بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Sunat (Berkhatan) Bayi Perempuan di Melaka
Kelmarin pada 30hb Jun 2020, anak CX yang paling bongsu ini ada sesi checkup di Klinik Kesihatan (KK). Dah alang-alang encik suami minta cuti sebab nak bawa si abang checkup gigi juga, makanya CX ajaklah pergi selesaikan urusan ke Klinik Swasta untuk sesi sunat bayi perempuan kami yang kedua, si adik dan tindik telinga si kakaknya. CX memang masa anak dara yang si kakak pon bersunat (khatan) di klinik yang sama. Menariknya lagi bila CX dapat tahu bahawa klinik ini juga ada buat servis menindik telinga. CX dah lama nak tindikkan si kakak tapi nak cari yang Muslim. Yalah, tindik telinga itu kan terkejut sikit sebab guna tembak. Anak CX yang usia tiga tahun ini memang dia nangis tau. Masalahnya, waktu doktor tindik dua-dua belah telinga, dia okay sahaja. Tapi bila abah dia tanya "sakit tak kakak?" , terus dia meraung. Haha!
Sunat Bayi Perempuan Umur Berapa?
Okay, kelain pula pergi ceritanya ya mukadimah di atas. Halallah ya. Seeloknya kalau nak sunat bayi perempuan, umur berapa itu adalah ketika usia dia sebelum setahun. Lagi baik jika anak belum pandai merangkak macam tu. Ini adalah pendapat CX ya. Jika berbeza pendapat, CX terima. Kita pon semua sedia maklum bahawa hukum sunat bayi perempuan adalah wajib (Rujuk Sini) dari segi Islam. Jadi, jangan dilengah-lengah kalau nak sunat bayi perempuan masing-masing okay. CX asalnya nak sunat bayi perempuan kami ketika usia dia menginjak tiga bulan tapi disebabkan waktu itu sedang PKP, makanya CX tak beranilah bawa anak ke klinik. Jadi, selepas PKPB dilaksanakan menjadi norma baharu, CX buat keputusan untuk bawa juga bayi perempuan kami bersunat. Usia bayi perempuan kami bersunat adalah ketika umur dia enam bulan.
Sunat bayi perempuan ketika usia tiga hingga enam bulan adalah sangat sesuai. Bayi masih belum melasak dan tidak banyak bergerak. Lagipun, sesi sunat bayi perempuan tidaklah rumit seperti sunat lelaki. Sunat bayi perempuan mudah sahaja. Waktu kedua-dua anak CX bersunat, CX tengok doktor buat macam mana.
Bagaimana Cara Sunat Bayi Perempuan
Sebenarnya cara sunat bayi perempuan adalah sangat mudah dan ringkas sahaja. Caranya hanya menggunakan hujung jarum kecil sahaja. Sebelum sesi sunat bayi perempuan, doktor akan bersihkan dulu kawasan tersebut. Doktor akan cek terlebih dahulu. Syaratnya ialah lukakan sedikit di bahagian selaput yang melapisi atau menutupi klitoris. Ya! semudah itu. Pastikan ada keluar sedikit darah. Kemudian selesai! Tak sampai beberapa saat pon doktor ambil masa untuk sunat bayi perempuan. Selepas itu, dah boleh pakai pampers macam biasa. Lega bila perkara wajib ini dah terlakssana. Syukur Alhamdulillah.
Tapi anak CX menangislah juga waktu itu. Mana tidaknya, sebelum sesi berkhatan, anak CX dah terima suntikan di KK terlebih dahulu. Kesian juga tapi itu sahaja masa yang ada dan sesuai untuk sunat bayi perempuan kami sebelum dia semakin lincah. Cara penjagaan pon tidak perlu apa-apa pon. Mandi makan semua itu berjalan normal seperti biasa. Bayi pon tak terbatas. Alhamdulillah anak CX kuat tak demam sebab dalam satu hari, kena suntik dan bersunat. Syukur.
Sunat Bayi Perempuan di Melaka |
Harga Sunat Bayi Perempuan 2020 di Melaka
Harga Sunat Bayi Perempuan tahun ini 2020 di Klinik ini adalah hanya RM20 sahaja. Jika anak dara kami yang pertama, rasanya dalam beberapa belas ringgit sahaja. Itu harga tiga tahun lepaslah. Tapi pada CX, harga sunat bayi perempuan tahun 2020 di Melaka ini adalah sangat berpatutan. Boleh dikatakan murah dan mampu lagilah. Tapi, lain klinik, harga dia turut berbeza. CX dapat tahu harga sunat bayi perempuan bukan di Melaka adalah dalam lingkungan RM30 sehingga menjangkau RM70 ringgit. Boleh tahan juga harga sunat bayi perempuan ya.
Klinik Pilihan Sunat Bayi Perempuan di Melaka
Klinik pilihan CX dan suami untuk sunat bayi perempuan di Melaka adalah Klinik Amal & Surgeri Sdn Bhd. Klinik pilihan sunat bayi perempuan CX di Melaka ini lebih dikenali sebagai Klinik DR.Rahimah Bukit Katil. Doktor Rahimah ini sangatlah CX sarankan korang untuk jumpa bagi sebarang sesi. CX suka sebab Dr.Rahimah seorang yang soft spoken tapi style kahau Melaka. Semua dan segala jenis penyakit, akan di jelaskan sebiji-sebiji dan mudah untuk kita faham. Ilmu dan pengalaman serta pembacaan Dr.Rahimah sangat meluas. CX tabik sungguh.
Bila jumpa doktor lain, rasa macam tak puas hati sebab kebanyakkan doktor macam acuh tak acuh. haha! Maafkan saya. Ini sekadar pendapat CX tau. Janganlah kecam. Kalau CX tak sihat, memang akan pilih Klinik ini dan Dr.Rahimah sahaja. Selain itu, CX taknak. Sanggup kot tunggu esok hari agar dapat juga buat rawatan dengan Dr.Rahimah.. Terima kasih Dr.Rahimah! You are the best ! Korang pergilah klinik ni , gerenti puas hati dan tak menyesal punya. Klinik ini juga menjadi pilihan kami sebagai klinik panel keluarga. Alhamdulillah.
Islam itu Mudah dan Indah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
9 Comments
Anak kita dua2 boboi. Tu yg tahu pasal ni