Tips dan Resipi Daging: Asam Pedas Melaka Piau

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips dan Resipi Daging: Asam Pedas Melaka Piau


Resipi Daging: Asam Pedas Melaka Piau

Hai korang. Selamat menyambung PKP lagi empat minggu ya sehingga 9hb Jun 2020. Bertabahlah masing². InShaaAllah pasti ad ahikmah hebat yang Allah nak tunjukkan kepada kita hambaNya yang kerdil ini. Okay, disebabkan CX ini orang Melaka piau ulau melingkau atas pagau, makanya CX nak kongsi pada korang resipi daging Asam Pedas Melaka. Lauk kegemaran CX. Almaklum, orang Melaka dan asam pedas berpisah tiada. Kalau boleh, setiap hari nak ada asam pedas. Boleh buasir oii! Haha! Tai sungguhlah, kalau tak dapat asam pedas kan, rasa tak sempurna tau. Wah gitu kan? Kekwat sungguh. Huhu

Dah jom! CX nak kongsi dengan korang resipi daging asam pedas Melaka ini yang paling mudah sekali. Kalau korang baru belajar memasak, ala² baru nak ke dapur kan, pon boleh buat dik. Mudah sahaja. Tapi dengan syarat, korang ikutlah apa yang CX kongsi. Campak² sahaja, kejap dah jadi dan siap untuk dimakan. Nah resipi mudah asam pedas daging Melaka piau.

Tips dan Resipi Daging : Asam Pedas Melaka Piau


Bahan-bahan

  • Bawang Merah 3ulas*
  • Bawang Putih 3ulas*
  • Halia 1inci*
  • Serbuk Kunyit 1sk
  • Halba secubit
  • Belacan 1inci
  • Cili Kisar 2sudu
  • Air Asam Jawa
  • Garam 
  • Air Putih
  • Bendi/Terung
  • Daging 

Cara-Cara

  1. Kisarkan bahan bertanda (*). Tuangkan minyak ke dalam kuali dan biarkan sehingga panas. Kemudian masukkan bahan bertanda (*) bersama cili kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga garing pecah minyak. Tips untuk asam pedas sedap adalah pastikan minyak betul² panas, baru masukkan bahan menumis. Nak tahu tips jadi atau tidak, bila korang tumis, jiran sebelah atau orang depan akan bersin. Jadilah tu. Ini serius tau. Haha
  2. Semasa korang menumis nak bagi garing tu, masukkan terus halba, kunyit serbuk, belacan. Kacau sehingga garing dan masak cilinya. 
  3. Bila dah garing, masukkan air semangkuk kecil, biarkan mendidih. Waktu ini, bila dah mendidih tu, masukkan sahaja daging. Biar sehingga daging masak sebaiknya. 
  4. Jangan lupa masukkan bendi sekali ya. Tips nak sayur dan daging masak elok adalah, jangan masukkan air asam awal². Biar semua daging dan sayur dah masak sedap, barulah masukkan air asam jawa. 
  5. Selepas masukkan air asam jawa, biarlah mereneh sekejap kuah tu bagi masak. Bila dah reneh, korang matikan api dan masukkan garam. Nak masuk awal pon boleh tapi tips kesihatan menyatakan bahawa garam seelokknya dimasukkan selepas api dimatikan. Kalau masuk awal, katanya akan memberi kesan dan membawa penyakit. Macam itulah tips-nya yang CX tahu.
  6. Kemudian siap! Makanlah dengan nasi panas, gerenti bertambah. Huhu

Tips dan Resipi Daging : Asam Pedas Melaka Piau

Okay, dah lulus untuk kahwin. Hehe. Kalau dah kahwin, lulus juga tu untuk hantar ke mak mertua. Huhu CX gurau sahaja. Masak Asam Pedas Melaka Piau ini tidaklah susah mana pon cumanya tips² orang tua dulu² kata, semuanya bergantung kepada air tangan juga. Ohya, tips lagi nak sedap adalah, korang tumbuklah segala makcik  pakcik bawang yang ada. Jangan guna blender. Katanya lagi sedap, manis dan power perginya nanti. Tapi betullah tu. Ada beza tau tumbuk dan blend. Tips lagi satu nak bagi rasa piau asam pedas tu, korang guna kunyit hidup yang dilumatkan. Gerenti terangkat masa makan. 

Eh! Entry ini dah serupa perkongsian tips pula hehe Banyak betul tips. Ohya lagi satu tips, nak tahu minyak dah betul² panas atau belum sebelum menumis, nenek CX ajar, renjiskan sikit air. Kalau berdesir sedap je bunyinya, dah cukup panaslah tu unthk menumis. Ini betul tau. Semua CX buat kalau masak. Sempurna kejadiannya nanti. Okay, CX kongsikan video cara CX masak ya. Kalau korang tak nampak tips yang CX cakapkan, janganlah marah. Video itu CX dah potong siap². Hihi Selamat mencuba! Semoga perkongsian CX ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada seseorang. InShaaAllah 


Selamat Mencuba! 
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

0 Comments