Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura dan Cara Menggunakannya

 سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura dan Cara Menggunakannya

Cx dulu pernah tau amalkan minyak kelapa dara.  Orang kata senang nak bersalin dan elok untuk tubuh badan kita.  Tapi cx tak konsisten sebab sejenis payah telan ubat. Minyak kelapa dara d'aura juga yang cx makan dulu.  Setelah sekian lama, baru kali ini cx kembali untuk mencubanya semula.  Tetapi bukan jenis makan.  Cx nak cuba minyak kelapa dara jenis kegunaan luaran pula.  Ternyata banyak juga ya boleh kita buat dengan minyak kelapa dara.  Korang mesti nak tahu jugakan? Baik, mari cx kongsikan dekat korang khasiat minyak kelapa dara D'Aura dan cara menggunakannya. 


Minyak Kelapa Dara D'Aura
Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura


Apa Itu Minyak Kelapa Dara D'Aura (AVCO)

Makluman korang,  AVCO adalah singkatan bagi Aromatic Virgin Coconut Oil atau bahasa melayunya adalah Minyak Kelapa Dara Aromatik.  Minyak kelapa dara D'Aura diformulasi untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keasliannya. Cx suka bau minyak kelapa dara, sedap dan tenang sahaja.   Minyak kelapa dara D'Aura ini sangat berpatutan harganya.  Seunit minyak kelapa dara D'Aura dengan isian 50ml hanya RM22.90 sahaja.  Pada cx, ianya murah dan sangat berbaloi.  Minyak kelapa dara D'Aura juga disimpan kemas dalam botol plastik yang ringan dan mudah untuk cx bawa kemana sahaja.  Isian dalam botol yang boleh dipam dan mempunyai penutup luar.  

Minyak kelapa dara D'Aura didatangkan dengan dua haruman iaitu Floral Fresh dan Morning Dew.  Floral Fresh adalah wangian berasaskan flora atau bunga-bungaan.  Manakala Morning Dew adalah wangian berasaskan bauan kesegaran alam semulajadi.  AVCO merupakan minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa segar melalui proses "cold-press" tanpa sebarang campuran bahan luaran seperti bahan kimia atau pencair.  

Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara D'Aura

Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura (AVCO)

  • Minyak Kelapa Dara D'Aura diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.  Tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan seperti SLS, plumbum dan paraben.
  • 1% adalah bauan daripada Ekstrak tumbuh-tumbuhan.  Manakala 99% lagi adalah minyak kelapa dara yang asli.
  • Minyak kelapa dara D'Aura kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut. 
  • Campuran ekstrak tumbuhan dalam minyak kelapa dara menghasilkan haruman yang menenangkan.  tiada bauan kurang enak minyak kelapa dara sebenar. 
  • Mudah dan cepat meresap ke dalam kulit.  Tidak melekit dan selesa digunakan. 
  • Minyak kelapa dara sesuai digunakan oleh seisi keluarga tidak kira lelaki atau wanita. 

Cara Menggunakan Minyak Kelapa Dara D'Aura (AVCO)

  • Pelembab Bibir

Cx suka gunakan minyak kelapa dara ini sebagai pelembab bibir.  Bibir cx agak kering sedikit memandangkan cx menyusukan anak, air pula tidak cukup minum.  Memang kadang-kadang bibir cx  agak kering dan merekah.  Jadi, memang elok sangat minyak kelapa dara D'aura (AVCO) ini cx jadikan sebagai pelembab bibir.  

  • Minyak Rambut

Minyak kelapa dara juga cx gunakan di rambut.  Setiap hari cx akan sapu dekat rambut.  Ini kerana minyak kelapa dara dapat membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat, mengatasi keguguran rambut, melebatkan dan mengilatkan rambut.  

  • Pembersih Solekan (Makeup Remover)

Waima duduk rumah sebagai suri rumah tangga, muka cx kena juga dijaga.  Tidaklah cx pakai makeup di rumah tetapi tetap juga calitkan sedikit lipmatte, pakai bedak, pelindung matahari dan blusher.  Jadi, cx suka pakai minyak kelapa dara ini sebagai pembersih solekan sebab ianya tidak menyebabkan kulit kita berminyak.  Kulit wajah cx juga lebih terjaga dan sihat sebab menggunakan bahan semulajadi.  Paling menarik adalah, cx tak perlu pon untuk cuci selepas bersihkan guna minyak kelapa dara D'Aura.

  • Losyen Badan (Body Oil)

Cx guna juga minyak kelapa dara sebagai losyen badan.  Kulit cx jenis kering sikit sejak dulu lagi.  Memang selalu pakai losyen tapi masalahnya adalah kulit berminyak lepas sapu.  Jadi, bila cx dah kenal dengan minyak kelapa dara D'Aura, terus cx jatuh cinta.  Lepas sapu ke kulit, ianya tidak berminyak pon.  Cx lebih selesa lepas sapu di badan dan kulit pon lebih lembut dan lembab. 

