سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura dan Cara Menggunakannya
Cx dulu pernah tau amalkan minyak kelapa dara. Orang kata senang nak bersalin dan elok untuk tubuh badan kita. Tapi cx tak konsisten sebab sejenis payah telan ubat. Minyak kelapa dara d'aura juga yang cx makan dulu. Setelah sekian lama, baru kali ini cx kembali untuk mencubanya semula. Tetapi bukan jenis makan. Cx nak cuba minyak kelapa dara jenis kegunaan luaran pula. Ternyata banyak juga ya boleh kita buat dengan minyak kelapa dara. Korang mesti nak tahu jugakan? Baik, mari cx kongsikan dekat korang khasiat minyak kelapa dara D'Aura dan cara menggunakannya.
Apa Itu Minyak Kelapa Dara D'Aura (AVCO)
Makluman korang, AVCO adalah singkatan bagi Aromatic Virgin Coconut Oil atau bahasa melayunya adalah Minyak Kelapa Dara Aromatik. Minyak kelapa dara D'Aura diformulasi untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keasliannya. Cx suka bau minyak kelapa dara, sedap dan tenang sahaja. Minyak kelapa dara D'Aura ini sangat berpatutan harganya. Seunit minyak kelapa dara D'Aura dengan isian 50ml hanya RM22.90 sahaja. Pada cx, ianya murah dan sangat berbaloi. Minyak kelapa dara D'Aura juga disimpan kemas dalam botol plastik yang ringan dan mudah untuk cx bawa kemana sahaja. Isian dalam botol yang boleh dipam dan mempunyai penutup luar.
Minyak kelapa dara D'Aura didatangkan dengan dua haruman iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Floral Fresh adalah wangian berasaskan flora atau bunga-bungaan. Manakala Morning Dew adalah wangian berasaskan bauan kesegaran alam semulajadi. AVCO merupakan minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa segar melalui proses "cold-press" tanpa sebarang campuran bahan luaran seperti bahan kimia atau pencair.
Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura (AVCO)
- Minyak Kelapa Dara D'Aura diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan seperti SLS, plumbum dan paraben.
- 1% adalah bauan daripada Ekstrak tumbuh-tumbuhan. Manakala 99% lagi adalah minyak kelapa dara yang asli.
- Minyak kelapa dara D'Aura kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut.
- Campuran ekstrak tumbuhan dalam minyak kelapa dara menghasilkan haruman yang menenangkan. tiada bauan kurang enak minyak kelapa dara sebenar.
- Mudah dan cepat meresap ke dalam kulit. Tidak melekit dan selesa digunakan.
- Minyak kelapa dara sesuai digunakan oleh seisi keluarga tidak kira lelaki atau wanita.
Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara D'Aura (AVCO)
- Pelembab Bibir
Cx suka gunakan minyak kelapa dara ini sebagai pelembab bibir. Bibir cx agak kering sedikit memandangkan cx menyusukan anak, air pula tidak cukup minum. Memang kadang-kadang bibir cx agak kering dan merekah. Jadi, memang elok sangat minyak kelapa dara D'aura (AVCO) ini cx jadikan sebagai pelembab bibir.
- Minyak Rambut
Minyak kelapa dara juga cx gunakan di rambut. Setiap hari cx akan sapu dekat rambut. Ini kerana minyak kelapa dara dapat membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat, mengatasi keguguran rambut, melebatkan dan mengilatkan rambut.
- Pembersih Solekan (Makeup Remover)
Waima duduk rumah sebagai suri rumah tangga, muka cx kena juga dijaga. Tidaklah cx pakai makeup di rumah tetapi tetap juga calitkan sedikit lipmatte, pakai bedak, pelindung matahari dan blusher. Jadi, cx suka pakai minyak kelapa dara ini sebagai pembersih solekan sebab ianya tidak menyebabkan kulit kita berminyak. Kulit wajah cx juga lebih terjaga dan sihat sebab menggunakan bahan semulajadi. Paling menarik adalah, cx tak perlu pon untuk cuci selepas bersihkan guna minyak kelapa dara D'Aura.
- Losyen Badan (Body Oil)
Cx guna juga minyak kelapa dara sebagai losyen badan. Kulit cx jenis kering sikit sejak dulu lagi. Memang selalu pakai losyen tapi masalahnya adalah kulit berminyak lepas sapu. Jadi, bila cx dah kenal dengan minyak kelapa dara D'Aura, terus cx jatuh cinta. Lepas sapu ke kulit, ianya tidak berminyak pon. Cx lebih selesa lepas sapu di badan dan kulit pon lebih lembut dan lembab.
- Pelembab Wajah (Krim Muka)
Minyak kelapa dara dapat melembabkan kulit kita secara semulajadi. Jadi, AVCO ini sesuai untuk semua jenis kulit. Minyak kelapa dara juga menghidratkan dan memperbaiki sel kulit sesama kita menggunakannya. AVCO mampu menyerap dengan baik ke dalam kulit.
Testimoni Minyak Kelapa Dara D'Aura
Berdasarkan testimoni dan pengalaman cx lepas menggunakan minyak kelapa dara D'Aura ini, cx memang suka sangat. Cx selalu guna dan fokus untuk rambut tau. Almaklum rambut cx jenis kering, kulit kepala gatal waima tiada kelemumur. Lepas itu, rambut cx juga gugur selepas melahirkan anak-anak. Selepas cx guna minyak kelapa dara ini, nampaklah perubahannya. Rambut cx dah tak kering lagi. Sentiasa lembab, mudah diuruskan. Paling menarik, rambut cx lebih berkilau. Dah macam iklan dalam televisyen rasanya. Ini sungguh review jujur daripada hati. Cx juga letak dekat bibir sebelum pakai lipmatte. Bibir lebih segar dan kurang merekah.
Selain itu, khasiat minyak kelapa dara untuk lelaki juga bagus tau. Boleh guna juga dekat rambut, bibir, wajah dan sebagainya. Khasiat minyak kelapa dara untuk ibu hamil juga elok. Korang sapu sahaja di perut bagi mengelakkan rekahan atau stretch mark selepas bersalin nanti okay? Alhamdulillah seronok sangat guna AVCO D'Aura. Terima kasih D'Aura! Cx kongsikan video khasiat minyak kelapa dara D'aura dan cara menggunakannya di bawah okay.
Website:
atau
Facebook:
Instagram:
Kekalkan Kecantikan
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
18 Comments