Chup! Makan Dulu Nostalgia Laksamana Bufet Ramadan DoubleTree Hilton Hotel Melaka

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Chup! Makan Dulu Nostalgia Laksamana Bufet Ramadan DoubleTree HIlton Hotel Melaka

Pada 31hb Mac 2021 kelmarin, cx mendapat jemputan untuk Ramadan Preview di DoubleTree Hilton Hotel Melaka.  Kehadiran cx dan keluarga disambut baik oleh para petugas di Makan Kitchen DoubleTree Hilton Hotel Melaka.  Ramadan Preview kali ini oleh DoubleTree Hilton Melaka mempersembahkan makan malam bufet bertemakan "Nostalgia Laksamana" untuk bulan puasa akan datang.  DoubleTree Hilton Hotel Melaka lebih memberi tumpuan agar kita dapat berehat dan berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan dengan makanan istimewa negeri Melaka yang terkenal di Makan Kitchen.

menu buffet ramadan
Nostalgia Laksamana: Chup! Makan Dulu Bufet Ramadan DoubleTree Hilton Hotel Melaka

menu buffet ramadan
Pilihan Minuman Chup! Makan Dulu:  Nostalgia Laksamana


Cx dan keluarga sangat teruja untuk merasai sendiri sajian yang disediakan.  Mana tidaknya, Makan Kitchen menyajikan makanan Melaka yang sangat istimewa.  Kalau korang nak tahu, makan malam bufet di DoubleTree Hotel Hilton ini adalah sebahagian daripada promosi Ramadan iaitu "Chup! Makan Dulu" .  Mereka memetik perkataan "Chup!" dariapa slang klasik Malaysia yang sinonim dnegan kata "berhenti sekejap".  Kalau zaman kita kecil-kecil dulu, kan selalu main mainan "chup!", jadi DoubleTree by Hilton Hotel Melaka realisasikan di Makan Kitchen.  

Chup! yang digunakan untuk menarik seseorang dengan cara yang suka nak bergurau dan beramah-mesra.  Makanya, melalui kempen ini, mereka berharap dapat mengembalikan memori dan mengingatkan rakyat Malaysia supaya berehat sebentar daripada kesibukan seharian.   Kita juga boleh manfaatkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang sambil menikmati makanan sedap di DoubleTree by Hilton Hotel Melaka.

Nostalgia Laksamana : Tema Kekayaan dan Penghormatan CItarasa Laksamana Melaka

Bertemakan "Nostalgia Laksamana", menu Ramadan untuk tahun ini adalah merupakan sebuah penghormatan kepada kekayaan citarasa yang terdapat dalam setiap hidangan negeri Melaka.  Satu rasa yang mengingatkan kita pada masakan di rumah. Sajian yang dibawakan adalah seperti, kerabu sotong sumbat betik, Nasi Ulam Jantung Pisang, Gulai Asam Pedas, Patin Bakar Nyonya Sauce, Ayam Golek Bumbu Desa Pedas, Salmon dengan Sambal Minang dan daging lembu istimewa yang direbus selama 12 jam di Rendan Hijau. 

bufet ramadan melaka
Ramadan Buffet 2021

harga buffet ramadan
Pulut Kuning Bufet Ramadan 2021

bufet ramadan melaka
Barisan Chef Makan Kitchen

bufet ramadan double tree hilton melaka
Sajian Buah-buahan Pelbagai


Pemanis mulut pula, kita boleh menikmati pelbagai jenis Kuih Talam, Pengat Durian Sago, Durian Tempuran dan Apam Balik yang merupakan signature DoubleTree Hotel Hilton Melaka. Menariknya di sini, mereka turut menyediakn satu kumpulan muzik tradisional yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang menjamu selera.  Ianya juga merupakan satu kenangan eksklusif untuk para tetamu bawa pulang bersama. 

Sajian Menu Sedap dan Berbaloi

Pada cx, sajian menu istimewa Nostalgia Laksamana ini memang pelbagai dan banyak pilihan.  Ketika Ramadan Preview kelmarin, cx dan suami sempat merasa daging dan kambing yang disediakan.  Sedap sungguh! Daging yang direbus 12 jam memang lembut habis!  Kami ratah lauk yang paling banyak ketika itu.    Anak-anak pon suka makan.  Lembut dan sedap! 

hotel ramadan buffet 2021
Menu Kebab Makan Kitchen

menu buffet ramadan
Menu Nostalgia Laksamana Melaka

Hotel ramadan buffet 2021
Kuih Muih Istimewa Citarasa Melaka

bufet ramadan melaka 2021
Hidangan Ketupat, Lemang, Pulut


Kuih muih yang mereka sajikan pon sedap dan tidak terlalu manis.  Elok sangat rasa dia.  Agar-agar pon sedap, cx suka betul agar-agar cendol.  Sedap sungguh! Manis dia sedang elok sahaja.  Buah-buahan pon banyak pilihan.  Anak-anak cx makan buah bukan main banyak.  Sedaplah tu!  Lagipun, anak-anak cx memang hantu buah.  

Korang kalau pergi nanti, sila makan bubur lambuk.  Sumpah sedap!  Rasa dia padu sedap. Ikan salmon dia unik sungguh tau! Salmon lawan dengan sambal minang.  Cx ingatkan rendang tapi bukan rupanya.  Tapi rasanya sedaplah! Memang kena makan bergabung, baru umph! pergi dia.  Nasi ulam pon sedap! Cx makan macam itu sahaja.  Cukup segala perisa dan rasa.  InShaAllah. 

Tempahan Harga Istimewa Early Bird Chup! Makan Dulu Bufet

Makan malam bufet bertemakan "Nostlagia Laksamana" akan berlangsung bermula pada 13hb April sehingga 12 Mei 2021.  Waktu operasi adalah bermula dari 6:30 petang sehingga 10:30 malam.  Harga bufet adalah RM128 bagi dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak dan warga emas. Korang kena dapatkan harga Early Bird dengan hanya RM99 sahaja tau untuk penjimatan hebat.  Tempahan hendaklah dibuat sebelum 5hb April 2021.  Deposti diperlukan untuk tempahan 10 orang ke atas. 




Sebarang maklumat atau tempahan lebih lanjut,boleh rujuk maklumat di bawah seperti berikut;

Telefon: +606 2223 333

Post a Comment

6 Comments

AzianKhalil said…
jauh beza harga biasa dengan harga early bird
Aisya Ismail said…
Vibes Ramadhan tu dah sampai.
Nadia Johari said…
Tak sabar nak bulan pausa. Rindu nak makan buffet macam ni
Sunshine Kelly said…
Wow semua hidangan kat DoubleTree HIlton Hotel Melaka memang sedap and price pun reasonable.
Azni said…
Dkt KL double tree hilton pun best. Macam2 ada. Kak azni tak perasan melaka pun ada double tree hilton. Nnnt balik melaka nak usha2 kat mana hotel ni
Atie Zieya said…
next week dah nak puasa, jap jer