Anak Diberi Suntikan Vaksin Pneumococcal Percuma di Klinik Kesihatan Malaysia

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Anak Diberi Suntikan Vaksin Pneumococcal Percuma di Klinik Kesihatan Malaysia


Syukur kehadrat Ilahi apabila anak ketiga cx hari ini telah mencapai usia setahun pada 29hb Disember 2020. Sekejap sahaja masa berlalu. Tambahan lagi dengan musim pandemik, pejam celik, dah genap setahun.  Makanya hari ini cx bawa anak cx ke klinik kesihatan Malaysia untuk rawatan susulan dan menerima suntikan mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.  Alhamdulillah, hari ini anak cx menerima suntikan dua jenis vaksin iaitu MMR (Dos 2) dan suntikan vaksin baru untuk bayi 2020 yang diberi nama sebagai vaksin Pneumococcal. 


Vaksin Pneumococcal
Suntikan Vaksin Pneumococcal Percuma 2020


Apa itu Vaksin Pneumococcal?


Jika sebelum ini, vaksin Pneumococcal amat terkenal di klinik swasta.  Gara-gara harga satu dos suntikan vaksin Pneumococcal yang mencecah ratusan ringgit.  Bayangkan betapa ramai ibu bapa yang berusaha dan bekerja keras untuk mengumpul bajet kewangan demi memberikan suntikan Pneumococcal untuk anak-anak mereka.  Suntikan vaksin Pneumococcal ini mempunyai tiga dos keseluruhannya.  Korang cuba kira berapa kos untuk melengkapkan ketiga-tiga dos vaksin Pneumococcal? Gigihnya para ibu bapa dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak. 

Vaksin Pneumococcal adalah berasal daripada nama penyakitnya iaitu jangkitan kuman pneumococcal (Streptococcus Pneumoniae).  Ianya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman paru-paru yang tertinggin di dunia.  Penyakit jangkitan kuman pneumococcal menyebabkan morbiliti (kadar atau jumlah individu yang mendapat penyakit pada masa dan tempat tertentu) dan mortiliti (kadar kematian).  Berlakunya morbiliti dan mortiliti yang menyebabkan penyebaran atau merebaknya penyakit daripada seseorang kepada seorang yang lain.  Merebaknya penyakit adalah melalui rembesan cecair paru-paru seperti air liur dan mukus. 


Vaksin Pneumococcal
Vaksin Baru untuk Bayi 2020


Apa yang cx faham, Vaksin Pneumococcal selain bertindak sebagai pencegah jangkitan kuman paru-paru yang utama, ianya juga pencegah beberapa jangkitan kuman yang lain.  Vaksin Pneumococcal mencegah jangkitan kuman selaput otak (meningitis), telinga tengah (otitis media) yang biasa berlaku kepada golongan kanak-kanak.  Selain itu, vaksin pneumococcal juga sebagai pencegah jangkitan kuman bakterimia iaitu pengaliran kuman pneumococcal dalam saluran sistemik darah.

Jadual Imunisasi Baharu Klinik Kesihatan Malaysia 2020


Bermulanya pemberian suntikan vaksin pneumococcal percuma pada 1hb Disember 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan jadual imunisasi baharu untuk klinik kesihatan pada tahun ini.  Maknanya, anak cx yang sepatutnya hanya dapat satu suntikan sahaja pada usia setahun tetapi mengikut jadual imunisasi 2020, anak cx menerima suntikan tambahan.  Gara-gara anak cx sudah mencecah usia setahun, makanya dos vaksin pneumococcal yang disarankan adalah sebanyak tiga dos. Jadual suntikan vaksin yang disarankan adalah seperti berikut;

  • Usia diantara enam (6) minggu sehingga enam (6) bulan: menerima empat (4) dos suntikan.  Dua (2) bulan jarak untuk setiap dos.
  • Usia diantara enam (6) bulan sehingga 12 bulan: menerima tiga (3) dos suntikan.  Dua (2) bulan jarak untuk setiap dos.
  • Usia diantara 12 bulan sehingga dua (2) tahun: menerima dua (2) dos suntikan.  Dua (2) bulan karak untuk setiap dos.
  • Usia dua (2) tahun dan ke atas: menerima satu (1) dos suntikan sahaja.

