Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Wanita

Zaman super moden hari ini banyak memberi kesan kepada kesihatan kita semua.  Namun, kepekaan dan caknanya seorang manusia itu terhadap kesihatan diri adalah kurang.  Almaklum masing-masing kini lebih sibuk mengejar target dalam membina masa depan diri dan keluarga tanpa menghiraukan tahap kesihatan.  Asal sihat boleh bangun buat sesuatu, cukup Alhamdulillah.  Namun sebenarnya kita silap, kesihatan adalah perkara paling utama perlu di pandang.  Lebih-lebih lagi wanita zaman moden yang alpa akan kepentingan penjagaan kesihatan wanita.   

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Tambahan lagi sekarang semuanya nak bergantung kepada teknologi semata-mata.  Manusia semakin malas untuk bergerak.  Apatah lagi bersenam kan?  Semakin teballah segala lemak tepu dan sisa negatif dalam badan.  Lagi hebat bila musim pandemik melanda, semakin kita alpa untuk prihatin terhadap kepentingan penjagaan kesihatan wanita. 

Kesihatan Dalaman Penting Dalam Pembinaan Keluarga dan Rumahtangga Bahagia

Banyak perkara hendak difikirkan bila bergelar seorang isteri dan ibu kepada keluarga.  Jadi, kita perlu bijak dalam mencari initiatif untuk menjaga kesihatan dalaman wanita dengan bantuan dan sokongan suami semestinya.  Apabila kita dah menjadi seorang ibu, semestinya dalaman badan memerlukan sokongan yang baik.  

Kita perlu jaga sebaiknya, lebih-lebih lagi apabila selepas bersalin.  Sejak di awal mengandung lagi kita dah kena cakna untuk ambil berat semua perkara seperti tanda bersalin apabila tiba waktunya. Ketika mengandung, segala urat kita akan mengembang untuk memberi ruang tumbersaran bayi.  Jadi dalaman kita akan jadi lemah dan akan mempengaruhi kesihatan dalaman wanita. Antara kesihatan dalaman yang perlu difokuskan adalah seperti berikut:

Kitaran Haid: 

Ramai yang tidak ambil berat dengan kitaran hadi mereka setiap bulan.  Apa yang mereka tahu, haid tiba pada setiap bulan.  Tidak pernah terfikir untuk catit ketibaan haid, waktu habis haid, kitaran untuk haid seterusnya.  Semua ini penting ya korang untuk kita tahu bila waktu subur yang sebenar.  Ini adalah untuk membantu kita agar badan dalaman kita sihat dan mengikut kitaran haid yang betul supaya tidak timbul penyakit di kemudian hari.

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Kanser Payudara: 

Kesihatan dalaman wanita ini banyak benda kita perlu titikberatkan.  Setiap bulan kita kena rajin dan tahu untuk periksa sendiri payudara untuk mengelakkan masalah kanser payudara.  Pastikan kita tahu cara bagaimana untuk periksa benjolan luar biasa di payudara.  Pemakanan juga memainkan peranan yang boleh menjadi asbab untuk kanser payudara ini. 

Ketumbuhan Cyst:

Jika kita kurang cakna akan kepentingan penjagaan dalaman wanita, memang semua benda ini boleh terjadi.  Cx ada pengalaman sendiri di mana ketika sebelum kahwin, haid cx akan hadir setiap bulan macam biasa.  Namun dalam tempoh dua tahun tersebut, tiba-tiba perut senggugut yang teruk sampai nak bergerak pon agak terbatas.  Jadi apabila sudah berkahwin, kandungan pertama cx gugur tidak jadi.  Doktor kata kandungan anggur gara-gara cx akan ketumbuhan endometriosis di ovari kanan.  Cx perlu jalani pembedahan minor untuk buang cyst yang berukuran 5cm.  

Kanser Rahim:

Cx paling takut dengan kanser Rahim.  Cx ada pengalaman dengan seorang arwah kawan yang meninggal gara-gara kanser rahim ini.  Arwah menceritakan bahawa dirinya datang haid dalam tempoh waktu yang panjang.  Tidak berhenti haidnya waima sudah melebihi 15hari waktu kitaran.  Kiranya, arwah perlu bersihkan darah dan menggunakan tuala wanita untuk menunaikan solat.  

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Penjagaan Kesihatan Seksual Bukanlah Sesuatu Yang 'Taboo'

Kebanyakan wanita di Malaysia sebenarnya masih kurang cakna akan kesihatan seksual.  Boleh dikatakan malu tidak bertempat. Kita masih lagi menganggap tak semua benda boleh dibawa bincang waima itu melibatkan masalah kesihatan dalaman wanita. Contohnya seperti susah orgasm, aset tidak lagi cantik, kurang nafsu terhadap pasangan dan banyak lagi.  

