بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Prego
Hai korang, harini cx nak kongsi sikit resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego. Haa, sebenarnya tak tahu nak masak menu apa hari ini. Lepas tu rancangnya nak makan dan buat spaghetti carbonara tapi masalahnya, stok sos prego habis pula tadi. Jadi, nak dijadikan cerita, cx pon cubalah cari-cari dekat atas talian. Susah betul nak jumpa resipi spaghetti carbonara tanpa sos prego. Semua yang cx jumpa, mesti guna sos prego.
Kemudian, semua perkongsian, hanya tulis spaghetti carbonara homemade. Mana boleh jadi homemade kalau guna sos carbonara prego kan? hahah! Jadi cari punya cari, terjumpalah satu. Tapi nak cerita juga, cx kena buka satu-satu link yang ada untuk dapatkan resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego. Tapi lagi, resipi dia cx olah ikut kesedapan tersendiri dan barang yang ada dekat dapur ketika ini . Jadi lain sikitlah ya.
Resipi Spaghetti Carbonara Homemade Tanpa Sos Prego |
Resipi Spaghetti Carbonara Homemade Tanpa Sos Prego
Resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego ini agak mudah dan senang nak buat. Barang-barang dia pun mudah sangat ada dalam stok dapur rumah kita. Tapi kan, ada juga cx jumpa satu resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego tapi dia guna cream cheese apa entah waktu baca. Jadi, ini resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego olahan cx sendiri ya. Jadi, tak payah pening kalau tak ada stok sos prego dekat rumah. Kita buat saja sendiri okay.
Baca Lagi: Makan Kaki Ayam Memang Bagus Tapi . .
Bahan-bahan:
1/2 Buttercup
3kpg Cheese Lactima (Lebih lagi sedap)
3ulas Bawang Putih (Dicincang)
1unit Kiub Lembu/ayam
4sb Tepung Gandum
Parsley Leaves/ Oregano
Lada Hitam
1cawan Susu Fullcream
2kpg Daging Burger/Isi Ayam/Sosej/Fishball (Dicincang)
2cwn Air Putih (Ikut kepekatan sendiri)
Jagung Frozen
Garam Secukup Rasa
Spaghetti (Siap Direbus)
Cara-cara:
- Tumiskan buttercup bersama dengan bawang putih yang telah dicincang dan satu kiub lembu. Setelah naik bau, masukkan daging burger yang telah dipotong kecil. Tumis sehingga dagingnya masak.
- Kemudian masukkan secawan air dan 4sb tepung gandum. Kacau biar sebati sehingga hilang ketulan tepung yang ada. Tambahkan lagi air supaya tepung tidak bergumpal.
- Setelah dikacau sebati, masukkan secawan susu fullcream. Setelah itu, bolehlah masukkan jagung frozen. Kalau korang nak masukkan cendawan, brokoli dan lobak pon boleh sangat. Dekat rumah cx dah kehabisan stok waktu ni.
- Bila dah setengah masak bahan-bahan tambahan tadi, korang bolehlah masukkan kepingan cheese tadi. Cx suka cheese lactima ni sebab dia lemak-lemak sedap. Lepastu, korang kacaulah sampai cheese tu sebati.
- Kemudian, masukkan parsley leaves dan lada hitam mengikut citarasa korang. Dia lebih sedap kalau korang guna oregano tapi disebabkan hanya ada parsley leaves saja dekat rumah, jadi kita bedal jelah.
- Akhir sekali tambahkanlah garam secukup rasa. Kemudian dah boleh dihidang bersama spaghetti yang telah siap direbus awal tadi. Siap!
Okay dah siap resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego. Senangkan? bahan-bahan pon mudah sangat nak dapat. InShaaAllah ada dekat rumah. Tak payah pening kalau rasa nak makan, kita buat sahaja sendiri. Settled! Ohya, cx nak belanja video masakan resipi spaghetti carbonara homemade tanpa sos prego untuk korang. Selamat mencuba okay. Cx buat satu paket spaghetti kimball tu tau hari ini. Habis licin anak-anak makan. Sedaplah tu namanya kan mak dia buat? hehe kbai.
@chazaxiaojie Spaghetti Carbonara Homamade Tanpa Sos Prego. Guna bahan apa yang ada dekat dapur je 😁 #TikTokChef #resipitiktok #carbonaraday ♬ original sound - Chaza Xiaojie
1 Comments