Swan Garden Hotel Melaka: Penginapan Pilihan Percutian Keluarga

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Swan Garden Hotel Melaka: Penginapan Pilihan Percutian Keluarga

Semenjak Perdana Menteri bagi keizinan untuk bercuti waima dalam Malaysia sahaja.  Ianya sangat memberi impak yang positif kepada CX dan keluarga.  Umum juga tahu sekarang musim pandemik masih aktif.  Kita semua jadi serba salah dan takut untuk berlegar di kawasan luar dengan keadaan orang ramai.  CX juga tidak terkecuali untuk keluar dari rumah untuk dapatkan tenaga baru di luar.  Jadi, pada hujung minggu sebelum ini, cx dan keluarga ambil sedikit masa untuk kami bercuti.  Waima dalam Melaka sahaja, tetapi ianya merupakan moment yang sangat bermakna.  Cx pilih untuk ke Swan Garden Hotel Melaka sebagai penginapan pilihan percutian keluarga kali ini.  Nak tahu tak kenapa cx pilih Swan Garden Hotel Melaka sebagai penginapan pilihan percutain keluarga? Jom cx kongsikan.


Swan Garden Hotel Melaka
Swan Garden Hotel Melaka 

5 Sebab Swan Garden Hotel Melaka Dijadikan Penginapan Pilihan

Waima cx orang Melaka, nak juga merasa duduk di hotel-hotel yang ada di negeri tanah tumpahnya darahku ini.  Cx tak pernah pon menginap di Swan Garden Hotel Melaka selama ini.  Ini adalah kali pertama.  Kalau korang nak tahu, Swan Garden Hotel Melaka ini terletak di Kota Laksamana.  Cx pilih Swan Garden Hotel Melaka sebab dekat kawasan sini masih kurang berlakunya kesesakan lalu lintas.  Almaklum, Melaka tak pernah lekang dengan masalah kepadatan kereta dan masyarakat.  Memang sesak.  Tetapi Melaka tetap di hati sebab banyak tempat menarik yang boleh kita pergi dan jelajahi. 


Hotel di Melaka
Hotel Melaka 

1. Bilik Berkonsep Unik, Luas dan Selesa

Pengingapan cx di Swan Garden Hotel Melaka memang menyeronokkan sebab bilik yang disediakan sangat luas dan selesa.  Kemudian,  setiap bilik di Swan Garden Hotel mempunyai tema dan konsep tersendiri.   Swan Garden Hotel memilih empat konsep menarik dan unik untuk bilik hotel mereka.  Antara konsep yang dipilih adalah Baba Nyonya, Bali, British India dan Melayu Tradisional. 

  • Konsep Baba Nyonya

Ketika menginap di Swan Garden Hotel Melaka, cx dan keluarga duduk di bilik yang berkonsepkan Baba dan Nyonya.  Konsep baba dan nyonya ini lahir daripada sejarah negeri Melaka itu sendiri.  Kehidupan campur china melayu di Melaka yang membawa kepada lahirnya baba dan nyonya.  Perabot kayu rosewood dan kayu jati dengan reka bentuk bunga, tempat tidur kayu dan pasu porselin disusun untuk menghiasi bilik dengan kemudahan gaya moden.  Bilik berkonsepkan bab nyonya memang luas, cantik dan selesa sangat.  Anak-anak cx pon suka sangat menginap di sini. 


Konsep Baba dan Nyonya
Bilik Hotel Baba Nyonya di Swan Garden Hotel Melaka
Swan Garden Hotel Melaka
Swan Garden Hotel Melaka


  • Konsep Bali

Cx selalu tengok orang suka pergi melancong ke Bali dan nikmati keindahan di Bali itu sendiri.  Ya cx akui Bali mempunyai keunikan mereka tersendiri yang mampu menarik minat para pelancong untuk pergi ke sana.  Oleh sebab cx tidak berkesempatan lagi untuk ke Bali, makanya jomlah kita ke Swan Garden Hotel Melaka.  Mereka turut menyediakan bilik berkonsepkan Bali di sana.    Menampilkan konsep dan susun atur perabot dalam bilik hasil gabungan tradisional daripada buluh dan kayu jati.  Ditambah pula dengan ukiran batu dan patung fauna.  Memang cx rasa macam betul-betul berada di Bali.  Konsep bilik Bali ini ada bahagian beranda yang boleh memberikan kita ketenangan menikmati keindahan kawasan laut di Melaka. 


Bilik Konsep Bali

Bilik Tema Bali


  • Konsep British India
Munculnya gabungan elektrik warisan India Eropah sejak datangnya orang Inggeris ke Asia Tenggara buat pertama kalinya.  Ianya dikaitkan dengan kewujudan Raja Inggeris.  Kalau korang perhatikan, daripada tiang tempat tidur dan panel tebu.  Kesemua konsep dan ukiran dirancang dengan sangat teliti dan rumit.  Sehingga kepada aksen kulit palsu dekat perabot pon diukir. Swan Garden Hotel cuba melahirkan suasana sebenar British India pada zaman dahulu.  Oleh demikianlah, Swan Garden Hotel menyusun atur setiap elemen yang ada dengan penuh ketelitian dan semangat yang ada. 

Swan Garden Hotel Melaka

Konsep Bilik India British
Swan Garden Hotel Melaka


  • Konsep Melayu Tradisional
Bilik berkonsepkan Melayu Tradisional ini memang selesa habis.  Cx suka sebab memang Swan Garden Hotel susun atur bilik konsep Melayu Tradisional ini siap dengan ukiran melayu lama dekat perabot.  Bila masuk sahaja bilik Melayu Tradisional ini, kita rasa macam zaman melayu lama .  Tambahan lagi dengan penggunaan warna coklat gelap untuk megembalikan semula suasan rumah melayu zaman dahulu.  Harga pon berbaloi.  Jika hari biasa harga dalam lingkungan RM480+_ .  Manakala RM600+- untuk hari minggu.  Paling seronok bila konsep ini dimodenkan dengan kehadiran bilik air yang besar dan lebih peribadi.  

