بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Sambal Daging Dendeng Sumatraa Resipi Asli Citarasa Malaysia
Cx seorang yang sangat suka makan masakan berasaskan daging. Lagi-lagi bila masakan pedas dan sedap. Memang menjadi pilihan cx, dah tak pandang lauk lain. Bila cx dapat tahu pasal Sambal Daging Dendeng keluaran Sumatraa Food, terus cx rasa jatuh hati. Jadi, cx taknak makan sedap sorang-sorang, cx nak ajak korang cuba sekali Sambal Daging Dendeng keluaran Sumatraa ini. Jom cx cerita lebih lanjut di bawah kenapa cx nak korang cuba sekali Sambal Daging Dendeng keluaran Sumatraa.
Sambal Daging Dendeng Sumatraa Resipi Asli Citarasa Malaysia |
Menggunakan Bahan Premium dan 100% Resipi Asli Homemade
Paling cx suka dan jatuh hati dengan Sambal Daging Dendeng Sumatraa disebabkan mereka menggunakan bahan-bahan premium. Paling penting, ianya adalah 100% resipi asli homemade tau! Menurut founder Sumatraa Food, pembuatan Sambal Daging Dendeng masih dihasilkan secara homemade, bukan menggunakan mesin sepenuhnya seperti di kilang. Bak kata founder juga, hanya pemotongan daging sahaja yang menggunakan mesin sebab tak larat oii berkilo-kilo nak potong. Betul tak? Tapi yang penting, ianya masih buatan homemade.
Bahan-bahan yang digunakan adalah premium seperti daging segar, cili kering dan daun limau purut. Setiap satu bahan yang digunakan mempunyai kebaikan dan manfaat tersendiri.
Baca Lagi: Resipi Capati Tepung Gandum Homemade
Kenapa Sambal Daging Dendeng Sumatraa Menjadi Pilihan?
Sambal Daging Dendeng menjadi pilihan cx sebab kita tak payah nak pening-pening hari ini mahu masak menu apa. Dapatkan saja Sambl Daging Dendeng keluaran Sumatraa dan buat stok banyak-banyak dekat rumah. Korang jangan tak tahu tau banyak betul manfaat bila ada Sambal Daging Dendeng ini. Lagi-lagi dah nak Ramadhan ini kan? Lagi mudahlah mak-mak nak bersahur dengan keluarga.
Sambal Daging Dendeng Sumatraa Resipi Asli Citarasa Malaysia |
- Buat Sahur/Iftar ketika ganti puasa atau bulan puasa
- Bekalan anak di asrama
- Geng-geng traveler tekak melayu
- Ready to Eat & menjimatkan masa
- Boleh disimpan pada suhu bilik
- Tahan sehingga setahun
- Bersih dan Halalan Toyiibban
Lagipun tak payah nak panas-panaskan segala, hanya perlu buka dan terus makan sahaja! Makan pula dengan nasi putih panas-panas kan? Pergh! Memang padu pergi dia lagi-lagi tengah lapar. Selesai masalah nak masak dan makan lauk apa kan? Sambal Daging Dendeng Sumatraa resipi aslinya memang mengikut cita rasa orang Malaysia ya. Sebiji macam masakan mak-mak kita.
Review Peribadi Sambal Daging Dendeng Sumatraa
Secara jujurnya, cx suka dengan Sambal Daging Dendeng keluaran Sumatraa. Pada cx, sambal dia memang betul-betul mengikut citarasa dan tekak orang Malaysia. Rasa masam, manis dan pedas-pedas manja Sambal Daging Dendeng Sumatraa memang cukup dan terbaik! Memang kena dengan tekak. Cx kalau makan Sambal Daging Dendeng keluaran Sumatraa ini, memang bersantapan dengan nasi panas dan ulam-ulaman sahaja. Tak heran dah dengan lauk pauk lain tau. Cukup itu sahaja dah membuatkan cx tambah dua pinggan. Ini serius! Memang tak boleh nak berhenti makan sebab sedap cukup rasa serba serbi tak ada komen. Korang kena cuba okay!
Sambal Daging Dendeng Sumatraa Resipi Asli Citarasa Malaysia |
Website: sumatraafood.com.my
Instagram: @sumatraafoodhq
Facebook: Sumatraa HQ
Shopee: Sambal Daging Dendeng Sumatraa
Baca Lagi: Resipi Daging Masak Asam Pedas Melaka Piau
1 Comments