Masyarakat kita masih lagi menganggap bahawa masalah ini adalah 'taboo' , jadinya diambil remeh semata-mata. Jika kita biarkan masalah kesihatan seksual wanita ini berlarutan, ianya boleh menimbulkan masalah yang lebih besar lagi.  Cx bagi contoh paling senang, masalah miss V tidak lagi ketat macam dulu.  Cx faham, kita sebagai wanita memang sejak azali dipenuhi dengan sifat malu dan menjaga aib diri serta keluarga.  Namun, kita sebagai wanita kena pecahkan sedikit tembok malu itu demi kesihatan dalaman kita.  Jangan biarkan diri kita malu tidak bertempat.  Kesihatan seksual wanita sangatlah penting ya korang.  

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Tambahan lagi bila pasangan kita pula sejenis tidak mahu membantu dan bagi semangat.  Hanya pentingkan diri sendiri.  Jika pasangan kita sebegini, cuba bawa berbincang sebab ianya melibatkan masalah bersama.  Bukan pasangan sahaja tersiksa, kita juga turut lebih tersiksa menanggung masalah seksual ini .  Contoh lain jika kita sudah bersalin normal anak pertama kedua dan ketiga.  Memang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesihatan seksual wanita. 

Penjagaan Kesihatan Wanita Melibatkan Mental dan Fizikal

Usaha dalam membina keluarga bahagia, wanita bukan sahaja perlu fokus terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dalaman wanita sahaja, malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan.  Ini kerana penjagaan kesihatan dalaman wanita juga melibatkan kesan ke atas mental dan fizikal.  Cx kongsikan sedikit dengan korang;

  • Kewangan : Demi untuk menyara seisi keluarga, sebagai wanita bergelar isteri dan ibu hendaklah turut bijak dalam merancang kewangan.
  • Keibubapaan : Menjaga soal kebajikan anak-anak yang merupakan aset termahal dan saham akhirat kita.  Semoga dengan Izin Allah boleh membantu membawa kita ke Syurga Allah. 
  • Sosial & Penampilan : Jadi orang yang disukai & dihormati, bukan sahaja kepada suami. Tetapi sentiasa kemas serta bawa imej yang baik kepada masyarakat sekeliling.
  • Kehidupan Seks yang Memuaskan : Ya, inilah yang lebih difokuskan. Aktiviti seks yang sihat dan memuaskan, menjamin kebahagiaan rumah tangga serta mental yang cerdas.  InShaaAllah

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Perkara ini bukanlah lebih kepada kita kena tahu dan ambil jamu bukan-bukan untuk kesembuhan dalam badan ya.  Ini lebih kepada kesedaran kita untuk menyelesaikan masalah dengan merawat mengikut cara yang betul.  Penjagaan kesihatan dalaman wanita perlulah dirujuk kepada pakar kewanitaan iaitu doktor sakit puan yang bertauliah.  Jangan sembarangan ambil tindakan sendiri yang boleh memberi kesan buruk terhadap diri dan juga keluarga.  

Cx nak bagi contoh macam kalau kita bersalin czer, orang kata nak kecutkan rahim atau nak sembuhkan luka czer dengan pantas, ikut petua orang lama.  Ada yang utarakan untuk minum air pati haruan, minum gamatlah segala macam itu.  Kalau korang pernah baca, semua ini ada yang menyebabkan usus melekat ya menyukarkan proses kelahiran bayi seterusnya. Wallahua'lam.

Kajian Dan Statistik Kesihatan Serta Kesuburan Wanita Malaysia

Berdasarkan akhbar-akbar di Malaysia, sebanyak 73% wanita tidak mendapat kepuasan bersama suami.  Nampak macam mudah untuk diperlekehkan dan dijadikan bahan gelak tawa.  Tetapi ianya adalah masalah seksual yang berat ya.  Maksudnya, kalau korang berdiri dengan 10 orang kawan yang lain, tujuh dariapada mereka (ataupun termasuk diri kita sendiri) tidak mendapat kepuasan seksual yang secukupnya.  Di sini cx kongsikan antara simptomnya: 

  • Sukar merangsang nafsu
  • Hormon tidak stabil
  • Masalah keputihan melampau
  • Masalah suami tewas awal dan tidak bertahan lama

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Kesemua masalah ini terjadi gara-gara gaya hidup kita di bandar zaman moden.  Kita lebih mementingkan kerjaya terutama yang membabitkan gajet dan teknologi, dan komputer.  Kita sudah jadi kurang bersenam, ada pula yang merokok, suka ambil portion makanan yang berlebihan serta kurang kesedaran tanggungjawab juga amanah terhadap keluarga. 

Waima kebanyakan orang memandang perkara ini hanya sebagai satu masalah kesihatan seks semata-mata.  Tetapi ianya sebenarnya dikaitkan dengan penyakit dan faktor lain yang berlaku secara serentak. Termasuk penyakit kardiovaskular, hipertensi, masalah jantung, diabetes, simptom saluran kencing lebih rendah (LUTS), tekanan darah tinggi, kemurungan, pemakanan, & hormon tak stabil. Korang boleh lanjutkan lagi bacaan di https://isterisihat.com.my/ atau layari facebook mereka di https://www.facebook.com/IsteriSihat/


Post a Comment

0 Comments