Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Zaman sekarang ini kalau nak beli rumah memang memerlukan modal yang sangat besar.  Kita kena tahu rancang tabung rumah dengan baik.  Kalau tidak, memang sampai ke sudah tak lekatlah untuk dapat rumah sendiri.  Jadi, ramai yang ambil inisiatif bila ada tanah sendiri, mereka lebih cenderung untuk bina rumah.  Memang modal dan perbelanjaan agak besar juga tetapi ianya adalah salah satu cara jimat untuk buat rumah sendiri.  

Jadi, cara nak bina rumah sendiri ini, kita kena tahu apa tips asas bina rumah atas tanah sendiri.  Jadi, hari itu cx pon tanyalah encik suami.  Apa benda perkara utama yang perlu kita titik beratkan atau tips asas bina rumah atas tanah sendiri.  Jadi, jom ikut cx untuk ketahui apakah tips asas bina rumah atas tanah sendiri. 


Bina rumah atas tanah sendiri
Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah SEndiri

Tips Berguna Sebagai Persediaan Sebelum Membina Rumah Sendiri

Memang kita tengok orang nak membina rumah nampak macam mudah sahaja kan?  Konon isitlahnya macam ini tau, bila ada duit, semua benda jadi.  Betul tak?  Tapi sebenarnya kalau kita tak ada ilmu dalam bidang ini, memang teruk jugalah kesannya nanti.  Jadi, sedikit sebanyak kita kena tahu juga cara bina rumah sendiri yang betul.  Lagi-lagi macam cx dan suami, kami pilih dan rancang untuk bina rumah atas tanah sendiri.  Berikut adalah tips berguna sebagai persediaan sebelum membina rumah.  Waima cx tidaklah arif dan pakar dalam bidang ini tetapi sedikit sebanyak kena juga tahu dan ambil tahu. 

  • Status Geran Tanah

Geran tanah adalah perkara utama yang korang kena ambil pusing.  Kalau korang tengok banyak dah kes dan masalah keluarga berpunca daripada geran tanah ini.  Mana tidaknya, kalau merancang bina rumah atas tanah sendiri, kita kena pastikan geran tanah adalah atas nama kita sendiri atau pasangan.  Kalau tak tukar nama dan kita bina rumah atas tanah tersebut, akan timbul konflik di masa akan datang.  Boleh jadi gaduh tau. 

Selain itu, sebelum bina rumah atas tanah sendiri, kita kena tahu status tanah tersebut.  Kalau tanah berstatus bukan kediaman, kita kena tukar terlebih dahulu.  Tanah ini ada beberapa kategori seperti tanah pertanian contohnya.  Jadi ianya kena tukar bagi jelas status tanahnya sebelum bina rumah atas tanah sendiri. 

bina rumah bajet
Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

  • Keadaan Tanah

Keadaan tanah ini kita kena tahu sama ada tanah kita jenis macam mana.  Contoh jenis tanah adalah berbukit, tidak rata atau tanah lembah, tanah rendah dansebagainya.  Kalau tanah kita dalam kategori seperti berikut, kita kena tambak tanah orang kata.  Kena ratakan tanah.  Macam tanah kami, suami cx cakap kena tambak tanah supaya lebih tinggi bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir.  

Kemudian, kita kena ukur dulu keluasan sebenar tanah agar tidak ambil bahagian orang lain.  Kebiasaanya kita akan upah juruukur tanahlah untuk tentukan sempadan tanah sebelum nak bina rumah atas tanah sendiri.  Ini bagi mengelakkan juga masalah akan datang dan tanah kita dalam keadaaan baik hendaknya.

  • Pelan Rumah

Melalui pembacaan cx, untuk pelan rumah ini ada tiga skop utama.  Skop penting pelan rumah ini adalah merangkumi pelan arkitek & 3D, pelan struktur dan pelan elektrikal & perpaipan.  Pelan arkitek dia lebih fokus kepada macam mana penyusunan ruang asas dalam rumah macam bilik, dapur, tandas dan sebagainya.  Kebiasaannya ikut cita rasa kita sendirilah tetapi atas nasihat yang pakar juga supaya rumah kita seimbang dan selesa.  

Pelan 3D pula dia lebih kepada gambaran awal selepas rumah siap. Dia macam lakaran yang menunjukkan ruang rumah daripada sudut atas.  Ianya bagi menampakkan gambaran agar lebih jelas untuk reka bentuk bumbung.  Mudah untuk difahami reka bentuk rumah.  Pelan struktur pula adalah pelan kerangka rumah macam jurutera selalu panggil asas (foundation), rasuk (beam), lantai dan tiang segala itu.  Kalau pelan elektrikal dan perpaipan pula dia lebih memudahkan kontraktor untuk buat pendawaian dan kerja perpaipan.

bina rumah atas tanah sendiri
Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

  • Bajet Kewangan

Ini hal paling penting untuk tahu cara bina rumah sendiri.  Kita semua pon nak tahu cara jimat buat rumah sendiri, betul tak?  Jadi, kalau nak bina rumah atas tanah sendiri, kita kena tahu status dan bajet kewangan kita sendiri.  Lagipun ramai juga orang sekarang suka nak bina rumah bajet.  Banyak ya yang nak dititikberatkan.  

