سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Domain Baru Blog Cxopportunities
Mempunyai domain baru sendiri bagi seorang blogger adalah satu perkara yang semestinya amat diimpikan. CX mula menceburkan diri dalam bidang blogging dan penulisan semenjak tahun 2011 bulan Jun dengan blogspot. Motif utama CX buat blog adalah disebabkan tujuan atau big why untuk sebarkan peluang dan kebaikan kepada orang ramai. Tapi blog zaman dulu dengan sekarang berbeza sungguh. Sungguh dulu kita menulis hanya untuk suka-suka dan cerita santai tanpa fikir yang sebenarnya dengan blog ini, kita mampu menjana pendapatan. Sekarang baru CX nak nampak semua itu waima dengan blogspot.
Sebenarnya cx aktif sangat dulu, konon nak dikenali ramai dikalangan blogger tetapi makin lama, semangat yang ada tak diteruskan. Alamklum banyak perkara berubah. Lagipun ketika itu CX tak nampak lagi sebenarnya disebalik blog, kita boleh dapat income. Maksud Domain pon CX tak tahu. Asyilah selesa dengan blogspot. Padahal banyak sahaja free domain Malaysia yang ada. Banyak kali jugalah CX google domain itu apa dan sebagainya.
Aktif Blogging Semula Sejak Pertengahan 2017
CX aktif semula semenjak pertengahan tahun 2017, aktif yang betul-betul orang kata rezeki yang Allah kirimkan sebagai permulaan dunia blogger. Ya, masih dengan blogspot, masih tak beli domain. Waktu ini CX dah mula terima job melalui blog dan media sosial yang ada. CX mula kembangkan dunia blogging CX dengan bercampur rakan-rakan blogger yang lain. Ternyata semuanya satu permulaan yang sangat indah dan tidak akan dilupakan. CX cuba belajar sikit-sikit rencah dan asam garam dunia blogging. CX juga banyak bertanya kepada rakan blogger yang lain supaya lebih terbimbing. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka dan ya, CX masih dengan blogspot.
Branding dan Jual Nama
Branding dan jual nama ini bukan semudah yang disangka ya. Ianya satu perjalanan yang agak mencabar. CX pon tak reti nak cerita macam mana sebab semuanya berlaku dengan pantas. Apa pun keadaan, CX sangat bersyukur atas kurniaan Allah ini. Semenjak kahwin dan ada anak sendiri, memang CX dah tak bekerja. Orang kata tak ada duit sendiri untuk beli apa yang dikehendaki tanpa minta suami. Waima CX ada buat bisnes sendiri, macam biasa untung rugi itu satu keadaan yang perlu diterima. Lagipun CX suka berniaga. Bila dah mula branding dan dapat jual nama sebagai blogger, CX rasa macam ada batu loncatan untuk CX.
Selepas secara perlahan branding nama, CX mula fokus untuk betulkan blogspot. Tercetusnya untuk perbaiki blog disebabkan oleh Tuan Hasrul Hassan ada buka slot untuk baiki blog. CX ambil slot tersebut dan bermulalah segalanya. Tuan HH banyak bagi nasihat dan komen supaya CX baiki banyak benda. Boleh dikatakan blog CX ini rumah usang yang tunggu masa untuk roboh sahaja. Lama juga CX simpan azam ini supaya dapat laksanakan secara perlahan-lahan. Kewangan juga antara faktor ya. CX simpan sikit-sikit untuk bahagian baiki blog. CX juga invest untuk belajar teknik SEO dan ilmu-ilmu lain yang penting sebelum kita apply domain baru . Waktu ini, CX dah mula tahu apa itu maksud domain.
Domain Baru cxopportunities.com Akhirnya Dimiliki
Sebenarnya CX tak sedar pon sepanjang sebelum apply domain baru, CX dah banyak buat pembaharuan daripada segi penulisan, SEO, dan banyak perkara lagi. CX ada upah rakan blogger untuk buatkan setting domain baru dan template tetapi ada sedikit masalah. Makanya, tergendala sehingga dua tiga bulan lamanya. Sehinggalah CX teringat seorang lagi rakan blogger yang tiba-tiba offer pasal setting domain baru. Alhamdulillah. Deal siang, malam dah jalan kerja. Suka sangat bila dapat domain baru sendiri. Waima ada sedikit masalah pada mulanya tetapi tindakan pantas telah diambil oleh rakan blogger untuk perbaiki. Syukur akhirnya domain cxopportinities.com telah wujud dengan jayanya pada 17hb Ogos 2020. Alhamdulilah. Total untuk CX tukar kepada domain baru adalah kurang daripada RM100. Jika dikira dengan servis lain yang CX invest, lebih kurang RM300 setakat ini. Investment untuk jangka masa panjang. InshaAllah
Walau apa pun keadaan, CX bersyukur sangat sebab Allah buka ruang dan peluang untuk CX lalui dan terima semua nikmat dunia ini. Korang doakan okay untuk CX juga. Lepas ini CX kongsi pula pasal template baru dan macam mana adsense CX boleh lulus dalam masa empat hari sahaja menggunakan blogspot. Tunggu tau.
Terima kasih Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
25 Comments
ada pun berangan nak domain sendiri. tapi anak ramai ni takdan nak bukak blogg pun. ;"(
btw tahniahh . moga terus dimurahkan rezki.
Moga terus sukses!