Pengalaman Bersumo Sauna Di Rumah Sendiri dan Kelebihannya

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman Bersumo Sauna Di Rumah Sendiri dan Kelebihannya

Jika sebelum ini, sebagai suri rumah sepenuh masa dengan anak-anak kecil yang asyik berkepit, agak sukar untuk cx ke spa dan bersauna.  Almaklum masa agak terhad.  Memang tidak sempat.  Tetapi sejak cx kenal dengan sumo sauna, dah tak perlu nak risau lagi.  cx boleh jaga badan juga dengan bersauna di rumah sendiri.  Semestinya seronok bukan? Cx tak pernah cuba bersauna pon sebelum ini tetapi semenjak ada sumo sauna, hidup cx jadi lebih mudah dan Alhamdulillah pengalaman bersauna di rumah sendiri memang menyeronokkan.  Tak sangka hebat juga sauna ini ya.  


Sumo Sauna di rumah
Sumo Sauna Melaka by Hasni


Pengenalan Sumo Sauna by Hasni

Sumo Sauna mempunyai empat pilihan warna iaitu: Baby Blue, Silver, Hot Pink & Purple.  Berat bagi satu unit sumo sauna adalah 4kilo sahaja. Harga bagi seunit sumo sauna buat masa ini adalah RM329.00.  Jika ambil set sumo sauna, kita akan dapat set lengkap dengan kehadiran: steamer & remote, floor mat, sauna tent, antiseptic spray, tube & herbal box, pure essential oil, sumo herbs, dan tips juga tutorial video percuma. 

Sumo Sauna mempunyai ciri-ciri istimewa yang menarik.  Antaranya adalah; disediakan bahagian untuk keluarkan tangan, boleh tutup sampai kepala, dual zip (luar dan dalam), poket depan untuk letak remote dan telefon bimbit.  Manakala ketebalan kain bagi sumo sauna tent adalah tiga lapisan.  Material yang digunakan adalah nylon polyester yang berkualiti tinggi. 


Sumo Sauna di Rumah
Ciri-ciri menarik sumo sauna


Kelebihan dan Kebaikan Sumo Sauna

Kelebihan dan kebaikan sumo sauna ada banyak sebenarnya.  Tapi cx kongsikan beberapa kelebihan dan kebaikan sumo sauna sahaja sebagai pengenalan.  Kalau korang nak tahu lebih lagi kelebihan dan kebaikan sumo sauna, nanti boleh rujuk di website atau facebook mereka ya.  Cx sertakan sekali link di bawah untuk korang buat rujukan. 

Sumo Sauna di rumah
Kelebihan dan Kebaikan Sumo Sauna


  • Bersumo Sauna Melancarkan Pengaliran Darah

Situasi panas ketika bersumo sauna di rumah membuatkan saluran darah dalam badan kita mengembang. Jadi, darah akan mengalir secara lancar. Bila darah mengalir dengan lancar, oksigen juga jadi senang dihantar ke otak juga ke organ lain.  Jantung pula akan mengepam 30% lebih laju daripada biasa. Sama macam kita tengah berjogging, hiking, dan main bola sepak. Penat kan? dan jantung kita bedegup laju. Ya, itulah keadaan yang paling hampir bila kita bersumo sauna. Cumanya sumo sauna ini hanya duduk sahaja. Seronok kan?


  • Kulit Lebih Anjal dan Kekal Awet Muda dengan Sumo Sauna

Ketika bersumo sauna, kitaran darah dan oksgen di bawah kulit akan mengalir dengan lebih berseksan dan hasilnya kulit kita akan sihat dan glowing.  Lagipun, bila bersumo sauna, ianya menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan yang membantu kulit untuk kekal awet muda.  Tambahan, sel kulit yang dah mati akan diganti dengan kulit baru, jadi lebih bersihat dan sihat.

sumo sauna di rumah
Sumo Sauna Melaka by Hasni

  • Bersumo Sauna Membantu Mengeluarkan Toksin dalam Badan Melalui Peluh

Berpeluh adalah salah satu cara yang paling semulajadi untuk memulih dan mengekalkan tahap kesihatan kita.  Bila kita berpeluh, dalam masa yang sama, badan dapat buang toksin yang tersimpan.  Sesi pembuangan toksin atau detoksifikasi ini sangat bagus untuk kuatkan sistem imun badan kita.  Ianya membantu sistem badan untuk berfungsi dengan lebih efektif.  Lebih-lebih lagi bahagian penyerapan nutrisi daripada apa yang kita makan.  Jadi, bersumo sauna sangat membantu mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh. 

  • Bersumo Sauna Membantu Melegakan Otot yang Tegang Selepas Bersenam

Bila bersumo sauna selepas bersenam, ianya mengurangkan rasa sengal otot dan kita akan jadi lebih bertenaga untuk bersenam pada esok hari.  Antara kebaikan bersumo sauna selepas bersenam adalah memperbaikai penyembuhan otot.  Otot kita akan jadi lebih tenang.  Bersumo sauna juga meningkatkan stamina kita  untuk senaman yang akan datang. 

