بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Okay dah hari ke berapa PKP kita? Kira sendiri ya. Pastikan #KitaJagaKita dan #DudukRumah. Hari-hari dok fikir nak masak apa, betul tak?. Tak perlu pening-pening, cx sekarang amalkan konsep, esok nak masak, makanya esoklah fikir. