سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Kebaikan Kitsui Coco Xs Lite Membantu Penurunan Berat Badan
Di zaman serba moden ini, cx gerenti segelintir daripada kita semua semakin kurang cakna akan kesihatan diri sendiri. Kita tidak lagi fokus dan pentingkan tentang perubahan bentuk badan. Tanpa kita sedar, diri kita tiba-tiba sudah tidak aktif, berat badan semakin meningkat, badan cepat letih dan sebagainya. Ini semua gara-gara kita alpa untuk menjaga diri sendiri. Asbab sibuk dengan kerja seharian, cara hidup harian menjadi tidak teratur dan tidak sihat. Ketika inilah baru kita nak mencari solusi untuk kurangkan berat badanlah, mula amalkan pemakanan sihatlah. Betul tak?
Jadi, dekat sini cx nak tolong bantu masalah korang yang sama situasi seperti di atas. Khabarnya kebaikan kitsui coco xs lite boleh membantu penurunan berat badan. Betul ke? Okay jom cx ceritakan lebih lanjut tentang Kitsui Coco Xs Lite.
Kebaikan Kitsui Coco XsLite Membantu Penurunan Berat Badan |
Apa Itu Kitsui Coco Xs Lite?
Kitsui Coco Xs Lite merupakan minuman protein tinggi serat. Ianya khas untuk membantu penurunan berat badan disamping menjaga kesihatan tubuh. Ia memberi rasa kenyang yang lebih lama serta bagus untuk mengawal berat badan. Kitsui Coco Xs Lite adalah gabungan daripada bahan-bahan natural untuk membantu penuruan berat badan disamping menjaga kesihatan tubuh badan. Kitsui Coco Xs Lite adalah produk yang dipercayai kerana telah lebih 20 tahun di pasaran.
Paling penting, Kitsui Coco Xs Lite bebas daripada bahan yang berbahaya. Antara bahan yang berbahaya adalah seperti hormon, pengawert, gluten, GMO, antibiotik dan bahan kimia. Semua bahan terlarang ini dijamin tidak digunakan dalam pembuatan Kitsui Coco Xs Lite. Ianya disahkan halal dan sesuai untuk vegan. Kitsui Coco Xs Lite juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa seperti Asia Pacific Super Health Brand Excellence, SME and Entrepreneurs Business Awards 2019 dan Asia Halal Brand Awards 2019.
Kitsui Coco Xs Lite Terbaik untuk Anda!
Kitsui Coco XsLite adalah terbaik untuk anda jika ianya melibatkan untuk penurunan berat badan. Di sini cx nak juga kongsikan antara tanda-tanda makan berlebihan. Tanda-tanda makan yang berlebihan adalah seperti sakit perut, sakit kepala, rasa tekanan berlebihan, kembung perut, badan akan cepat letih dan kerap rasa mengantuk. Nampak macam biasa kan? Tetapi ianya adalah gejala yang tidak baik ya.
Tambahan lagi, masalah berat badan kini juga adalah tinggi berlaku di Malaysia. Banyak faktor yang memainkan peranan namun cx pilih empat sahaja asbab utama yang menjadi punca kepada masalah berat badan tinggi. Jom tengok sama ada kita tergolong dalam golongan ini atau tidak.
Kebaikan Kitsui Coco XsLite Membantu Penurunan Berat Badan |
Suka makan makanan yang berlemak.
Bayangkan bila makanan viral pisang goreng keju. Kemudian, dah semua segala makanan nak ditambah keju. Memang sedap bila dimakan tetapi lemaknya? Kita kumpul sekali tau dalam badan untuk tempoh jangka masa panjang dan lama.
Kurang pengambilan makanan serat
Menyebabkan badan kita berlakunya proses pencernaan yang lemah. Kita akan kerap sakit perut dan mengalami sembelit.
Tiada Masa untuk bersenam.
Faktor daripada kesibukan harian, kita juga tiada masa untuk bersenam. Makanya memang akan memberi kesan terhadap berat badan kita. Segala lemak tepu telah terkumpul dengan jayanya dalam badan.
Penggemar makanan.
