Resipi: Ayam Masak Kurma

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Okay dah hari ke berapa PKP kita? Kira sendiri ya. Pastikan #KitaJagaKita dan #DudukRumah. Hari-hari dok fikir nak masak apa, betul tak?.  Tak perlu pening-pening, cx sekarang amalkan konsep, esok nak masak, makanya esoklah fikir. Hihi. Bila masa nak masak itu teragak nak makan apa, terus sahaja masak.  Sekarang ini, kami anak beranak kurang makan pedas sebab cx kena jaga diet pemakanan. Kalau tidak, habislah. Sakit pasti menjelma. Serik aih! Okay, menu hari ini adalah Ayam Masak Kurma. Tiba-tiba cx rasa nak makan masa tengah fikir nak masak apa untuk makan tengahari tadi. Alhamdulillah selesai keinginan. Jom cx kongsikan resipi ya. Mudah sangat.


Bahan-bahan
Rempah Kurma 2sb*
Bawang Merah 3biji*
Bawang Putih 3biji*
Halia 1inci*
Kunyit Hidup 1inci*
Jintan Putih 1sb*
Jintan Manis 1sb*
Bunga Lawang/Pelaga/Biji Alba
Lengkuas 1inci
Serai 2btg
Santan 1kotak
Garam/Gula/Air
Kerisik 2sb
Ayam 6ketul
Asam Keping
Kentang 1biji

Cara Memasak:
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda (*) di atas. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan kesemua bahan yang dikisar.
2. Masukkan sekali biji alba, bunga lawang, pelaga, kerisik, lengkuas dan serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, ayam dan kentang serta biarkan ianya mendidih sehingga kentang empuk dan ayam masak.
4. Setelah kentang empuk dan ayam sudah masak, bolehlah dimasukkan santan, garam dan gula. Tambahkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang dikehendak.i dan letakkan asam keping. Biarkan mendidih.
5.  Cx masukkan ke dalam pressure cooker  selama 15 minit untuk dapatkan ayam yang lembut peroi style arwah nek sebelah suami.
6. Siap dan sedia untuk dihidang!


Kebiasaannya kalau makan ayam masak kurma ini, kami lawankan dengan sambal telur hancur. Tapi cx tak buat pon menu tadi. Makan macam gitu sahaja. Alhamdulillah suami kata sedap. Dah macam makan lauk hari raya katanya. Esok kita buatkan sarapan nasi impit tambah sambal telur hancur okay. Kalau rajin, cx update entry. Kbai!

Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

17 Comments

Ruby said…
Ini pon resepi best utk seisi keluarga. Tak pedas dan ada potato. Itu penting sebab anak teruna tak suka ayam kurma. tp suka potato kurma. memacam gaya. Hehehe
Sis Lin said…
Lauk kurma ayam ni aje belum Sis masaks epanjang PKP, kalau tak dalam sebulan mesti ada lauk kurma ni...terima kasih gak bagi ideanya...
mama tisya said…
lama tk masak menu ni..mkn ngan nasi panas222..yummyy
Farah said…
Huda belum pernah try masak ayam kurma ni. Tengok orang masak macam best je. Nanti bolehlah kita try hehe. Thanks share resepi kat kami.
Farah said…
Bestnya lauk ayam kurma ni. Belum pernah try masak, teringin juga nak try. nanti boleh try lah, thanks share resepi pada kami.
Mommy kalau bab masak kurma mesti tak jadi. Tapi mana tahu kalau ikut resepi ni jadi, bagus jugak. Lagi pun dah tak tahu nak masak apa lagi musim PKP ni
Mahamahu said…
Hari ni sahaja kita dah baca lebih daripada beberapa resipi masakan hehehe yang ni Ayam Masak Kurma cuma kita tak berapa minat sikit masak kurma ni hehehehe tapi mungkin boleh cuba mudah jer tengoknya..
RAIHANAH AHMAD said…
selalu juga buat resepi camni, anak2 saya pun suka gaya camni. insyaAllah bolehlah kita buat lagi
Syamimi Saad said…
Sedapnya ayam kurma. My favourite. Tapi tu la..
Bila masak xde geng makan dekat rumah ni.
Nak masaknya pun rasa malas.
iena eliena said…
Ayam masak kurma..iena jarang masak ni sebab tak suka sangat tapi nanti nak cuba la..da bosan asyik menu sama je kan..sekali sekala nk tukar menu :D
Sunshine Kelly said…
I pernah try masak ayam kurma using ready made spices, nak buat lagi.
adianiez AIDA said…
kebetulan, weekend lepas aida buat masak kurma ayam ni, cx.
asyik masak kari, sambal jer.
masak kurma + sambal belacan = kenyang :) hi hi hi hi...
Zharif Azis said…
Mudah je rupanya nak masak kurma nie. Ingatkan rumit sangat dan perlukan banyak rempah ratus. Okay boleh cuba nanti
Nadia Johari said…
Ok sepanang PKP ni belum masak lagi ayam kurma..hehee..Hah esok boleh buat ayam kura la pulak..nasib ada sserbuk dia dan bahan lain lengkap..hehehe..
kitaaa suka ni lagi2 banyak kentang.
peergh layan..
Hanny Abdullh said…
Haaa sis pun baru masak kurma ayam semalam. Kalau masak lauk kurma kat rumah ni memang cepat habisnya