Resipi Rendang Daging Mudah Juadah Pagi Hari Raya

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Resipi Rendang Daging Mudah Juadah Pagi Hari Raya

Sempena raya yang bakal tiba, cx dah rancang tau nak masak menu dan juadah apa untuk hari raya pertama nanti.  Banyak-banyak menu yang ada, cx memang sangat suka dengan rendang daging.  Memang kesukaan cx kalau melibatkan daging. Jadi, disebabkan cx nak buat rendang daging pada pagi hari raya nanti, cx nak kongsi dengan korang resipi rendang daging mudah untuk juadah pagi hari raya okay.  Korang pon masih boleh mencuba resipi rendang daging mudah juadah pagi hari raya ini untuk menu berbuka juga tau. Gerenti bertambah! Resipi rendang daging mudah juadah pagi hari raya cx ini sangatlah simple dan senang.  Okay jom cx kongsikan resipi rendang daging mudah juadah pagi hari raya di bawah;


Resipi Rendang Daging Mudah
Resipi Rendang Daging Mudah Juadah Hari Raya

Bahan-bahan Rendang Daging 

Daging Lembu 1/2 Kilo
Cili Api *Ikut Kepedasan #
Cili Kisar *1 Senduk #
Bawang Merah *5 Ulas #
Bawang Putih *5 Ulas #
Halia *2 inci #
Serbuk Kunyit *1 Sudu Kecil #
Santan Segar / 1 kotak 250ml
Asam Keping *2 keping
Serai *5 Batang #
Kerisik *1 Sudu Besar #
Garam, Gula
Daun Kunyit
Daun Limau Purut
Minyak Masak
Air

#Dikisar sehingga halus


Cara Masak Rendang Daging

1. Panaskan minyak dalam kuali.  Kemudian tumiskan bahan-bahan yang bertanda # tadi sehingga naik bau dan garing sebaiknya atau orang kata pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan daging lembu yang hendak dimasak bersama air mengikut paras daging.  Tujuan utama untuk reneh sehingga daging lembu menjadi lembut.  Kalau taknak, macam cx, guna sahaja noxxa atau pressure cooker.  Pantas lembutnya! hihi
3. Selepas daging lembu sudah lembut, masukkan santan, garam dan gula.
4.  Biarkan santan mendidih dengan api kecil ya supaya tidak naik kepala santan kita. 
5.  Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang telah dihiris halus.  Kalau tak suka, masuk sajalah segedabak atau carik-carik besar. 
6.  Kalau suka berkuah, tak perlu didik sehingga kering okay.  Cx suka basah-basah sikit berkuah.
7. Siap untuk dimakan bersama lemang dan ketupat!

Persediaan Barang Dapur Juadah Hari Raya Jadi Mudah Dengan F&N Life Apps

Umum pon tahu sekarang kita tengah hadap gelombang ketiga pandemik. Jadi, cx nak keluar pergi beli barang dekat kedai pon dok berfikir dua tiga kali. Nak tak nak, cx kena juga fikirkan alternatif lain selain keluar rumah. Gara-gara cx ada anak kecil, jadinya cx lebih cenderung untuk membeli barang secara atas talian sahaja. Makanya, hari itu cx hanya order barang dapur untuk persediaan juadah pagi hari raya menggunakan F&N Life Apps sahaja. Mudah, cepat dan senang!

resipi rendang daging mudah
Persediaan Barang Dapur Juadah Hari Raya Jadi Lebih Mudah dengan F&N Life Apps

Cx memang beli dan order hanya menggunakan F&N Life Apps sahaja.  Korang pon boleh cuba dan buat tempahan untuk dihantar ke kampung tau.  Mudah urusan mak ayah kita dekat kampung.  Kesian mak ayah kita susah nak bergerak.  Tambahan lagi atas faktor umur.  Ada banyak bundle raya yang F&N Life Apps tawarkan.  Rugi kalau tak beli sekarang.  Cx punya persediaan barang dapur juadah pagi hari raya dah siap dan lengkap.  Tinggal nak masak saja nanti di malam mantai. Terujanya!

Muat Turun F&N Life Apps dan Gandakan Ganjaran Sekarang

Tak rugi kalau korang muat turun F&N Life Apps sekarang tau! Korang boleh baca macam mana cara nak muat turun F&N Life Apps di entry cx ini : Beli Barang Keperluan Raya Melalui F&N Life Apps Lebih Menjimatkan .  Nak tahu ganjaran menarik dan kombo yang ditawarkan, korang kena muat turun dan baca entry cx yang sebelum ini sekarang okay.  Selamat berjimat cermat bersama F&N Life Apps !

resipi rendang daging mudah
Resipi Rendang Daging Mudah Juadah Pagi Hari Raya

Post a Comment

2 Comments

Nina Mirza said…
Rendang daging pun menu wajib ada tuk keluarga kak nina. Sedap nampak rendang Cx tu.. Kak nina pun order set bundle di F&N Life
Sue Izza said…
tak pernah masak rendang sendiri huhuuu