Pengalaman CX Bersumo Sauna Di Rumah Sendiri

Bagi cx yang baru pertama kali guna sauna, ianya memang menyeronokkan.  Pada awal waktu cx masuk dalam sauna tent, memang badan macam terkejut sebab tahap panas yang sedia ada.  Cx dinasihatkan untuk hanya guna level satu sahaja memandangkan baru pertama kali.  Jika badan dah sedap dan sesuai, kita boleh naikkan level. Pada cx, badan memang sedap bila bersumo sauna di rumah.  Rasa peluh semua keluar macam kita buat larian tau.  Rasa badan selesa sangat.  Segar dan sihat.  Sungguh!  Badan macam seolah-olah bernafas.  Kepala yang kerap sakit pon boleh lega selepas bersumo sauna.  Ini tak tipu tau! Memang sedap satu badan.

sumo sauna di rumah
Sumo Sauna Melaka By Hasni

Satu sesi dalam sauna selama 30 minit. Tapi sungguh, kalau tak biasa, memang panas lain macam. Haha. Cx keluar sekejap sebab panas. 10 minit juga keluar nak redakan badan. Terkejut agaknya. Sebelum mula sumo sauna, kita digalakkan minum air putih terlebih dahulu.  Tapi cx tak minum, terus masuk sumo sauna. Itu yang cengelat tak sampai 30minit dah keluar sekejap.  Tapi cx sambung juga. Bila dah sudah, memang badan berpeluh. Kalah orang lumba lari. Tapi sungguh badan rasa selesa.

Bila dah habis sesi , dia punya haus Ya Allah! Habis seliter air putih cx minum. Haha! Haus ! Lepas sauna, rehat dulu dalam 15 - 20 minit. Biar peluh reda sikit. Kemudian boleh mandi. Memang malam lepas bersumo sauna, hapah tak sedau. Lena ! Badan dah selesa, memang sedaplah tidur. Korang bila lagi nak bersumo sauna? Ajom dapatkan sekarang. Nak beli boleh, nak sewa pon boleh. Boleh terus hubungi Agent Sumo Sauna Melaka:


Instagram: sumosaunaMELAKA

Bersauna untuk Kesihatan
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Post a Comment

22 Comments

Fieza Sani said…
x penah try sauna ni..kalau yang tangas tu selalu..lebih kurang je rasanya kan tangas & sauna ni..
Kak Fas said…
Bagus juga ya boleh order atau beli and suno di rumah cuma sis tak bole ka panas panas sbb takut ni timbul lak maslaah lain spt buasir ke apa ke sbb pernah terkena huhu
Wow.. Bestnya dpt sauna.. 😍😍
Nadia Johari said…
Tak oernha bersuna.. Tapi tau panas.. Ehhehe..
Firzz Radzi said…
Senangnya nak bersauna sekarang...
Qaseh Dalia said…
Syoknya dapat sauna, qaseh tak pernah try lagi. Mesti segar je lepas tu kan
AzianKhalil said…
Waa... cantiknya kaler pink. Tapi macam tak berani pula. Iron baju yg melambak kat rumah ni pun dah macam dalam sauna
Ai said…
Seronoknya ada sauna kat rumah. Tak payah susah-susah nak pergi spa lagi.
marsha said…
Akak tak pernah guna sauna ni. Memang jarang skali sauna. Tapi sesekali sauna memang best rasa badan.
Irda said…
Bagus juga kalau ada satu kat rumah ni.jimat masa xyah g spa kan
sitirohaida said…
macam best je kan bersauna ni.ingat nak try jugaklah nanti sauna ni. Selalu nampak orang buat untuk kuruskan badan
xulhlmi said…
cute betul sauna tu! boleh lah beli satu n guna sambil layan movie dekat rumah. jimat duit dari pergi sauna dekat spa. heheheh
Atie Zieya said…
RM329.00 berbaloi sangat sebab sekali purchase saja kan ?
nak beli la..... sbb boleh bersauna sambil tgk movie
Marina Bashah said…
Seronoknya buat sauna sendiri kat rumah. Siap boleh sewa lagi ye
mas saari said…
Wahhh senang dah sekarang, kat rumah pun boleh bersauna.
seronoknya dapat bersauna di rumah...sennag dan selesa..tak perlu pergi jauh2 heheh
Ruby said…
Bestnya buat kat rumah je sauna. Bleh beli daun herba sendiri. Hehehe. Akak nak belo, tp tak beli-beli lg. Asyik lupa. Haha
Mahamahu said…
Percaya atau tidak mak ayah kita kat rumah pakai sauna macam ni juga yer hehehe mereka suka duduk dalam tu panas dan keluar peluh semua hehehehhe best kita try sekali jer masa balik kg hari tu lah..
JMR said…
Selalu tengok wife dok pakai menda alah ni. Berpeluh-peluh bila keluar..
Cik Puan Ena said…
Ni kalau ena yang masuk lagi cepat keluar. Hahaha. Tapi macam syok jugak ni. Tak payah berlari penat nak pecahkan lemak. Dok diam2 je dalam tu.
iena eliena said…
wow macam best je sumo sauna ni..boleh buat kat uma sendiri lagi..biasa iena bersauna kalau pergi hotel je..mana hotel yg ade sauna iena pergi..tak pun kat fitnes centre hehe
Sofinah Lamudin said…
Saya langsung tak pernah sauna ni... rasanya kalau buat sumo sauna ni, confirm jadi macam CX, keluar kejap. hahahaha... Tapi, macam seronok pula bila baca cerita CX ni... penat dia macam bersenam berlari tu agaknya kan?

Blog Sofinahlamudindotcom