang ada sajikan pelbagai hidangan menu. Bukan sekadar western, asian delights pon ada. Paling cx suka, boleh dikatakan keseluruhan menu yang disajikan memang sedap belaka. Tak rugi makan dekat sini. Berbaloi sangat dengan harga dia. Cx gerenti korang akan puas hati punyalah! Jom cx kongsikan antara menu yang disediakan. Ada pelbagai pilihan yang korang boleh cuba sendiri.
Antara menu yang ada adalah seperti pilihan Pasta, Salads, Pizza, Asian Delights, Coffee and Tea. Kalau pilihan pasta, korang boleh cuba Chicken Bolognese dan Pesto Pasta. Kalau korang suka sajian salads, boleh cuba Pasta Salad atau Fresh Salad okay. Hidangan Pizza Saras Delights ada pelbagai pilihan. Saiz Pizza Saras Delights adalah 8" ya. Pilihan pizza seperti Cheese pizza, Cajun Chicken pizza, Hawaiian pizza dan Vegetarian pizza. Paling cx nak korang cuba adalah menu Asian Delights Saras Delights. Korang boleh cuba Chicken Porridge, Mee Siam, Noodle Soup dan Nyonya Curry Laksa. Tak lupa juga Rice with Chicken Rendang, dan Rice with Chicken Sambal.
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Pilihan minuman Saras Delights juga tidak mengecewakan. Mereka menggunakan bahan premium berkualiti tinggi untuk disajikan kepada para pelanggan. Kepada peminat coffee, dipagi hari bolehlah layan Espresso, Double Espresso, Flavoured Tea, Americano, Cafe Latte, Cappuccino, Flat White, Mocha dan Premium Chocolate Drink.
Sejarah Pembukaan Saras Delights Bakery and Cafe Melaka
Makluman korang, Saras Delights Bakery and Cafe sepatutnya dilancarkan pembukaannya adalah pada tahun 2020. Namun disebabkan ketika itu adalah musim pandemik, makanya mereka tunda. Sehinggalah pada tarikh 7hb Julai 2022, Saras Delights Bakery and Cafe akhirnya dilancarkan secara rasminya. Saras Delights Bakery and Cafe merupakan cawangan pertama di Melaka.
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Namun, ketika musim pandemik yang tidak mengizinkan mereka lancarkan Saras Delights Bakery and Cafe, mereka telah mengambil peluang untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan kesedapan menu yang hendak disediakan kelak. Kesemua menu adalah resipi sendiri dan homemade ya korang. Setiap hari Saras Delights Bakery and Cafe akan buat masak dan membakar. Kiranya korang bila makan dekat Saras Delights Bakery and Cafe ini, korang akan dapat yang segar belaka. Tiada hidangan frozen ya korang, tiada stok yang disimpan untuk kegunaan hari seterusnya. Semua menu harian yang dihidangkan adalah dibuat setiap hari paste dia. Mereka ingin kekalkan kesegaran untuk dihidangkan kepada para pelanggan yang disayangi.
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Nak dijadikan cerita, pemilik Saras Delights Bakery and Cafe mempunyai pengalaman dalam bidang F&B selama 20 tahun di KLIA tau. Jadi, memang tidak akan mengecewakanlah setiap menu yang mereka sediakan untuk kita jamu. Suami founder Saras Delights Bakery and Cafe pula merupakan doktor pakar bedah di Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka. Jadi, bila ada peluang untuk Saras Delights Bakery and Cafe buka cawangan mereka di sini, founder Madam Sara tidak melepaskan peluang untuk terus setuju dan meluaskan lagi keinginannya membuka cafe sendiri.
Recommended dan Best Seller Menu untuk Dicuba!
Dekat sini cx kongsikan dengan korang apa makanan dan menu yang mendapat sambutan dekat Saras Delights Bakery and Cafe. Best Seller dekat Saras Delights Bakery and Cafe adalah air Premium Ice Choclolate menurut madam Sara. Tapi cx pon setuju ianya best seller drink sebab rasa dia memang padu bak hang! Rasa coklat yang kualiti tinggi dan segar.
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Selain itu, menu yang cx recommend dan nak korang cuba adalah Rice with Chicken Rendang. Ya Allah sedap hawaulah ! Sungguh tak tipu memang sedap betul. Rasa rempah, manis, lemak dan pedas dia semua cukuplah boleh dikatakan. Ikut pula tekak orang Melaka yang suka makan pedas-pedaskan? Memang ngam habis! Ayam yang dimasak isinya lembut dan rempah dia memang sebati elok dengan ayam. Cx boleh cakap yang chicken rendang Saras Delight Bakery and Cafe ini macam orang dulu-dulu punya air tangan tau. Memang superb!
Bukan itu sahaja korang, cx recommend juga untuk korang rasa sendiri Hawaiian Chicken Pizza. Pada cx, Hawaiian Chicken Pizza dia sedap sangat. Tak pedas dan boleh dimakan oleh anak-anak juga. Cx jadi suka dan jatuh hati dengan Hawaiian Chicken Pizza Saras Delights Bakery and Cafe sebab taburan topping dia banyak dan tak kedekut pon. Lagi-lagi potongan buah nenas. Sedap sungguh makan. Rasa puas betul. Tambahan lagi crust dia pon tak tebal dan crunchy sahaja. Makan memang tak muak langsung. Laju sahaja habis tau.
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Menu Sedap Hawau di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka |
Akhir sekali menu yang cx nak recommend adalah Pandan Cake. Kalau korang makan pandan cake Saras Delight Bakery and Cafe, memang lembut Ya Allah! Lembut sangat. Moist sahaja masuk dalam mulut. Tak terkatalah kelembutan dan kelembapan pandan cake mereka. Rasa dia pon sedap tak lebih tak kurang, sedang elok saja. Puas hati dapat makan kek sedap macam ni. Korang wajib cuba semua yang cx recommend dekat atas ini. Cx bagi 10/10 bintang!
@chazaxiaojie Cafe Paling Sedap Hawau ! Dekat Parking Lot baru Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka. Korang turun je parking dah terpampang Cafe Saras Delights ni. Korang wajib cuba! Recommeded : Rice with Chicken Rendang + Premium Ice Chocolate + Hawaiian Chicken Pizza + Pandang Moist Cake 💛 #sarasdelights #cafepalingsedaphawau #melakafoodie #melakahawau #viralfood ♬ Dj Sikok Bagi Duo Viral Tik Tok - DJ AZKA
Ig: sarasdelights_bakery | Fb: saras delights
0 Comments