Produk The INKEY List Diformulasi Untuk Semua Jenis Kulit

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Produk The INKEY List Diformulasi Untuk Semua Jenis Kulit

Mempunyai masalah kulit wajah memang agak merunsingkan.  Maklum kita semua tahu ada beberapa jenis kulit wajah yang ada.  Kulit normal, kering, berminyak dan sebagainya.  Cx juga tidak terkecuali menghadapi sedikit masalah dengan kulit wajah.  Kulit muka cx jenis normal kepada kering.  Memang ianya agak merisaukan juga sebab semakin meningkat usia, kulit wajah kering akan memberi kesan penuaan yang lebih ketara.  Lagipun, kulit wajah agak kurang selesa apabila kering, ianya rasa kasar dan pedih.  Jadi, cx cuba solusi terbaru dengn produk The INKEY List dari Threebs.co 

The Inkey List
Produk The INKEY List Diformulasi Untuk Semua Jenis Kulit

Pengenalan Jenama The INKEY List

The INKEY List diasaskan oleh Colette Laxton dan Mark Curry pada tahun 2018. The INKEY List terinspirasi dan lahir daripada kepercayaan bahawa pengetahuan yang hebat menghasilkan keputusan yang terbaik. Matlamat mereka sangat mudah iaitu untuk tembus tembok dunia kecantikan.  Ianya adalah bermatlamat untuk menyampaikan pandangan secara langsung tentang bahan-bahan yang paling dikehendaki di pasaran.

Rangkaian produk utama baharu The INKEY List yang canggih ini adalah satu hasil yang luar biasa.  Formulasi yang terdorong daripada ramuan ringkas dan mudah untuk difahami, guna dan percaya. Formula yang ringkas membenarkan pengguna produk kecantikan untuk tentukan rejim mereka agar sesuai dengan keperluan kulit yang sentiasa berubah. Produk The INKEY List mengandungi beberapa jenis bahan yang berkualiti tinggi dan mempunyai standard harga yang tersendiri.


Kelebihan Produk The INKEY List

Bercerita mengenai kelebihan produk, semestinya The INKEY List adalah terbaik dalam menyampaikan kualiti dalam produk mereka. Di sini cx nak kongsikan dua jenis produk The INKEY List yang digunakan untuk kulit jenis normal to dry.  Kalau korang mempunyai jenis kulit yang sama seperti cx, boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya okay. 

Kelebihan produk The INKEY List adalah berdasarkan matlamat utama mereka yang menitikberatkan tentang ilmu pengetahuan, bahan-bahan dan produk mesra bumi.  The INKEY List percaya bahawa ilmu yang baik akan menghasilkan keputusan terbaik.  Selain itu, mereka juga menyokong ketelusan dan bahan-bahan inovatif.  Semua produk mereka ramuannya diuji, dicuba dan ianya benar. Produk mereka juga mesra bumi di mana boleh dikitar semula agar mencapai sasaran zero karbon dihasilkan. 

The Inkey List
Produk The INKEY List Diformulasi Untuk Semua Jenis Kulit

Serum Hyaluronic Acid adalah super mudah diserap.  Ianya berfungsi menembusi pelbagai lapisan kulit, menghidratkan kulit muka, membantu wajah kelihatan gebu dan licin, sambil mengurangkan penampakan garis-garis halus.

Serum Hyaluronik Acid adalah bahan pengikat lembapan yang terbaik.  Ianya berfungsi di bawah permukaan kulit dan boleh menampung sehingga 1000x beratnya di dalam air. Serum Hyaluronik Acid The INKEY List membantu memastikan kulit wajah terhidrat dan ianya adalah penting untuk kelihatan sihat.  Oleh itu, ia adalah langkah yang mesti ada dalam setiap turutan penjagaan wajah! Memang tidak hairanlah apabila setiap 30 saat, akan terjual serum Hyaluronik Asid ini di seluruh dunia.  Hebat! 

The Inkey List
Produk The INKEY List Diformulasi Untuk Semua Jenis Kulit

Multi-Biotic Moiturizer The INKEY List sangat ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Multi-Biotic Moisturizer ini membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit kita, menggalakkan kulit sihat dan membantu melindungi daripada pencemaran.

Multi-Biotic menggabungkan pro-biotik, bersama-sama dengan nutriennya (pra) dan produk sampingan (post). Ianya berfungsi untuk membantu mengimbangi dan menggalakkan kulit yang sihat. Tahap PH kulit yang tidak seimbang boleh menunjukkan dirinya sebagai tanda-tanda penuaan yang dipercepatkan, kerengsaan dan minyak yang berlebihan. Mengimbangi bakteria kulit boleh memberi manfaat kepada kulit yang mudah berjerawat, serta kulit kering dan sensitif. Ia juga boleh membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit.

Personal Review Hyaluronic Acid Serum (30ml)

Cx nak cuba guna sendiri Hyaluronic Acid Serum ini.  Ternyata ianya memang selesa sangat bila disapu ke wajah.  Hyaluronic Acid Serum The INKEY List membantu kulit cx sentiasa lembap dan lembut.  Rasa macam kulit bayi pula bila guna.  Kulit wajah cx lebih kelihatan glowing tau.  Kulit nampak lebih sihat dan segar berbanding sebelumnya. Cx harap, segala garis halus kedutan tua dapat beransur hilang apabila konsisten menggunakannya nanti. 

Personal Review Multi-Biotic Moisturizer (30ml)

Cx suka guna Multi-Biotic Moisturizer ini sebab dia ada gabungan pro-biotic.  Sepanjang cx guna Multi-BIotic Moisturizer, kulit wajah cx kurang berminyak berbanding sebelum ini.  Memandangkan kulit wajah cx sejenis normal to dry.  Kalau sebelum ini kulit agak kusam dan kering, sekarang bila dah guna Multi-Biotic Moisturizer, kulit lebih lembap dan segar.  Paling cx suka, Multi-Biotic Moisturizer ini membantu sekatakan ph kulit yang tidak seimbang. 


Produk The INKEY List Formulasi Terbaik Buat Pengguna

Secara keseluruhannya, produk The INKEY List adalah produk yang baik dan berkualiti.  Setiap satu produk yang dihasilkan sentiasa diberikan hasil yang terbaik.  Kedua-dua produk The INKEY List iaitu Hyaluronic Acid Serum dan Multi-Biotic Moisturizer mampu memberikan kelembapan terbaik, melembutkan kulit dan membantu menjadikan kulit wajah si pengguna lebih sihat. 

Post a Comment

1 Comments

Coway Malaysia said…
terbaik, nanti kene bagi bin try produk ni huhu