Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis

Sejak duduk rumah gara-gara pandemik, memang banyak cerita dekat televisyen yang dipertontonkan semula.  Yalah, dah mereka tak boleh nak berlakon, macam mana nak ada drama baru? Betul tak? Cx dah lama sebenarnya tak tengok drama melayu dekat televisyen.  Punca paling utama sebab drama melayu memang akan ada bab-bab yang menyebalkan, menyakitkan hati, emosi dan banyak lagilah.  Jadi, bagi mengelakkan cx rasa emosi melantun-lantun tak semena-mena bila tengok drama, cx memang tak tengok dah. haha! Nak elak lekat dalam hati sebenarnya.  Terbawa-bawakan? haha Lorat!

pengantin 3 hari
Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis

Drama Pengantin 3 Hari

Drama pengantin 3 hari ini disiarkan pada 22 Mac 2020 tahun lepas sebenarnya.  Cx tak pernah tengok pon drama pengantin 3 hari ini dulu.  Jadi, bila ditayangkan semula semalam, dan-dan pula cx macam tak ada mood nak buat kerja, makanya cx pon layankan saja drama pengantin 3 hari.  Mula-mula tengok macam tak ada perasaan tapi bila makin lama, cerita dia agak boleh tahanlah.  Pelakon drama pengantin 3 hari adalah Adam Lee dan Siti Khadijah sebagai watak utama.   

Pengantin 3 Hari Sinopsis

Drama pengantin 3 hari berkisarkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Maya dilakonkan oleh Siti Khadijah.  Maya seorang gadis kampung yang baru lepas habis belajar di Universiti.  Selepas habis belajar, Maya buat keputusan untuk membantu ibunya mengubah nasib hidup keluarga mereka.  Mereka merupakan keluarga yang miskin, emaknya hanya mampu menjual nasi lemak di warung kampung.  Itupon hanya menumpang ihsan tumpang kedai.  Maya mempunyai seorang adik lelaki yang masih bersekolah.  Maya tekad untuk mengubah nasib hidup mereka dan mahu mula bekerja di Kuala Lumpur.

Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis
Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis

Pada mulanya Maya mendapat tawaran bekerja hotel di Kuala Lumpur.  Tetapi terjadi perkara yang tidak diingini dek kerana rakan sekerjanya dengki.  Tambahan pula, di awal pekerjaan, majikan Maya menetapkan agar setiap pekerja wajib tidak bertudung dan solat hanya lima minit dibenarkan.  Maya minta izin untuk majikannya bagi masa kerana Maya seorang yang sangat menjaga aurat dan maruahnya.  Namun suatu hari, pelanggan di hotel berkenaan cuba buat sesuatu yang tidak elok terhadap Maya.

Kemudian, Maya umpama dah jatuh lagi ditimpa tangga.  Rupa-rupanya kawan Maya yang kononnya nak bantu bagi kerja sudah menipu Maya.  Kawan Maya merupakan mak ayam yang menjual anak gadis kampung.  Ketika itu Maya sangat kecewa bila mendengar perbualan kawannya di telefon.  Maya lari tinggalkan tempat yang mereka dah tiba ketika itu.  Pada waktu itu, tanpa disengajakan, kereta yang dipandu Ikram terlanggar Maya.  Maya pengsan.

Ikram rawat Maya di hospital dan semenjak itu mereka menjadi semakin rapat.  Dalam masa yang sama, Ikram sebenarnya baru sahaja putus cinta dengan bekas tunangnya.  Bekas tunang Ikram kantoi curang keluar dengan lelaki lain.  Kemudian papa Ikram pula beri tawaran sebagai CEO syarikat sekiranya Ikram jadi kahwin dalam tempoh tiga bulan.  Akhirnya Ikram selamat menikah dengan Maya.

Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis
Drama Pengantin 3 Hari Sinopsis

Klimaknya tiba apabila bekas tunang Ikram datang balik dalam hidupnya.  Bekas tunang Ikram buat cerita bohong agar dapat kembali kepada Ikram.  Ikram yang buta hati gara-gara cinta kononnya pon mula balik dengan bekas tunangnya.  Waima baru tiga hari Ikram dan Maya mendirikan rumah tangga, inai di jari masih merah, malam hari ketiga pernikahan mereka, Ikram melafazkan talak satu ke atas Maya gara-gara percaya bulat-bulat cerita bekas tunangnya yang kononnya ada sakit kanser. 

Bermulalah episod Maya pulang ke kampung dan buka gerai dengan ibu dan adiknya.  Ikram pula mula rasa dirinya silap menilai antara kaca dan permata.  Sehinggalah akhirnya di hari pernikahan Ikram bersama bekas tunangnya, Ikram rasa sangat berat hati dan ingin batalkan majlis.  Namun bekas tunang dan bakal isteri tak jadi Ikram mula buat drama.  Buat-buat jatuh tapi menariknya ketika itu, bakal isteri Ikram ketika itu tumpah darah depan mata mereka.  Maka terbongkarlah rahsia bahawa Ikram hanya dijadikan sebagai pak sanggup untuk kandungannya yang tak sah taraf. 

Review Peribadi Drama Pengantin 3 Hari

Review peribadi cx tentang drama pengantin 3 hari ini, bolehlah tengok.  Drama pengantin 3 hari kisah dia biasa-biasa sahaja.  Jalan dan plot cerita boleh dibaca.  Biasalah cerita dan drama Melayu.  Cx rasa watak Maya agak terlalu polos, lurus dan macam tak bijak.  Padahal dia merupakan seorang graduasi Universiti.  Macam tak berapa nak brain sebab kita tahu kehidupan di Universiti itu luas dan pelbagai.  Mustahil tak pandai nak fikir.  

Watak Ikram pula dia macam agak kaku sikit.  Bukan Ikram sahaja, Maya dan kawan baik dia pon kaku sikit.  Drama pengantin 3 hari agak menjadi dan menarik bila watak emak Maya dan kawan baiknya dok bergaduh dan bawa gosip satu kampung.  Lupa pula nama makcik itu siapa.  Tapi kalau nak suruh ulang tayang tengok drama pengantin 3 hari, cx rasa mungkin tidak. haha! Maaf ya.  

Cumanya, nilai murni yang dibawakan dalam drama pengantin 3 hari ini adalah, kita tak boleh nak terlalu percaya 100% dekat orang waima kawan baik kita sendiri.  Selain itu, kita juga perlu bijak dalam membuat keputusan dan sedikit yakin juga berani.  Jangan melulu ikut telunjuk orang.  Bab kepercayaan seorang mak terhadap anaknya memang cx rasa sangat wajar di ketengahkan.  Hanya seorang mak sahaja percaya dan yakin yang anak dia tidak buat salah.  Dalam cerita ini kalau kita tengok, mentaliti masyarakat yang memang tak boleh lari daripada perasaan hasad dengki, bongkak dan mengata bawa gosip sana sini.  Akhirnya kain sendiri yang carik. Gitulah gamaknya. Betullah tu.

Post a Comment

1 Comments

Sunshine Kelly said…
Best juga layan cerita santai santai macam ni, kesian Maya selalu teraniaya.