Mudahnya Bayar Zakat Melalui Online E-Zakat Pay

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Mudahnya Bayar Zakat Melalui Online E-Zakat Pay

Zaman sekarang yang dilanda pandemik tak sudah dan entah bila nak kembali normal pon kita tidak pasti lagi.  Makanya zaman kita ini semakin ramai masayarakat cakna akan penggunaan duit secara atas talian sahaja.  Masyarakat kita lebih tahu untuk buat pilihan dalam mengurangkan penggunaan duit tunai dalam tangan.  Banyak manfaat dan faedah yang kita dapat bila dapat kurangkan penggunaan simpanan wang tunai.  Jadi, kali ini cx nak kongsi dengan korang betapa mudahnya bayar zakat melalui online e-zakat pay.  

bayar zakat online selangor
Mudahnya Bayar Zakat Melalui Online E-Zakat Pay fpx

Memandangkan kita pon mahu kurangkan perjumpaan serampang dua mata dan menjaga jarak, kaedah bayar zakat melalui online e-zakat pay adalah pilihan terbaik dan berkesan.  Kita tidak perlu pegang wang tunai dan keluar berjumpa dengan A'mil iaitu orang yang bertanggjawab mengutip zakat.  Initiatif ini adalah hasil usaha Lembaga Zakat Selangor. 

E-Zakat Pay Menggunakan Saluran FPX

FPX adalah singkatan bagi Financial Process Exchange atau dalam bahasa melayunya adalah Pertukaran Proses Kewangan. FPX adalah gerbang pembayaran yang membolehkan kita membuat pembayaran dalam talian dengan segera. Pembayaran segera menggunakan akaun semasa atau simpanan kita. Apa yang diperlukan hanyalah ​akaun perbankan Internet dengan mana-mana bank FPX yang mengambil bahagian.

bayar zakat online selangor
Pembayaran zakat online e-zakat pay fpx


Pembayaran FPX adalah penyelesaian pembayaran dalam talian yang mudah dan selamat.  Ianya membolehkan pendebitan akaun perbankan internet pelanggan pelbagai bank dalam masa nyata. Ini juga membolehkan pengkreditan langsung dan terus ke akaun peniaga oleh bank. Perkhidmatan FPX sesuai untuk semua perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan melalui internet.

E-Zakat Pay yang diusahakan oleh Lembaga Zakat Selangor ini boleh membuat pembayaran menggunakan saluran FPX yang biasa kita gunakan selama ini.  Apa yang penting, hanya perlu ada online banking yang telah diaktifkan.  Kita boleh tunaikan zakat dengan lebih mudah dan pantas melalui beberapa pilihan melalui FPX seperti Bank Islam, Maybank, CIMB Bank Islamic, RHB Bank, Public Bank dan sebagainya. 


Langkah-langkah Pembayaran Online E-Zakat Pay FPX

Langkah-langkah pembayaran online e-zakat pay FPX hanya empat langkah sahaja diperlukan.  Sangat mudah dan pantas dalam menunaikan zakat secara online.  Kita hanya perlu penuhkan maklumat serpeti berikut;

bayar zakat online selangor
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 1
Isikan maklumat bayaran seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon dan jenis zakat yang kita nak bayar serta tunaikan.

bayar zakat online selangor
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 2
Pilih kaedah bayaran melalui PFX

bayar zakat online selangor
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 3
Pilih online banking yang dikehendaki

bayar zakat online selangor
Bayar Zakat Online E-Zakat Pay: Step 4
Resit pembayaran zakat akam dikeluarkan seperti dalam rajah di atas. Tekan bayar sekarang untuk tunaikan zakat pilihan.


Hikmah dan Kebaikan Membayar Zakat

Jika kita sebut tentang sedekah, ianya adalah satu perkara sunat dan ada juga sedekah wajib.  Zakat juga dikatakan sedekah namun ianya adalah wajib dilaksanakan.  Hikmah mengeluarkan zakat ini ada banyak tetapi biarlah cx simpulkan menjadi lebih mudah faham.  

Setiap orang yang mampu hendaklah berzakat hartanya agar penerima zakat juga mendapat hak mereka.  Kita juga tak boleh untuk menidakkan bahawa dalam harta kita mempunyai hak orang lain.  Jadi, zakat adalah satu sedekah yang wajib mengikut tatacara yang telah diatur oleh Islam. 

kebaikan menunaikan zakat
Kebaikan Menunaikan Zakat

Antara hikmah dan kebaikan membayar zakat adalah kita dapat mendidik diri dan hati agar bersifat pemurah dan mengelakkan unsur bakhil.  Selain itu, zakat juga menguatkan hubungan dan silaturrahim sesama manusia.  Tak dilupakan juga, zakat mampu membawa kepada keamanan negara kita sendiri iaitu Malaysia. 

Semoga dengan ini, kita juga boleh dan mampu memahami hikmah serta rahsia pensyariatan zakat menjadikan seroang insan yang benar-benar faham erti zakat dan faedah disebailkan mengeluarkan zakat. Maklumat lanjut boleh rujuk di pautan berikut;

E-Zakat Pay FPX :  https://fpx.zakatselangor.com.my
Webiste Rasmi : https://www.zakatselangor.com.my/
Talian Rasmi : 1300-88-4343

Peraduan Zakat Cashless Sepanjang Ramadan

Makluman semua, Lembaga Zakat Selangor ada mengadakan peraduan zakat cashless sepanjang ramadan.  Peraduan ini bermula pada 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021.  Peraduan zakat cashless ini sebenarnya diadakan berikutan sempena Kempen Pay Smart Stay Smart.  Jom korang turut serta dalam peraduan zakat cashless sepanjang ramadan ini .  Korang berpeluang memenangi hadiah menarik dan bermanfaat.  Jumlah keseluruahan bernilai RM15,000.  

bayar zakat online selangor
Peraduan Zakat Cashless

peraduan zakat cashless
Peraduan Zakat Cahsless: Syarat


Hanya dengan tiga langkah mudah untuk turut serta dalam peraduan zakat cashless ini:
1. Tunaikan zaakat anda secara online melalui salah satu platfrom bayaran seperti fpx
2. Imbas kod QR untuk isi borang penyertaan
3. Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my

Korang boleh tengok dan baca sendiri terma dan syarat yang diberikan.  Lembaga zakat selangor menyediakan 24jam saluran bayaran tanpa tunai untuk kita tunaikan zakat secara atas talian sahaja.  Lebih mudah, cepat, dan berkesan. 


bayar zakat online
Mudahnya Bayar Zakat Melalui Online E-Zakat Pay

Post a Comment

5 Comments

Perdu Cinta said…
Kemudahan dah ada maka tiada alasan untuk tidak membayar.
Atie Zieya said…
senang skrg ni, smua hujung jari ja
Hawa Hassan said…
Senang dah sekarang ni nak bayar zakat. Alhamdulillah.
Nadia Johari said…
Takde alasan lagi tak dpt byr.. Sekrg senang. Byr guna fpx pun boleh
Aisya Ismail said…
Mudah sangat tak payah keluar.