Suntikan Vaksin Pneumococcal
Jadual Imunisasi 2020


Persetujuan dan Borang Pemantauan Kesan Advers Ringan Susulan Imunisasi


Namun, sebelum vaksin pneumococcal diberikan, pihak klinik akan bertanya persetujuan para ibu bapa terlebih dahulu.  Jika tidak setuju, mereka tidak akan beri suntikan.  Namun, macam tadi, cx setuju demi kesihatan anak.  Jadi, misi bagi cx borang pemantauan kesan advers ringan susulan imunisasi.  Borang ini kita perlu tandakan sekiranya anak mengalami tindakbalas ringan seperti bengkak, gatal, sakit atau merah di tempat suntikan.  Jika anak demam, loya, kurang selera makan, sakit dan lemah otot badan, cx kena segera bawa anak ke klinik untuk rawatan susulan.  

Kita sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak.  Apa jua tindakan dan keputusan yang kita ambil, cx suka berdoa dan minta yang baik-baik dengan Allah.    Semoga dikurniakan kebaikan sebaik perancangan Allah buat kita hambaNya. InShaaAllah. Kita usaha selagi berdaya.  

Doa yang Baik-baik
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu


Post a Comment

18 Comments

el said…
kita patut berterima kasih pada kerjaan kerana memberikan perlindungan kesihatan kepada anak2 kita..kalau sis pun sis nak bagi suntikan ini..
Mommylin said…
Wahhh vaksin ni, percuma dah ye. Alhamdulillah...
Izyan Balqis said…
ada buat temu janji dlu x cx? ke pergi klinik je dorang terus offer?

anak IQ yang lahir 2020 pun tak ambil lagi vaksin ni
Alhamdulillah, good news ni! Akak dulu bayaq sendiri untuk si kembaq tiga, beribu jugak lah duit habis. Tapi berbaloi. Alhamdulillah lepas ambik vaksin Pneumococal ni lah depa jarang kena pneumonia dan asma.
Shuhaida Kabdy said…
Good sharing CX.. mana yang baik untuk keluarga kita ikutkan aja kan..
Sue Izza said…
bagus vaksin ni terutama yg antar anak kenursery mudah kena sakit.
CXopportunities said…
@izyan balqis, tak perlu temujanji lain² sis. Masa kita ada checkup biasa ntk anak tu, misi akan bagi. Kalau tak ada, tanya dia camne nak dapatkan suntikan free ni. Sekarangnmmg dah jadi imunisasi wajib ntk anak².
Atie Zieya said…
zaman skrg ni kan, vaccine mmg penting sbb penyakit pelik2 kan
Wawa Ashihara said…
Good news ni... Kita xde anak lg so xtau la proses benda2 ni... Tp memudahkan urusan makbapak yg xberapa mampu skrg kan
Setiap bayi yg baru lahir mmg kena amik vaksin ikut tempoh, Vaksin Pneumococcal dari Kementerian Kesihatan adalah terbaik
Lea Azleeya said…
wah dh diberi vaksin ni.. bagusnye.. kalau kat luar ni mahal jugak harganye..
Nadia Johari said…
Bagus snagat la suntikan ni diberinpercuma utk anak. Memg sebelum ni harga beratus rasanya.. Alhamdulillah.. Bila anak dapat suntikna ni lega..
Fiza Aizzawa said…
Setuju kalau suntikan ini diberikan kpd anak2.. bukan apa demi kesihatan anak2 juga
Mrs Pip said…
bagusnya dah dapat vaksin ni, percuma pula tu. so mmg kena bersyukur kita semua dapat vaksin percuma, kat negara luar mmg vaksin kena bayar.
Zaza Iman said…
Alhamdulillah bagus la ada suntikan percuma ni.. pentingnya vaksin ni kan untuk hindar dari penyakit tertentu
Sunshine Kelly said…
Oh wow! bagus sebab suntikan ni memang perlu untuk kuatan imunisasi kanak-kanak.
Cik Puan Ena said…
Wahh da setahun ea cepat masa berlalu. Kira nanti setahun trus vaksin 2dos la ea. Ank ena bulan 2 nanti cucuk setahun. Rezeki kan dpt percuma. Xmampu nk beli kt swasta sbb total kata 450.
mas saari said…
Lega dengar bila KKM dah bagi vaksin ni secara percuma.