بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Lama Di Kaunter
Bila bercerita tentang pos barang, cx memang dah biasa buat sebab kita sebagai penjual, semestinya menjadi kebiasaan. Namun bila berkaitan servis penghantaran, cx agak lemah untuk pergi ke kaunter pejabat pos untuk beratur tunggu giliran. Korang nak tahu tak pernah sekali cx pergi pos barang pelanggan, macam biasalah bawa anak-anak. Masa tu pula ramai orang nak pos barang juga. Jadi cx pon kenalah tunggu ikut nombor giliran. Disebabkan lama sangat beratur, tiba-tiba anak cx menangis. Budak-budak biasalahkan. Sampaikan orang kaunter dan semua dalam pejabat pos pandang cx.
Akhirnya, staff dekat kaunter tu panggil cx dan suruh buat dulu padahal giliran cx lambat lagi. Orang yang giliran dia sekejap lagi pon dia suruh cx pergi dulu. Haa, bila anak meragam, dapatlah rezeki awal. Kalau tidak, memang lama sangat nak kena beratur. Memang seronok kalau pergi pos barang tak payah beratur kan? Haa, ada okay! Memang pergi pos barang tak payah beratur dah sebab cx pilih untuk pos barang dengan Ninja Van! Cx pos barang guna Ninja Packs sahaja! Cepat, mudah dan jimat masa!
Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur
Cx nak cerita dengan korang, kalau pos barang guna Ninja Packs, kita tak payah beratur lama dan panjang dah. Kalau korang seorang penjual berstatus mak berangkut anak-anak, memang kena pos barang guna Ninja Packs. Mana tidaknya, kalau korang pilih untuk pos barang menggunakan sampul Ninja Packs, segalanya boleh dibuat dengan mudah di rumah. Korang hanya perlu pack barang lepas dapat Ninja Packs, buat pesanan menggunakan Ninja Dashboard dan drop off sahaja. Tak perlu nak beratur panjang.
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
Apa Itu Ninja Packs?
Ninja Packs dari Ninja Van adalah sampul pek polimer prabayar yang kita boleh beli terlebih dahulu untuk digunakan kemudian waktu. Bila kita beli awal sampul pek polimer prabayar, lagilah memudahkan urusan kita bila nak pos nanti kan? Kita boleh beli Ninja Packs melalui pesanan atas talian sahaja. Tapi korang kena cakna dengan tempoh penggunaan yang diberikan iaitu 12 bulan dari tarikh pembelian dibuat okay.
Harga Ninja Packs |
Ninja Packs ada dua jenis yang perlu korang ambil tahu iaitu Regular Ninja Packs dan Padded Ninja Packs. Satu lagi, Ninja Packs hanya boleh digunapakai untuk penghantaran dalam Semenanjung sahaja okay. Kalau nak hantar parcel ke Sabah dan Sarawak, korang kena guna lain. Cx paling suka dengan Ninja Packs ini sebab ia dilengkapi dengan satu sistem teknologi jejak mengikut masa nyata (real time tracking technology). Jadi, kita akan tahu kemana dan dimana status parcel penghantaran bila-bila masa sahaja.
Mesti ramai risau pasal kos penghantaran atau berat bungkusan. Tapi dengan Ninja Packs ini, korang tak payah dah risau pasal kos sebab ianya menggunakan kadar rata penghantaran. Kos penghantaran kepada penerima dah termasuk dah dengan pembelian Ninja Packs yang bermula dengan harga RM5.60. Best kan? Bayar sekali terus boleh pos barang dan korang tak payah risau berat bungkusan. Sumbat sahaja selagi muat. Memang menguntungkan online seller.
Keistimewaan Menggunakan Ninja Packs
- Penghantaran pantas dalam masa 1-3 hari bekerja (atau kurang)
- Drop Off barang di lebih 4000+ drop off points.
- Pencetak (printer) tidak diperlukan untuk print airway bill
- Sistem penjejakan barang mengikut masa nyata
- Tiga kali percubaan penghantaran barang
- Liabiliti boleh diperolehi sehingga RM200*
- Penghantaran percuma dengan minimum perbelanjaan sebanyak RM19
Regular Ninja Packs
Regular Ninja Packs adalah sampul pos barang yang macam kita biasa guna dekat pejabat pos. Cuma bezanya, korang hanya perlu bayar sekali sahaja kerana kos penghantaran sudah termasuk sekali dengan pembayaran. Ianya didatangkan dengan pelbagai saiz dan berwarna merah bersama ninja karakter di atasnya. Antara saiz yang disediakan adalah Xs, S, M dan M-Lite. Jadi, kita boleh buat pilihan untuk pos barang guna Regular Ninja Packs mengikut kesesuaian barang yang ada.
