سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Dr Beau Serum Terbaik Melindungi Kulit Kering dan Kusam
Penggunaan serum juga sebenarnya adalah penting untuk kulit muka kita. Namun, jarang orang tahu dan ambil kisah sebab kebanyakkan serum mempunyai pelbagai fungsi. Kalau nak guna dan pilih serum , kita kena tahu fungsi serum wajah itu sendiri. Yalah, nak pakai serum pon, kita kena tahu juga apa masalah kulit kita . Tak boleh main pakai segala jenis serum sambil lewa. Serum juga ada fungsi tersendiri bergantung dengan masalah kulit kita. Cx dulu pon tidak pernah nak tahu bahawa serum ini ada kebaikan dan manfaatnya bila kita pakai. Tapi, semenjak cx kenal dengan Dr Beau serum, cx jadi suka dan jatuh hati dengannya .
Dr Beau Serum Terbaik Melindungi Kulit Kering dan Kusam |
Cx nak kongsikan dengan korang tentang serum Dr Beau ini sebab cx memang suka akan kesan positifnya dekat kulit cx yang sejenis kering dan kusam. Masuk kali ini dah dua botol cx amalkan. Allhamdulillah. Dr Beau memang serum terbaik untuk kulit kering dan kusam. Jom cx cerita lebih lanjut dekat bawah okay.
Apa Itu Serum?
Serum Dr Beau adalah serum wajah yang bagus dan berbaloi untuk dimiliki. Macam semua orang pon tahu, fungsi serum muka mampu membantu melembabkan kulit sepanjang hari, lagi-lagi kulit kering dan kusam macam cx ini. Serum sebenarnya mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit paling dalam muka kita. Serum wajah yang bagus membawa bahan aktif dengan tindakbalas efektif. Apa yang cx faham, serum muka bertindak lebih kuat daripada pelembab sebab bahannya bersifat mudah meresap.
Fungsi serum muka terbaik juga dapat membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit wajah. Bila cx amalkan penggunaan serum muka, ianya membantu memberikan kesan kepada kulit muka cx tau. Kulit muka cx lebih lembut, anjal, segar dan kelihatan awet muda.
Fungsi Serum Muka Dr Beau dan Kebaikannya
Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil dirumus khas daripada sumber Vitamin E, bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Serum Dr Beau memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Pengguna Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil bukan sahaja dari Malaysia malah mendapat sambutan di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei. Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil adalah antara serum muka yang bagus dan terbaik. Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil menjadi pilihan untuk menyelesaikan masalah kulit muka seperti berikut:
- Mampu melindungi kulit kering dan kusam
- Mampu menghilangkan jerawat dan bekas jerawat
- Menghilangkan jeragat dan kulit bertompok
- Menghilangkan masalah kulit berminyak
- Menghilangkan masalah lingkaran hitam di bawah mata
- Mampu menghilangkan masalah liang pori besar dan blackhead
Baca Juga: Pengalaman Diserang Denggi
Tambahan lagi, Dr Beau serum ini bukan hanya untuk kegunaan di wajah saja. Tetapi ianya juga boleh digunakan pada bahagian kulit yang lain. Antara fungsinya yang bagus untuk kulit badan adalah;
- Membantu mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
- Membantu memulihkan masalah kulit melecur
- Membantu menghilangkan lebam yang teruk
- Membantu menghilangkan parut lama
- Membantu mereka yang ada masalah ekzema
Selain itu, Dr Beau serum juga elok digunakan ketika mengandung. Sapu sahaja pada bahagian perut, InshAllah boleh mengurangkan rasa gatal dan membantu mengelakkan rekahan. Berikut adalah testimoni daripada sebahagian pengguna Dr Beau serum.