Kebiasaanya bajet kewangan ini merangkumi pelbagi sudut yang kita kena tahu iaitu anggaran kos penyediaan pelan lakaran rumah melalui juruukur bahan, bayaran kepada badan berkanun, sehingga kelulusan pelan untuk bayaran bagi mendapatkan sijil kesiapan serta pematuhan (CCC). Seeoloknya kita dapatkan nasihata daripada arkitek, jurutera, juruukur bahan atau kontraktorlah untuk anggarkan bajet kewangan sebenar supaya tak tersasar.

Cara Jimat Buat Rumah Sendiri dengan Nusara Bina PMC

Jadi bila cx dan suami merancang untuk bina rumah atas tanah sendiri, kami buat carian untuk mencapatkan kontraktor yang bertauliah dan boleh dipercayai.  Kami takut juga kalau tertipu dengan scammer.  Nak bina rumah atas tanah sendiri semuanya memerlukan modal waima bina rumah bajet.  Jadi, cara jimat dan selamat utnuk buat rumah sendiri adalah dengan memilih Nusara Bina PMC sebagai kontraktor kami nanti.  Kenapa kami pilih Nusra Bina PMC? Okay jom cx kongsi dengan korang sebabnya ya.

  • Pengalaman Luas

Nusara Bina PMC ini menjadi pilihan cx dan suami bila nak bina rumah atas tanah sendiri nanti.  Faktor utama yang menyebabkan kami pilih adalah kerana Nusara Bina PMC berpengalaman luas menyiapkan pelbagai kategori projek. Kombinasi lebih 11 tahun pengalaman dalam pembinaan.  Jadi, kami macam lebih percayalah dengan Nusara Bina PMC ini dan tidak teragak-agalah sebab mereka dah ada 11 tahun pengalaman kan? Jadi kita lebih yakinlah.

cara bina rumah sendiri
Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

  • Panel Kilang Sendiri

Selain itu, Nusara Bina PMC ini ada kemudahan panel kilang sendiri.  Ianya baguslah sebab kita boleh dapatkan kos lebih murah berbanding harga luar.  Kemudian, proses pembinaan lebih cepat siap dan paling penting semua bahan berkualiti.

  • Mudah dan Jimat

Cx cakap Nusara Bina PMC ini mudah dan jimat sebab bila dengan mereka, semua benda akan diuruskan.  Urusan daripada A sehingga Z akan dikendalikan oleh mereka.  Bermula dengan lukis pelan, dapatkan permit, sehinggalah kerja mencuci setelah siap projek adalah atas tanggungjawab mereka.  Seronokkan? Senang dan jimat jadinya. Apa nak pening-pening cari orang lain? 

  • Harga Kompetitif

Harga dengan Nusara Bina PMC ini lebih kompetitiflah.  Kalau kita cuba dapatkan sebut harga daripada kontraktor lain, Nusara Bina PMC akan tunjukkan dekat mana kita boleh kurangkan kos.  Tetapi dalam masa yang sama, mereka kekalkan kualiti.

  • Jaminan Kerja

Ini paling menarik perhatian cx dan suami.  Nusara Bina PMC bagi jaminan tau bagi setiap kerja yang mereka lakukan, akan diberi jaminan selama 1 tahun setelah projek siap. Mereka tanggung kalau ada kerja pembaikan untuk rumah kita nanti. 

pakej bina rumah atas tanah sendiri
Tips Asas Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri yang Berbaloi dan Menjimatkan

Kesimpulannya, setelah diselidik dan dicari, kami rasa Nusara Bina PMC adalah pakej bina rumah atas tanah sendiri yang sangat berbaloi dan menjimatkan.  Semua perkara kita serahkan sahaja kepada Nusara Bina PMC. Mereka akan buat kerja mereka berdasarkan pengalaman 11 tahun dalam projek bina rumah .  Cx yakin, kami akan dapat bina rumah atas tanah sendiri dengan lebih menjimatkan.  Ramai juga yang puas hati dengan hasil kerja Nusara Bina PMC ini.  

Korang boleh rujuk maklumat di bawah kalau suatu hari nanti nak bina rumah atas tanah sendiri okay.  Banyak juga testimoni daripada para pelanggan mereka di sini.  Korang tak payah pening-pening lagi okay.  Pilih saja Nusara Bina PMC untuk dapatkan pakej bina rumah atas tanah sendiri dengan penjimatan bergandan dan lebih berbaloi.  


Post a Comment

1 Comments

umminani said…
TQ SHARE, memang tgh mencari org yg boleh renovate rumah ni.