سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Ramadan Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka
Pada 16hb April 2021 yang lalu, cx dan keluarga berkesempatan untuk hadir ke Buffet Selera Desa sempena memenuhi jemputan ramadan review di Kings Green Hotel Melaka. Kehadiran kami disambut baik oleh pekerja Kings Green Hotel Melaka. Ketika tiba di sana, setiap meja kami telah pon diletakkan nama sebagai tempahan awal. Iftar Ramadan kali ini bertemakan Selera Desa yang menyediakan kepelbagaian menu desa tempatan.
Ramadan Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka |
Sajian Pelbagai Menu Dihidangkan Sepanjang Ramadan
Pelbagai menu dihidangkan sepanjang Ramadan. Antara yang menarik perhatian cx adalah daging tetel masak asam pedas, masak lemak cili api ayam , bubur lambuk, sup ayam, kambing golek, nasi beriyani, sate, nasi impit, kerabu sayur, ulam-ulam, megi goreng, kuih muih dan buah-buahan. Anak-anak pula suka layankan sate sambil makan sup ayam dan pencuci mulut buah-buahan pelbagai serta ais krim. Seronok anak-anak cx berbuka puasa di sana.
Ramadan review kali ini cx bawa emak sekali. Seronok tengok mak makan sampai mengah perut. Mak cx kurang selera makan bila bulan puasa. Almaklum dah berusia. Mesti tekak agak kurang rasa untuk makan. Betul tak? Syukur Alhamdulillah mak kenyang dan suka. Bertambah mak makan tau! Mak pon cakap asam pedas tetel dia sedap waima sedikit cair dan kuantiti tidak mencukup akibat ramai orang berbuka di sana. Tapi korang jangan risau, mereka akan tambah semula hidangan tersebut .
Ramadan Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka |
Ramadan Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka |
Personal Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka
Personal review cx adalah, makanan dia agak sedap dan sesuailah dengan budget yang dikenakan. Tidak boleh expect lebih-lebih. Menu sedang elok dan okay. Kawasan iftar sesuai dengan suasana terbuka dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Cumanya makanan yang mereka hidangkan agak terhad. Ramai yang terpaksa tunggu makanan ditambah. Lain-lain pula sederhana hendaknya sesuai dengan budget. Kiranya boleh dikatakan buffet Selera Desa di Kings Green Hotel Melaka ini harga mampu miliklah bagi semua orang. InshaaAllah.
Ramadan Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka |
Ramadan Review Buffet Selera Desa Kings Green Hotel Melaka |
Sebarang pertanyaan atau tempahan, korang boleh rujuk maklumat yang cx sertakan di bwah ini okay. Harga bagi kanak-kanak seusia lima hingga 12 tahun hanya RM28. Warga emas pula hanya RM38 bermula usia 55 tahun ke atas. Harga dewasa biasa adalah RM48 seorang. Menariknya, kalau korang beli untuk harga 10 orang dewasa, akan dapat PERCUMA satu tau! Jadi, nanti ajak kawan-kawan dan keluarga berbuka dekat sini okay.
Website: www.kingsgreenhotel.com.my
Facebook: Kings Green City Hotel Centre Melaka
Instagram: Kings Green Hotel Melaka
Email : sales@kingsgreenhotel.com.my
Contact: +6019-433 1091 / +6011-6334 8774 / +6010-209 5036
3 Comments