Gangguan Tidur Malam Dapat Diatasi Dengan Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose : Review

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Punca Seseorang Sukar Tidur Pada Waktu Malam

Saban hari kita menghadapi kerja seharian yang agak memenatkan.  Lebih-lebih lagi bila semuanya menjadi umpama beban yang menyebabkan kita gagal untuk kawal keadaan dengan baik.  Jadi, otak kita akan rasa tertekan dengan kerja yang menimbun.  Ianya juga boleh menyebabkan sebagai salah satu punca seseorang sukar untuk tidur pada waktu malam.  Korang pernah alami tak perkara macam ini? Pernah tahu penyebab susah tidur malam yang korang alami selama ini? Jom cx kongsikan dengan korang apa punca seseorang sukar tidur pada waktu malam. 

kitsui rilax nite review
Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose Review

  • Tekanan

Ini punca seseorang sukar tidur pada waktu malam.  Tekanan yang disebabkan oleh bebanan kerja seharian kita boleh mempengarhi waktu tidur kita.  Macam cx sendiri, pernah tau badan rasa penat sangat dah tapi tak boleh nak tidur.  Dia jadi penyebab susah tidur malam bila otak kita terus berfikir banyak perkara.  Jadi, otak kita tertekan dengan semua benda yang kita buat di siang hari.

  • Penggunaan Alat Digital Berlebihan

Penggunaan alat digital secara berlebihan juga menjadi punca seseorang sukar tidur.  Korang nak tahu tak bila kita tengok telefon atau skrin komputer sebelum tidur, otak akan anggap bahawa lampu daripada skrin tersebut adalah cahaya pada waktu siang.  Jadi, dia boleh mengakibatkan badan kita tidak mengeluarkan melatonin dengan secukupnya.   Melatonin ni adalah sejenis kimia yang membantu kita untuk tidur.  Kekurangan melatonin boleh jadi penyebab susah tidur malam atau pun lebih teruk adalah insomnia. 

  • Waktu Tidur Berbeza Sepanjang Minggu

Mempunyai waktu tidur yang berbeza sepanjang minggu turut boleh menjadi punca seseorang sukar tidur. Contohnya, cx masuk tidur pukul 10 malam pada hari Selasa dan menjelang tengah malam pada malam Jumaat.  Pada hari lainnya, cx tidur waktu berbeza pula sama ada awal lagi atau lebih lewat.  Ini boleh mengganggu jam dalam badan kita sebenarnya.  Dia jadi penyebab susah tidur malam.  Boleh jadi ia menyebabkan kita taknak bangun pada keesokan paginya.  Badan kita jadi keliru. 

Cara Mengatasi Masalah Gangguan Tidur

Banyak cara yang ada untuk mengatasi masalah gangguan tidur sebenarnya.  Cx pon tidaklah pandai sangat tetapi cx kongsikan apa yang cx tahu melalui pembacaan.  Kalau korang nak tahu, kita tak boleh biarkan semua penyebab susah tidur malam ini berlarutan tanpa mengatasinya.  Boleh jadi bahaya untuk tubuh badan kita.  Di sini cx senaraikan cara mengatasi masalah gangguan tidur dengan korang okay.  Pentingnya di sini, kita sendiri kena bertindak untuk mengubahnya. 

penyebab susah tidur malam
Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose Review

  • Tenangkan Diri

Apabila kita dah terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran, ia memang punca seseorang sukar tidur.  Jadi cuba elakkan untuk memeikirkan segala hal yang boleh menyebabkan susah tidur malam.  Contohnya, lupakan sekejap perihal seperti berkaitan kerja.  Kita cuba tenangkan diri dengan mandi air suam atau boleh juga layan muzik kesukaan yang santai.  

  • Bersenam Ringan

Jom atasi penyebab susah tidur malam dengan melakukan aktiviti fizikal ringan sebelum tidur.  Bersenam ringan boleh membantu kita untuk tidur yang lebih baik.  Tetapi, korang kena ingat, jangan terlebih bersenam pula.  Nanti boleh menyebabkan kita susah nak tidur sebab dah terlebih tenaga pula.  

  • Mengamalkan Kitsui Rilax Nite

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pengambilan Kitsui Nite.  Pengambilan secara konsisten boleh membantu kita untuk mengatasi masalah gangguan tidur.  InShaaAllah.  Jom cx ceritakan lebih lanjut apa itu Kitsui Rilax Nite dan apakah faedah pengambilannya terhadap masalah dan punca seseorang sukar tidur. 


Apa Itu Kitsui Rilax Nite? 

Siapa yang ada masalah susah nak tidur?  Waima badan kita dah penat sangat ni tapi selagi tak lewat tengah malam, memang tak boleh nak lelap mata. Padahal esok harinya nak kena bangun awal untuk pergi kerja pula kan?  Memang gangguan tidur boleh menyebabkan kita tertekan teruk jika ianya berlarutan setiap hari.

Jadi, kalau korang ada masalah susah tidur malam, otak tertekan dengan masalah kerja dan badan terlalu penat pon susah juga nak tidur, korang boleh cuba atasinya dengan Kitsui RIlax Nite.  Pengambilan secara konsisten sebelum tidur akan membantu kita untuk mudah tidur selepas 10 sahaja.  Paling penting, segala masalah dan tekanan yang dihadapi juga boleh hilang.  InShaaAllah.

