سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Asyiklah Terlupa Nak Check Out MySejahtera
Sejak MySejahtera diperkenalkan dengan sistem 'check out', cx rasa semua orang pon hadap benda sama macam cx. Asyiklah terlupa nak check out MySejahtera. Korang bayangkan cx check in lepas itu check out dua hari kemudian. haha! Agak sukar untuk nak adapt benda baru kan? Biasalahkan, semua orang masih cuba biasakan keadaan norma baharu. Tapi yang tak menariknya bila dikatakan boleh didenda sekiranya tidak check out. Fuh!
Asyiklah Terlupa Nak Check Out MySejahtera |
Kemaskini MySejahtera Untuk Sistem Terbaru
Korang dah kemaskini MySejahtera atau belum? Kalau belum, sila buat sekarang. Dah dikuatkuasakan untuk pengguna MySejahtera supaya sentiasa scan sebelum masuk kemana-mana sahaja premis. Jadi, ada tiga perkara yang memang kita wajib untuk buat apabila menggunakan MySejahtera. Jom cx kongsikan waima semua pon sedia maklum;
Status Vaksinasi
Sistem terbaru MySejahtera akan memaparkan status vaksinasi kita. Kalau korang dah terima satu dos, dalam sistem MySejahtera akan nyatakan penerimaan dos tersebut. Bila dah terima dua dos tapi masih belum cukup tempoh matang 14 hari, akan terpaparnya status 'partially vaccinated' . Macam cx, baru sahaja dapat 'fully vaccinated' dengan lambang kuning untuk sijil vaksinasi. Mudah sangat status vaksinasi ini diperkenalkan. Sangat bagus.
Covid-19 Status
Ini selalu orang lupa nak buat. Covid-19 status ini yang korang kena jawab soalan dan jawapan dia semua tidak tu. Korang pergi ke MySejahtera>Covid-19 Status>Start jawab soalan berkaitan. Setiap hari sebenarnya elok dikemaskini. Ada enam soalan sahaja untuk dijawab. Jika kita sihat dan tiada sebarang kemushkilan dengan diri sendiri, bolehlah ditandakan semuanya jawapan tidak. Jika ada, sila kemaskini status kesihatan korang pula okay. Selepas dah jawab, korang boleh pergi ke Profile > Click to refresh your profile . Nanti korang boleh nampak AS of 14 Sep 2021, 2:38 AM, cx disahkan telah kemaskini dan jawap soalan covid-19 status.
Asyiklah Terlupa Nak Check Out MySejahtera |
Check Out Button
Okay, check out button inilah yang korang semua kena fokuskan. Memang ramai yang terlupa nak check out oii! cx pon sama je! Check out button hanya akan terpapar bila korang dah update sistem terkini telefon yang dipakai. Contoh cx android, jadinya cx akan kemaskini sistem android. Kalau korang tengok dekat setting telefon, akan ada dia suruh kemaskini. Korang proceed sahaja.
Selepas dah kemaskini sistem android, korang kena pula kemaskini aplikasi MySejahtera. Silalah ke play store atau apps store untuk kemaskini aplikasi MySejahtera pula. Selesai semua sekali, korang dah boleh cuba untuk check in jika kemana-mana premis. Nanti korang akan nampak button check out dekat situ. Hanya perlu tekan sahaja. Siap!
Check In Pagi Semalam, Esok Baru Check Out. Parah!
Korang bayangkan, haritu selepas cx kemaskini android dan aplikasi MySejahtera, Cx ada singgah kedai sate untuk beli bungkus bawa balik. Waktu itu cx check in dalam pukul 7:02 malam tau. Lepas itu, cx check out pada 10:35 malam. Haa, mereputlah kau berjemaah maghrib dan isyak siap kuliah agama dekat kedai sate tu. Memang tak ingat nak check out langsung. Padahal awal-awal check in kemain lagi dok bermonolog, kang kena check out ini. Padahal akhirnya lupa juga.
Asyiklah Terlupa Nak Check Out MySejahtera |
Kali kedua cx check in dekat Family Store nak beli barang dapur. Cx masuk seorang sebab suami tolong jagakan anak-anak. Cx check in pada 11 September 2021 pukul 10:53 pagi. Haa, cx check out pula eloklah esok harinya 12hb pukul 12:02 tengah hari. Haa iyalah! Memang sewa tidur sekali berjemaah dengan ikan ayam sayur segala. Jenuhlah oii nak ingat untuk check out ni kan.
Korang mesti ada pengalaman macam cx kan? Mesti ada yang terlupa langsung nak check out. Macam kawan cx, dia dah seminggu baru teringat nak check out. Eloklah tu. hahah! Tapi nak buat macam manakan? kita masih baru untuk adapt semua benda ini. InShaAllah lama-lama nanti sebati.
1 Comments