  • Pelembab Wajah (Krim Muka)

Minyak kelapa dara dapat melembabkan kulit kita secara semulajadi.  Jadi, AVCO ini sesuai untuk semua jenis kulit.  Minyak kelapa dara juga menghidratkan dan memperbaiki sel kulit sesama kita menggunakannya.  AVCO mampu menyerap dengan baik ke dalam kulit. 

Khasiat Minyak Kelapa Dara D'Aura
Aromatic Virgin Coconut Oil D'Aura AVCO

Testimoni Minyak Kelapa Dara D'Aura

Berdasarkan testimoni dan pengalaman cx lepas menggunakan minyak kelapa dara D'Aura ini, cx memang suka sangat.  Cx selalu guna dan fokus untuk rambut tau.  Almaklum rambut cx jenis kering, kulit kepala gatal waima tiada kelemumur.  Lepas itu, rambut cx juga gugur selepas melahirkan anak-anak.  Selepas cx guna minyak kelapa dara ini, nampaklah perubahannya.  Rambut cx dah tak kering lagi.  Sentiasa lembab, mudah diuruskan.  Paling menarik, rambut cx lebih berkilau.  Dah macam iklan dalam televisyen rasanya.   Ini sungguh review jujur daripada hati.  Cx juga letak dekat bibir sebelum pakai lipmatte.  Bibir lebih segar dan kurang merekah.  

Selain itu, khasiat minyak kelapa dara untuk lelaki juga bagus tau.  Boleh guna juga dekat rambut, bibir, wajah dan sebagainya.  Khasiat minyak kelapa dara untuk ibu hamil juga elok.  Korang sapu sahaja di perut bagi mengelakkan rekahan atau stretch mark selepas bersalin nanti okay?  Alhamdulillah seronok sangat guna AVCO D'Aura. Terima kasih D'Aura!  Cx kongsikan video khasiat minyak kelapa dara D'aura dan cara menggunakannya di bawah okay.


Website: 
atau

Facebook:

Instagram:

Kekalkan Kecantikan
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

18 Comments

Ruby said…
Macam-macam manfaat minyak kelapa dara kan. Ruby suka guna avco utk semua keadaan. Makeup remover dan bila kulit kering, sapu je minyak ni. Hehe
SalinaJohari said…
Warghhh..dah ada haruman. Boleh la try untuk rambut anak² dan sebagai toner muka. Stok toner pun makin menyusut ni. Nanti order
AzianKhalil said…
Banyaknya kegunaan minyak ni
mas saari said…
Banyak kan kegunaan AVCO ni, paling suka guna as makeup remover.
Ardini Humaira said…
Dah tak risau bau minyak kelapa lagi . Avco memang wangi 😁👍
Ai said…
Banya kelebihan AVCO. Tak rugi beli.
Qeela said…
Indeed minyak kelapa dara memang banyak sangat kegunaannya, Qeela pon memang dah bertahun-tahun amalkan dan wajib ada pure vco kat rumah hehe. Good to know about AVCO brand ni, murah tu harganya dan kalau nanti nak try vco yang ada campuran aroma macam ni bolehlah tgk2 AVCO ni 😊
Yanie Yusuf said…
yanie pun guna AVCO ini. bagus tau bukan untuk rambut je, kat kulit pun bagus.
khai artzfar said…
banyaknya juga dengar pasal khasiat minyak kelapa dara ni. tapi tak pernah try dulu selalu nampak kawan-kawan promote
Cik Puan Ena said…
Produk berasaskan vco ni memang bagus. Masa anak first alahan teruk kulit ena pakai vco. Mmg cantik lah skin. Kalau kena gigit nyamuk pon cepat hilang
miedaJaz said…
Minyak Kelapa Dara ni memang banyak khasiat dan kegunaannya. Kalau k mid suka guna untuk rambut memang jadi rambut sihat dan bersinar
Nadia Johari said…
Bagus kan AVCO ni... Nad pun paki setiap hari. Tak berminyak dan melekit.. Nad rasa lembut je kat yangan.. Kuku, rambut makin sihat
Rawlins GLAM said…
VCO ni memang banyak khasiat jika diamalkan sentiasa kan. Rawlins pun baru start amalkan dan dah ajak my parents untuk amalkan gak
Sis Lin said…
Banyak betul khasiatnya yaaa...dan Sis baru tau boleh sapu buat rawatan rambut...nanti nak try laaa...lately ni rambut banyak gugur.,,,
AlongMurni said…
Kelapa dara mmg terkenal dgn khasiat dan kelebihannya.. selalu kalumdapat AM suka sspu n gosok di bahagian rambut.. rambut tambah lebat dan mengurangkan keeguguran rambut
Kitkat Nelfei said…
Banyak juga kegunaan lain minyak kelapa ni duhal.. Ingat lagi memori zaman kanak-kanak.. Nenek gunakan minyak kelapa untuk my hair saja.. 😊
Farhana Jafri said…
banyaknya kegunaan dalam satu botol. memang berbaloi sangat simpan dalam handbag. Nak pergi travel pun senang macamni
Zaza Azman said…
Macam2 kegunaan ye avco ni.. Best juga boleh jadi makeup remover, pelembap bibir bagai.. Bawak ni je cukup utk travel