Spicy Korean Burger McDonald Kembali, Menu Menyengat Tahun 2020

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Spicy Korean Burger McDonald Kembali, Menu Menyengat Tahun 2020

Baru-baru ini, McDonald telah kembalikan semula burger McD Korea yang dah bertahun tidak dikeluarkan.  Waima ianya kemunculan semula, namun CX tak pernah lagi makan sebenarnya.  Menu McD memang banyak dan boleh dikatakan semuanya mampu menggiurkan.  Korang tengoklah iklan McD pon dah kecur air liur.  Kemain mengancam lagi. CX pon tak nak ketinggalan kali ini untuk menikmati burger McD baru ini.  Sebelum ini CX dah rasa burger Thai Green Curry Chicken Burger.  Kalau korang nak tahu review penuh, boleh rujuk entry cx : Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?  Itu kali pertama Cx makan Burger Thai McD.  


Spicy Korean Burger McD 2020

Harga Burger Korea McD tidaklah mahal sangat dan tidak juga murah beriya, cukup sedang-sedang sahaja.  Waktu Cx beli Spicy Korean Burger McD, mereka ada promosi harga.  Jadinya, CX beli harga berbaloilah.  Lebih kurang RM13-RM15 macam tu.  Maaf jika silap. Lupa pula, resit tak tahu kemana menghilang.  Jumlah harga menu McD pilihan kami keseluruhannya tidak sampai RM50. Tambahan lagi, kami suami isteri beli burger McD korea ini secara ala cart sahaja.  Anak-anak macam biasa, menu McD mereka adalah Happy Meal Chicken Burger.  Kami sekadar beli menu McD secara drive thru McD sahaja memandangkan musim pandemic masih aktif.  Lagipun kami suka makan di rumah.  Lebih selesa dan bebas untuk menikmati keenakkan Spicy Korean Burger McD ini. 


Menu McD Baharu yang Menjadi Pilihan 


CX yang asalnya ajak suami makan menu McD baharu.  CX semestinya pilih Double Spicy Korean Burger McD Beef, burger McD Korea 2020.  Suami pula beli ala cart Double Spicy McChicken Delux.  Anak-anak pula menu McD McChicken Delux Happy Meal .  Cx nak dapatkan McDonald Happy Meal Toys 2020 untuk dibuat koleksi tetapi macam biasa, madang sahaja habis.  Tapi tidak mengapa, disebabkan sebelum ini kami tidak pernah kumpul dan beli mainan happy meal mcd, makanya segala bentuk serta jenis Happy Meal Malaysia Toys 2020 atau tahun bila pon, kami terima.  Seronok juga bila dapat buat koleksi ya mainan happy meals baharu McD.  Comel-comel pula mainannya.  Tambahan, anak-anak pon seronok bila dapat mainan happy meals mcd terbaharu waima tidaklah baru. 


Double Spicy Korean Burger McD Beef


Double Spicy Korean Burger McDonald Beef

CX pilih nak makan burger mcd korea Double Spicy Korean Burger McDonald Beef ini sebab tergoda dengan iklan di televisyen sebenarnya.  DIkatakan Double Spicy Korean Burger McD boleh tahan pedas.  CX dahlah sejenis suka makan pedas.  Makanya pada CX, Double Spicy Korean Burger McD ini sedap!  Sedap di tekak CX okay.   Rasa dia lebih kurang macam Thai Green Curry Chicken Burger, cumanya dia lebih pedas dan menyengat.  Bila makan, rasa peda itu terasa terus ke tekak.  Memang sedap! Kena dengan tekak CX yang hantu pedas ini.  


Spicy Korean Burger LImited Edition Memang Sedap

Gigitan pertama tak rasa lagi pedas dia, mulanya cx hanya nikmati keenakan rasa setiap inci burger mcd kora baharu ini. Lepas dah makan dua tiga gigit, waktu itu baru rasa dia menyerlah tau.  Cx makan tambah sos cili lagi ya.  Memang padu pergi dia.  Kalau korang sejenis tak boleh sangat makan pedas, makanlah tanpa tambahan sos cili. Sedemikian pon sedap juga.  Rasa Double korean Burger McD ini bolehlah bagi CX.  Sedap dan pedas menyengat.  

Spicy Korean Burger Limited Edition Memang Sedap


Pada Cx, untuk repeat makan dan beli lagi sememangnya akan berlaku akan datang.  Tetapi Spicy Korean Burger McD ini menu yang limited edition.  Jadinya, memang setiap kali dia kembali, kena dapatlah dulu supaya tidak terliur dibuatnya. Korang dah cuba belum? Kalau belum, pergilah cuba dan nikmati sendiri keenakkan burger mcd korea.  Spicy Korean Burger McD ada dua jenis iaitu ayam dan daging.  Ada dua jenis lapisan daging, satu dan dua lapisan.  Korang piilih ikut kemahuan dan kemampuan perut tau.  Hihi. Okay, nanti kongsi sikit apa pendapat korang pasal Spicy Korean Burger McD ya. bye!

Burger Sedap dan Berbaloi
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

6 Comments

Akashah Kassim said…
Belum pernah rasa
Maybe Kena rasa
Izyan Balqis said…
Da try hari tu, boleh tahan pedasnya..mennyengat habis!
Nadia Johari said…
Pernah rasa.. Memg sedp.. Tapi husbnd tak suka sebb burgernya warna hitam.. Hahaha
Ai said…
Tak tau nape, takot makan burger hitam gini. Hrmm.
Tak pernah rasa lagi burger korea McD ni. Maybe lepas ni leh laa try
Abam Kie said…
Jarang2 buleh makan di mekdi sbb di kelate ni restoran mcd cuma ada d kb. Nak ke sana dlm 1 jam gak.
Abe kie dah letak url blog CX d bloglist. Tq