Gambar di Recent Post Blogpost Tidak Keluar Bila Tukar Dashbord Baru

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Gambar di Recent Post Blogpost Tidak Keluar Bila Tukar Dashbord Baru


Baru-baru ini, blog telah dikenakan syarat dimana perlu tukar kepada dashboard baru.  Blogger akan menggunakan dashboard baru secara rasmi dan wajibnya bermula pada July 2020 katanya.  Bila CX baca Read More berkaitan dashboard baru ini, katanya ditukar demi memberikan kemudahan untuk kita blogger update blog menggunakan cara terbaru yang telah dibuat.  Pada CX, dashboard baru blogspot ini memang membantu, mudah untuk CX update blog. Laju pon ya.  Semua button dan interface memang cantik, tersusun.  Pendek kata, CX suka.  CX masih baru juga tukar ke dashboard baru blogspot.  Mula-mula memang pening tapi lama-lama ianya mudahlah bagi CX.  Sampailah satu tahap bila CX update blog, timbulnya masalah pertama yang agak tak seronok nak hadap.

Gambar di Recent Post Blogpost Dashboard Baru Tidak Keluar 

Masalah yang CX hadap sekarang adalah, gambar di Recent Post Blogpost tidak keluar apabila tukar dashboard baru .  Pada mulanya terjadi, CX asyiklah tukar gambar, setting mana yang tak kena dengan gambar.  Tapi semuanya tak memberi kesan pon.  Masih juga gambar di recent post blogpost CX tidak keluar.  Geram tau! Blog CX jadi macam cacat! hahah! Mana tidaknya, gambar adalah sangat penting dan memainkan peranan kot dekat blog ini.  Ada ke orang baca penulisan tanpa gambar boleh tahan lama? Memang mengantuk dan berpinarlah mata jawabnya.  Akhirnya CX berputus asa di situ.  Kemudian CX tanya kawan-kawan blogger yang lain macam mana nak selesaikan masalah ini.  

Delete dan Upload Semula Gambar


Bila CX tanya rakan blogger yang lain, dapatlah cara nak buat supaya gambar di recent post blogspost keluar dan ada semula.  Antara yang diajar adalah Delete dan Upload Semula Gambar.  CX cuba dan buat sendiri cara ini tapi malangnya, ianya tidak berhasil ya kawan-kawan.  Agak runsing dan tertekan juga rasa.  Rasa tak lengkap blog bila tiada gambar.  Jadi buruk tau! CX cuba buat lagi tapi masih sama.  Saiz semua dah setting baik punya tapi masih sama.  Jadinya CX biarkan sahaja tapi dalam masa yang sama, usha dan tanya juga rakan blogger yang lain dengan harapan dapat jawapan.  Lama juga CX tak dapat jawapan macam mana nak selesaikan masalah ini.  Makanya senarai di recent post blogpost CX jadi macam chipsmore.  Kejap ada, kejap tak ada.  Lompong macam gigi rongak. 

Tuan HH: Dashboard Baru Blogspot

Tukar kepada Dashboard Lama dan Re-upload Gambar


Akhirnya tadi, CX ada baca kes blogger Nadia Johari, yang mana blog dia lagi kesian.  Gambar semua boleh masuk ke blog tapi dia jadi pecah.  Gambar pertama blogger Nadia Johari jadi blur tau.  Kesian dia.  Bila Nad update status di Facebook, CX pon tak lepaskan peluang untuk follow.  Mujur Tuan HH bagi jawapan dan solusi di sana.  CX pon selit juga masalah yang CX hadapi ini.  Rata-ratanya bagi jawapan tukar kepada dashboard lama semula buat sementara waktu untuk perbetulkan masalah dashboard baru ini.  Makanya, CX pon tukarlah juga kepada dashboard lama.  CX buang gambar pertama di blogpost dan upload semula.  Akhirnya, ada juga gambar CX di recent post blogpost.  Fuh! lega betul rasa tau! Terus jadi cantik blog CX. hihi. 

Ada juga yang bagitahu supaya kita bagi feedback kepada Google untuk masalah-masalah yang dihadapi semenjak gunapakai dashboard baru blogspot ini.  Yalah, semoga nanti Google akan perbaikilah masalah yang ada ini.  Tidaklah kita semua blogger terpinga-pinga macam mana nak selesaikan masalah yang memeningkan kepala.

Dashboard Baru Blogspot

Jangan Guna Dashboard Baru Blogspot


Jadi, di sini, CX nasihatkan, jangan guna dashboard baru blogspot! Hahah taklah, boleh sahaja guna dashboard baru blogspot tetapi jika terdapat masalah yang merunsingkan kepala, korang tukar terus kepada dashboard lama selagi Google masih bagi peluang dan ruang untuk kita tukar guna pakai dashboard. Faham? Waima CX tidaklah tahu sangat pon pasal dashboard ini.  Tetapi disebabkan CX sendiri hadap perkara yang tak best, makanya CX kongsikanlah dekat korang. Taklah kongsi sangat sebab nanti bila Google dah tukar terus dashboard baru, memang meloponglah . haha! Harap-harap lepas ini, Google dah sedialah dengan dashboard yang mesra blogger. gittew! Kbai korang!

Gambar di Recent Post Dashboard Baru Dah Selesai !

New Interface Face More Problem
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

6 Comments

Ciktie said…
Kita pun ada masalah camni malas nak pening-pening guna je yang lama hehe..tapi interface yang baru tu memang dinafikan menarik dan ok jugalah
apekinahdotcom said…
Semua tengah alami masalah sama. Malas nak pening kepala, kinah revert balik template yang lama
Fieza Sani said…
Akak dh lama ada masalah ni. Tapi akak sejenis malas nak godek2 wpun sakit gak
mata sbb tgk susunan x cantik sbb x de keluar gambar kat recent post.. Oo kena tukar dashboard lama ke? Nnti akak cuba..
Yaya Azura said…
Belum stabil lagi kan dashbioard baru ni? Yaya hari tu link video dari youtube tak kuar..pastu revert balik dashboard lama baru ok..
Mrs Pip said…
Memang sakit mata kalau gambar tak keluar. Adeh. Sakit hati pun ya juga.
Masalah jugak tuh. kenapa ek jadi macam tu? Tapi memang tak dinafikan interface baru yg sekarang ni makin simple and cantik. cuma kadang kadang agak mengelirukan lahh. huhuhu. Semoga masalah cepat selesai ye :)