Fenomena Ekuinoks September Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang 12 Jam Akan Melanda Malaysia Esok

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Fenomena Ekuinoks September Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang 12 Jam Akan Melanda Malaysia Esok


Fenomena Ekuinoks dijangka akan berlaku di Malaysia pada esok hari bersamaan Khamis 23 September 2021 pada jam 03:21 pagi.  Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi yang mana kedudukan matahari berada betul-betul tepat di atas Garisan Khatulistiwa. Ia menjadikan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.  

Dikatakan fenomena Ekuinoks memberi sedikit kesan terhadap pemanasan global. Hal ini berlaku apabila adanya perubahan kedudukan matahari daripada Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan. Ada yang mengatakan ianya memberi kesan terhadap suhu bumi yang akan meningkat tetapi tidak pon sebenarnya.  Bukan itu sahaja, Ekuinoks Malaysia akan melanda esok hari yang menyebabkan waktu siang dan malam kita menjadi sama panjang iaitu selama 12 jam sehari. 

fenomena ekuinoks
Fenomena Ekuinoks September Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang 12 Jam Akan Melanda Malaysia Esok

Keadaan Matahari ketika Fenomena Ekuinoks Melanda

Kalau korang nak tahu, fenomena ekuinoks ini kebiasaannya akan melanda setiap suku tahun dalam takwim suria pada hari 21 bulan terakhir.  Nama Ekuinoks pula berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).  Bagi fenomena ekuinoks di Malaysia 2021, kebiasaan suhu dijangka antara 30 dan 35 darjah Celsius.

Menariknya lagi, ketika berlakunya fenomena Ekuinoks Malaysia 2021, keadaan atau kejadian Matahari tidaklah seperti biasa yang kita lihat.  Biasanya matahari akan berbentuk bulat sfera kan?  Tidak ketika fenomena Ekuinoks.  Kejadian matahari ketika fenomena Ekuinoks melanda adalah kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal.

fenomena ekuinoks
Fenomena Ekuinoks September Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang 12 Jam Akan Melanda Malaysia Esok

Peristiwa Tanpa Bayang Di Garisan Khatulistiwa Ketika Fenomena Ekuinoks

Di Malaysia pada tahun lepas fenomena Ekuinoks melanda pada 22 September tetapi waktu malam iaitu 9:30 malam.  Jadi, mungkin kita tidak berapa nak perasan kot.  Tetapi berbeza pada tahun ini, Ekuinoks Malaysia 2021 akan berlaku ketika waktu tengahari.  Jadi, peristiwa tanpa bayang di garisan khatulistiwa akan melanda ketika fenomena Ekuinoks. Cx rasa hebat sangat kuasa Allah dalam membentuk keadaan alam semesta.  Allah cipta setiap sesuatu itu pasti ada fungsi, tujuan dan hikmahnya. Rasa tak sabar nak menanti hari esok. 

Keadaan cuaca hari ini pon terang.  Pagi-pagi lagi matahari dah memancarkan sinarnya dengan galak sekali.  Pada suri rumah ianya satu keadaan cuaca yang secara automatiknya berkata 'cantiknya panas hari ini, boleh basuh baju ni' . Haa cenggitu. haha. betul tak? 

fenomena ekuinoks
Fenomena Ekuinoks September Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang 12 Jam Akan Melanda Malaysia Esok

Jom Buat Ujikaji Telur Berdiri Sendiri

Ketika fenomena Ekuinoks Malaysia 2021 inilah orang ramai akan seronok untuk buat ujikaji sebiji telur.  Telur ayam atau sebarang jenis telur diletakkan di atas permukaan rata.  Hasilnya adalah telur tersebut akan berdiri tegak macam tengah menyanyi lagu negaraku. hehe. Cx pon tak pernah lagi cuba.  Jadi esoknya ajom kita buat ujikaji bersama ya.  Kalau korang ada buat, jangan lupa ambil gambar dan kongsikan nanti tau!  Kalau cx tak lupa esok, nanti cx buat entry pasal telur ini.  Okbai! 

sumber: planetarium negara, wikipedia

Post a Comment

2 Comments

Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this, will check out ya
Fatin Diana said…
Menarik info ni. Baru tau