Kebaikan Pengambilan Kitsui Rilax Nite

Kitsui Rilax Nite mempunyai kelebihan yang boleh membantu punca seseorang sukar tidur.  Bahan-bahan yang digunakan adalah pilihan terbaik untuk memberi kesan yang baik kepada pengguna.  100% selamat bahan botani. Jom kita rungkaikan bersama di bawah okay

penyebab susah tidur malam
Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose

  • Tidur Lebih Berkualiti (Chamomile)

Bila diamalkan Kitsui Rilax Nite secara konsisten, ianya membantu kita untuk tidur lebih nyenyak dan berkualiti.  Ini disebabkan selepas kita ambil Kitsui Rilax Nite, badan akan rasa lebih ringan. Perasaan kita juga akan lebih santai.  Ini sebenarnya petanda baik sebab ianya boleh membantu kitaran tidur kita kembali terjadi secara alami.  Chamomile inilah yang membantu kita untuk rasa lebih ringan dan tenang

  • Tekanan dan Kegelisahan Berkurang (Ashwagandha)

Kitsui Rilax Nite diformulasikan khas dengan kehadiran Ashwagandha.  Ashwagandha inilah bahan yang membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan.  Sedikit sebanyak ianya membantu tidur malam yang lebih sihat dan tenang. 

  • Kulit Lebih Sihat dan Licin (Vitamin C)

Kulit kita juga akan jadi lebih sihat dan licin sebab dalam Kitsui Rilax Nite terkandungnya Vitamin C.  Jadi dengan adanya Vitamin C ini, ianya membantu memperbaiki sel kulit dan kesihatan kita.

Cara Pengambilan Kitsui Rilax Nite

Cara Penggunaan Kitsui Rilax Nite sangat mudah dan ringkas.  Korang ikut sahaja langkah-langkah mudah seperti di bawah ini okay.  Tak perlu susah-susah pon . Korang disarankan untuk minum air yang banyak okay sepanjang hari untuk dapatkan kesan yang terbaik.  Disarankan juga untuk di amalkan pengambilannya setiap sebelum tidur. 

  1. Campurkan satu paket Kitsui Rilax Nite ke dalam 150ml air suam. 
  2. Goncang sehingga larut.
  3. Boleh diminum sebaik selepas penyediaan. 

Testimoni Kitsui Rilax Nite

penyebab susah tidur malam
Testimoni Kitsui Rilax Nite Review

punca seseorang sukar tidur malam
Testimoni Kitsui Rilax Nite Review

Kekal Bertenaga dengan Kitsui Kurma Rose

Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik untuk tubuh badan, kita perlulah kekal bertenaga sepanjang hari dengan mengamalkan Kitsui Kurma Rose.  Kenapa cx mencadangkan kepada korang untuk cuba amalkan Kitsui Kurma Rose untuk kekal bertenaga?  Baik,  sebenarnya banyak sangat kebaikan Kitsui Kurma Rose ini tau.  Kitsui Kurma Rose membantu mengembalikan keanjalan kulit wajah agar kelihatan lebih muda dan menghaluskan kulit kita.  

Kalau korang nak tahu, Kitsui Kurma Rose menggunakan 100% susu segar.  Jadi, ianya membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita.  Sesuai sangat untuk semua peringkat umur dan ianya juga membantu sistem penghadaman manusia. 

Bahan-Bahan Terbaik Kitsui Kurma Rose

  • Kurma

Maklum kita semua bahawa kurma boleh memberikan tenaga dengan cepat melalui gula ringkas.  Selain itu, fiber atau serat kurma sangat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan.  Serat kurma memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman.  Jadi ianya tidaklah memberi kejutan kepada perut ketika kosong.  Ianya boleh juga dijadikan sebagai 'alas perut' sebelum makan makanan yang lebih berat. 

Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.

penyebab susah tidur malam
Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose

  • Bunga Rose

Cx suka bunga rose yang ada dalam Kitsui Kurma Rose ini.  Ini disebabkan ianya membantu mengekalkan awet muda.  Ianya bagus untuk kecantikan dalaman dan luaran . Menaikkan seri wajah muka dab mengembalikan keanjalan,serta haluskan kulit.

  • Vitamin C

Sekarang dah makin ramai cakna akan kebaikan Vitamin C.  Jadi, dalam Kitsui Kurma Rose juga ada Vitamin C untuk membantu meningkatkan tenaga badan, sehingga dapat mencegah badan daripada mudah letih.


Cara Penggunaan dan Testimoni Kitsui Kurma Rose

Cara Penggunaan Kitsui Kurma Rose sangat mudah dan ringkas.  Korang ikut sahaja langkah-langkah mudah seperti di bawah ini okay.  Tak perlu susah-susah pon . Korang disarankan untuk minum air yang banyak okay sepanjang hari untuk dapatkan kesan yang terbaik.  Disarankan juga untuk di amalkan pengambilannya setiap sebelum tidur. 

  1. Campurkan satu paket Kitsui Kurma Rose ke dalam 150ml air suam. 
  2. Goncang sehingga larut.
  3. Boleh diminum sebaik selepas penyediaan. 
penyebab susah tidur malam
Testimoni Kurma Rose Review

punca seseorang sukar tidur
Testimoni Kurma Rose Review

Ramuan Semulajadi Buat Anda

Kitsui diformulasikan secara unik untuk kita sebagai penggunnya.  Formulasi dengan ramuan Halal semulajadi untuk keperluan pemakanan dan gaya hidup moden seharian.  Kitsui menjadikan kita lebih cantik secara natural dan alami.

penyebab susah tidur malam
Gangguan Tidur Malam Dapat Diatasi Dengan Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose : Review


Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

Kitsui Rilax Nite
Website : https://kitsui.com.my/product/kitsui-rilax-nite/

Kitsui Kurma Rose
Website : https://kitsui.com.my/product/kitsui-kurma-rose/



Post a Comment

2 Comments

Ain Athirah said…
Berita baik untuk mereka yang sukar tidur
Aisya Ismail said…
Ai kadang-kadang susah juga nak tidur malam. Nak try supplement.