Pantang ada makanan baru dan viral, pasti akan berduyung-duyun semua orang ingin mencubanya. Betul tak? Contoh sekarang adalah kegilaan terhadap boba. Semua jenis boba yang dicipta dalam minuman akan dicuba. Sehinggakan dalam makanan turut hendak diletakkan boba.
Bahan-Bahan Utama Kitsui Coco XsLite
Tiga bahan utama yang terkandung dalam Kitsui Coco XsLite. Antaranya adalah Coco, Konjac dan L-Carnitine. Jom cx huraikan apakah fungsi bagi setiap satu bahan-bahan utama yang ada dalam Kitsui Coco Xs Lite ini okay.
- Coco : Membantu mengatur penggunaan tenaga dan metabolisme sambil meningkatkan rasa kenyang. Rendah kalori dan karbohidrat. Coco juga kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, riboflavin, vitamin E dan mineral seperti fosforus serta zink.
- Konjac : Konjac berfungsi untuk menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan. Selain itu, konjac juga membantu untuk membuang toksin dalam badan.
- L-Carnitine : Fungsi L-Carnitine adalah membantu membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Ianya juga membantu meningkatkan metabolisme badan kita untuk dibakar lebih banyak jumlah kalori
Kitsui Coco Xslite kkm |
Kenapa Pilih Kitsui Coco XsLite?
Terdapat enam faktor kenapa pilih kitsui Coco XsLite yang melibatkan kesihatan, kualiti, kemudahan, kesegaran, vitamin dan mineral serta sachet powder. Cx huraikan asbabnya di bawah ya.
Kesihatan: Kitsui Coco XsLite dibungkus dalam keadaan sachet pack. Sachet pack menjadi pilihan kerana ianyg adalah untuk menghindari bakteria daripada masuk ke dalam produk.
Kualiti: Jika dibahaskan mengenai kualiti, proses denaturasi (perubahan terhadap molekul protein dalam bahan) takkan berlaku dengan satu hidangan per sachet. Ianya lebih terjamin.
Kemudahan: Kitsui Coco XsLite yang diletakkan dalam bentuk sachet pack lebih memudahkan untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Kesegaran: Penipuan atau penduaan sachet produk bukanlah satu prosedur yang mudah untuk dilakukan oleh orang lain.
Vitamin dan Mineral: Kitsui Coco XsLite mengikut komposisi bahan yang seimbang seperti dituntut.
Sachet Powder: Penggunaan serbuk dan air akan memudahkan berlakunya penyerapan yang baik ke dalam sistem badan manusia yang mengamalkannya.
Testimoni Kitsui Coco XsLite
Berikut adalah antara testimoni Kitsui Coco XsLite yang korang boleh tengok. Ini adalah testimoni ktisui Coco XsLite yang sebenar ya. Bukan rekaan semata-mata.
Testimoni Kitsui Coco XsLite |
Testimoni Kitsui Coco XsLite |
Testimoni Kitsui Coco XsLite |
Cara Minum Kitsui Coco XsLite:
Cara minum coco xslite dan penyediaannya adalah sangat mudah dan tidak leceh. Semuanya hanya perlu sekali jalan sahaja.
- Campurkan satu paket Kitsui Coco XsLite ke dalam 150 ml air suam.
- Goncang seingga larut
- Diminum sebaik sahaja selepas penyediaan.
Kitsui Coco XsLite Lulus KKM dan Selamat Diamalkan
Jadi, kebaikan ktisui Coco Xslite ini memang boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Kitsui ini rasanya sedap sebab ada koko. Kesan pengambilannya juga seawal tiga hari. Kita akan kurang rasa nak makan dan sentiasa kenyang. Kitsui Coco XsLite Lulus KKM okay. Jangan risau. Boleh dapatkan di Watsons berhampiran korang. Tidak pon, boleh beli melalui shopee Kitsui sendiri okay. Nah cx kongsikan maklumat lanjut untuk tindakan selebihnya.
Website: https://kitsui.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/kitsuimalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/kitsuibeauty_msia/
Kitsui Terbaik untuk Anda
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
1 Comments