Bilik Konsep Melayu Tradisional
Bilik Konsep Melayu Tradisional

Bilik Konsep Melayu Moden
Swan Garden Hotel Melaka


2. Lokasi Strategik

Lokasi Swan Garden Hotel Melaka memang strategik.  Waima Melaka ini agak sesak dengan kehadiran kereta yang banyak.  Tetapi di kawasan Swan Garden Hotel melaka agak kurang kesesakan kerana lokasi mereka masih di awal pembangunan.  Masih lengang dan tidak terlalu sesak yang memberikan kita sedikit tekanan waktu bercuti bersama keluarga.  Cx sebagai orang Melaka sangat syorkan kepada korang untuk pilih Swan Garden Hotel Melaka sebagai penginapan pilihan percutian keluarga. 

Lagipun kalau nak pergi kemana-mana, seperti tempat viral di Melaka.  Semuanya tidak jauh dan mudah untuk sampai ke sana.  Antara tempat yang berdekatan dengan Swan Garden Hotel Melaka adalah, A'Famosa, St' Paul Church, The Stadhuys, Coconut Shake Klebang, Kuil China Chen Hoong Teng, Windmill Church, Muzium Samudera, Bukit Cina, Masjid Selat Melaka, Melaka River Cruise, The Shore Oceanarium, Muzium Budaya Cheng Ho


Coconut Shake Klebang
Coconut Shake Klebang Melaka

3. Hotel Mesra Kanak-kanak

Kenapa cx cakap Hotel Swan Garden Melaka ini mesra kanak-kanak?  Ini kerana waktu pertama kali cx melangkah masuk sahaja Hotel Swan Garden, ruang menunggu mereka disediakan kawasan yang luas.  Ruang yang luas itu diserikan lagi dnegan kerusi meja dan mesin permainan kanak-kanak.  Ianya juga merupakan satu tarikan yang sangat bagus untuk kanak-kanak agar lebih selesa dan menikmati waktu percutian bersama keluarga.  Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana anak-anak akan jadi suka untuk santai di kawasan permainan tersebut.  Bukan anak-anak sahaja yang suka, mak bapa pun naik sama.
 

Hotel Mesra kanak-kanak
Hotel Swan Garden Melaka

4. Harga

Kalau bab harga, cx rasa semua orang akan pandang penting.  Semua orang nak bercuti dengan harga yang berbaloi sudah pastinya.  Harga di Swan Garden Hotel sangat sangat mampu milik  Jika family room bab dan nyonya yang cx duduk hari itu, ianya hanya dalam lingkungan RM120=RM130+- untuk satu malam.   Bergantung juga kepada waktu kemuncak ya korang.  Harga ada berubah sedikit. Cx kkongsi juga beberapa harga  terkini di Swan Garden Hotel Melaka.  Bergantung kepada keadaan ya. 

Deluxe room RM95+++ke atas
Deluxe room with courtyard RM120
Family room RM120 - RM130
Garden suite - weekday RM220 weekend RM280
Swan suite - weekday RM250 weekend RM310

5. Fasiliti Lain

Selain yang cx sebutkan di atas, Hotel Swan Garden Melaka juga menyediakan fasiliti lain seperti ruang mesyuarat atau keraian.  Ruangan spa tradisi yang turut menarik minat para pengunjung untuk rehatkan badan.  Tambahan lagi, adanya ruangan tempat santai makan minum untuk bukan Muslim yang mana ianya tidak halal ya.  Sesuai untuk bukan Muslim.  Tempat dia pon cantik dan bersih.  Terdapat juga ruangan untuk urutan kaki ya.  Memang seronok bila menginap di Swan Garden Hotel Melaka.  Banyak fasiliti yang disediakan.  Di bawah pintu masuk juga ada sebuah gerai yang menjual minuman dan makanan sihat untuk tubuh badan sebagai suplimen harian. 

Spa di Hotel Melaka
Spa di Swan Garden Hotel Melaka

Bilik Spa di Hotel Melaka
Bilik Spa di Swan Garden Hotel 

Hotel di Melaka
Non-Halal Place

Review Penginapan Pilihan Percutian Keluarga di Swan Garden Hotel Melaka

Kalau korang nak bercuti di Melaka, silakan untuk pilih Swan Garden Hotel melaka okay.  Cx sangat syorkan untuk korang yang datang bersama keluarga.  memang menyeronokkan, selesa dan mampu bilik.  Sedikit review untuk penambahbaikan supaya Swan Garden Hotel tingkatkan lagi faktor kebersihan dan fasiliti seperti penukaran tuala, pemanas air dan iron baju.  Ketika cx tiba dalam bilik, tuala tidak disediakan, iron pula tiada.  Pemanas air pon tiada.  Kemungkinan mereka tergesa-gesa untuk bersihkan bilik sehingga menyebabkan terlepas pandang.  Semoga ada penambahbaikan di masa akan datang.  InShaaAllah. 

Swan Garden Hotel Melaka
Keluarga Blogger dan Person Incharged Swan Garden Hotel


Website : 
https://www.swangardenhotel.com/melaka/
Telefon: +606-288 0888
Alamat:1, Jln KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka



Kita Jaga Kita
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

1 Comments

Atie Zieya said…
konsep british indian tu, menarik betul....