Testimoni Dr Beau Serum: Ekzema dan Parut |
Dr Beau Serum Testimoni : Jeragat dan Jerawat |
Serum vitamin c dr beau: ekzema |
Kandungan Bahan Serum Muka Dr Beau yang Bagus dan Terbaik
Dr Beau serum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan (Nombor Daftar : NOT170502921K). Dr Beau serum telah berada di pasaran sejak 2015. Dr Beau serum mempunyai peminat dan penggunanya yang setia meliputi seluruh negara. Ini semua gara-gara keyakinan dan kepercayaan para pengguna dengan kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan serum muka yang bagus dan terbaik. Antara kandungan bahan serum muka Dr Beau yang bagus dan terbaik adalah seperti berikut;
- Vitamin E : Mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
- Rosehip Oil : Bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
- Argan Oil : Sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
- Almond Oil : Merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
- Apricot Kernel Oil : Ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
- Wheat Germ Oil : Adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
- Evening Primrose Oil : Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa
Best Seruk for Combination Skin Malaysia |
Cara Memakai Dr Beau Serum
Cara memakai Dr Beau serum ini sangat mudah dan cepat. Cx suka pakai waktu malam ketika nak masuk tidur. Sebelum memakai Dr Beau serum, pastikan kita dah siap cuci muka ya. Kemudian, boleh gunakan cara yang cx kongsikan dibawah.
- Tarik atau putarkan bucu atas kapsul serum Dr Beau
- Picitkan ke atas tapak tangan dan oles perlahan ke wajah
- Urut lembut di kulit muka sehingga meresap baik ke dalam kulit
- Ratakan juga ke bahagian leher dan siap!
Testimoni Pengalaman Sendiri, Review Sebenar Selepas Menggunakan dr Beau Serum
Berdasarkan pengalaman cx selepas menggunakan seunit Dr Beau serum sebelum ini, kulit muka cx menjadi lembut sangat. Cx suka pakai pada waktu malam sebelum tidur. Bila bangun pagi, kulit cx akan lebih rasa bersih, lembut selembut kulit bayi. Kemudian, apa yang cx perasan, liang pori muka cx semakin pudar. Kalau tiba-tiba ada jerawat muncul, pakai sahaja Dr Beau serum ini. Gerenti esoknya, jerawat tak jadi membesar. Jika jerawat naik, dia akan mengecut keesokkan harinya.
Kulit cx yang sejenis kering memang sangat best pakai serum Dr Beau. Sesuai dan serasi sangat. Kelembapan yang diberikan Dr Beau terhadap kulit muka cx memang bertahan. Bukan sehari dua tetapi rasa macam kulit dah sihat semula sepanjang masa. Suka sangat pegang kulit muka sendiri sebab ianya sangat lembut! Dahlah serum ini wangi. Bila nak tidur, tak perlu spray minyak wangi pon sebab Dr Beau serum memang dah memberikan aroma yang menawan.
Dr Beau Serum Pure Natural Skin Oil |
Mempunyai Masalah Muka Berjerawat? Masalah Kulit Muka Kusam? Masalah Kulit Badan yang Kurang Bagus? Mungkin Dr beau Boleh Membantu!
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi, jika belum cuba sendiri Dr Beau serum ini, semestinya kita tidak tahu kesannya bukan? Begitu jugalah dengan cx, kalau tak cuba sendiri sebelum ini, memang cx tak tahu pon. Produk Dr Beau ini merupakan salah satu serum yang bukan hanya bagus untuk wajah tetapi beguna seluruh badan. Bukan mudah sebenarnya untuk jumpa produk serum yang bagus seperti Dr Beau.
Dr Beau Pure Natural Skin Oil atau nama ringkasnya Dr Beau serum benar-benar telah berjaya menawan hati cx. Korang pula macam mana? Nak cuba tak? Kalau nak, bolehlah buat pembelian terus melalui link yang cx dah sertakan di bawah okay. Boleh juga kalau nak bertanya soalan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Kalau korang nak jana pendapatan lebih, bolehlah daftar jadi ejen Teja Herbs. Teja Herbs ini ada banyak lagi jenis barangan terbaik yang boleh dibuat jual. Paling penting, sudah pasti hasilnya juga lumayan berdasarkan kepada komisen. Korang jangan risau, tiada modal yang perlu dikeluarkan.
DR BEAU - SERUM TERBAIK, PATUT CUBA!
Keluaran Syarikat Teja Herbs
Website : https://drbeau.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/drbeaumalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/drbeau_official/
Telefon : 016 963 3443
2 Comments