Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

Printcious merupakan sebuah platform e-commerce terkemuka yang fokus terhadap barangan dan hadiah yang diperibadikan (personalised).  CX juga sebelum ini pernah membeli melalui Printcious dan ianya memang sangat berkualiti hasil dia.  Baru-baru ini,  Printcious telah melancarkan reka bentuk t-shirt dan beg unik sebagai peringatan kepada orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih lagi dalam memerangi virus covid-19. Melalui jualan barangan dan hadiah untuk edisi terhad ini, diorang telah mencapai sebanyak RM50,000 ringgit. Sangat banyak tau. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat bagus dan digalakkan kepada e-commerce dalam menyokong dan menyumbang menghentikan virus covid-19 ini. Pada CX, ianya adalah usaha murni yang patut kita puji dan dibanggakan. Hasil jualan Printcious dengan melancarkan reka bentuk t-shirt dan beg yang unik ini akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia dan juga NGO yang lain.

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19
Usaha ini sangat bermakna supaya dapat membantu dalam memerangi virus covid-19 yang masih berlegar di Negara kita Malaysia. Waima mereka giat melancarkan reka bentuk t-shirt dan beg unik ini, tetapi mereka tidak lupa untuk mengikuti protokal keselamatan yang telah ditetapkan. Mereka gigih dalam memerangi virus-19 ini dan dalam masa yang sama berusaha membantu usaha kerajaan dan badan-badan NGO yang lain. Mereka sentiasa cuci tangan dan mengamalkan penjarakkan sosial sejauh satu meter seperti mana yang telah diarahkan oleh kerajaan.  Printcious juga berharap agar orang awam patuh arahan dengan mengamalkan semua perkara waima kerajaan membenarkan dan memberi kelonggaran untuk operasi perniagaan beroperasi kembali. 

Ketua Pegawai Eksekutif Printcious, Vincent Tong berkata, syarikat perlu memainkan peranan dalam melawan Covid-19 dan memanfaatkan kekuatan unik tenaga kerja yang ada.
“Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat.

“Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka.

“Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,”.
Menurut beliau lagi, pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan. Menarikkan? CX pon tak lepaskan peluang untuk membeli.  Sebagai Muslim, kita juga dapat menambah saham akhirat. Betul tak? 

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

Kempen ini berlangsung daripada pertengahan bulan Mei sehingga akhir Julai 2020. Masih sempat lagi untuk korang membeli produk ini kerana ia sangat terhad. Printcious telah menghasilkan enam rekaan T-shirt unik dan kreatif yang diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan.  

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

T-shirt putih berkolar bulat dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL. Saiz baju memang korang tak perlu nak risau, InshaAllah semuanya ada.  Selain t-shirt, kempen ini juga ada tote beg tau.  Ianya juga hadir dengan reka bentuk yang unik dan kreatif.  Setiap satu tote beg hanya berharga RM29.90 sahaja.  Harga sangat mampu milik.  Printcious meletakkan target jualan sebanyak 1,000 unit t-shirt dan tote beg untuk menaikkan lagi jumlah hasil sumbangan. 

Jom kita semua menyokong Printcious dengan membeli T-Shirt dan Tote Bag , sambil membeli, kita juga beramal. Korang beli enam reka bentuk dengan harga RM 150 dan dapatkan Baucar Tunai Bernilai RM150.00 secara percuma untuk membeli belah di Printcious tau! Sangat berbaloi. Printcious juga menawarkan penghantaran secara PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70.00 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. 

Korang boleh beli dan dapatkan t-shirt dan tote beg dengan reka bentuk unik serta kreatif ini hanya melalui pembelian atas talian di sini: https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness

Membeli sambil beramal
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Post a Comment

6 Comments

Nadia Johari said…
Cantik beg dan baju tu. Bagusnya.. Rasa nak beli boleh smbil membantu
Ai said…
Comel-comel design.
Kim said…
macam best jea tempah di printcious ni
Kim said…
macam best jea tempah di printcious ni
Marina Bashah said…
Bagus dia buat inisiatif macam ni