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
Padded Ninja Packs
Padded Ninja Packs pula adalah sampul pos barang berwarna putih. Istimewanya Padded Ninja Packs adalah ianya didatangkan dengan bubble wrap di dalamnya. Kiranya kalau nak pos barang guna Ninja Packs yang boleh bantu untuk lindungi barang kita, pilihlah padded Ninja Packs. Lagi-lagi kalau barang yang requires more protection/cushion. Lepas tu, pelekat 'fragile' pon korang boleh dapatkan sekali waktu pembelian awal Ninja Packs di atas talian. Mudah kan?
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
5 Langkah dan Cara Pos Barang Guna Ninja Packs
Langkah 1: Beli Ninja Packs secara atas talian di Website Ninja Van
Langkah 2: Barang penghantaran akan sampai dalam tempoh masa 1-2 hari / kurang.
Langkah 3: Pack dan seal barang yang hendak di pos mengikut keselesaan.
Langkah 4: Buat pesanan pos barang di Ninja Dashboard
Langkah 5: Drop off parcel di 4000+ cawangan Ninja Points
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
Pengalaman Pos Barang Dengan Ninja Packs
Mudah sangat nak pos barang dengan Ninja Van tak payah beratur pon. Cx mula-mula beli terlebih dahulu Ninja Trial Pack secara atas talian di website Ninja Van. Penghantaran memang cepat. Dia umpama, baru buat pesanan, tiba-tiba dah ada depan mata. Cenggitu sekali cx nak korang tahu betapa cepat pantas dan tuntasnya Ninja Van punya servis.
Cx pilih sampul pos barang guna Regular Ninja Packs sahaja memandangkan barang cx tidak mudah pecah. Kalau korang nak pos barang yang memerlukan lebih perlindungan, sila guna Padded Ninja Packs okay. Cx bungkuslah barang dengan baik dan kemas supaya lebih elok kejadiannya.
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
Jangan lupa buat pesanan pos barang dekat Ninja Dashboard okay. Kalau tak buat pesanan di Ninja Dashboard, memang tak boleh nak jejak nanti barang kita dekat mana. Mudah sangat nak buat pesanan menggunakan Ninja Dashboard. Pastikan korang daftar terlebih dahulu dan kemudian isi sahaja maklumat yang dipinta seperti tracking ID. Tracking ID boleh kita dapatkan di Ninja Packs yang digunakan okay.
Dah siap semua, cx siap siaga untuk drop off dekat hampir 4000+ cawangan Ninja Points. Macam cx dekat Melaka, paling dekat dengan cx adalah di Ninja Van Peringgit Jaya. Berdekatan dengan petronas Peringgit Jaya Melaka. Korang boleh semak Ninja Points berdekatan korang.
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
Perkhidmatan Ninja Packs Memang Laju Betul!
Korang bayangkan cx baru hantar semalam, esoknya dah sampai! Barang yang cx hantar dah sampai dengan selamat. Ninja Packs ni memang betul-betul laju, dalam sehari hingga tiga hari sahaja dah boleh dapat barang. Tapi jaranglah sampai tiga hari. Kebiasaanya memang esok sampai. Cx boleh jaminlah dengan korang, Ninja Packs memang laju. Terbaik bak hang!
Pos Barang Guna Ninja Packs Memang Laju dan Selamat |
Carian Ninja Points
Nah cx bagi link untuk memudahkan korang buat carian ninja point berdekatan tempat tinggal masing-masing. Cx bagi contoh untuk carian Ninja Points di Melaka okay. Klik : Carian Ninja Points
Cara Pos Barang Guna Ninja Packs Tak Payah Beratur Panjang Di Kaunter |
PROMO KOD KHAS UNTUK NINJA PACKS PERCUMA buat pembaca dan pengunjung setia blog cxoppotunities.com.
Nak cuba pos barang korang dengan Ninja Packs?
Dapatkan Ninja Trial Pack secara PERCUMA bernilai RM25.00 bila korang gunakan promo code di bawah. Makluman, dalam Ninja Trial Pack, korang boleh dapat tiga saiz berbeza tau untuk hantar barang.
Gunakan PROMO CODE berikut : BLOGCX
Klik di sini untuk dapatkan Ninja Trial Pack hari ini.
Terima kasih !
9 Comments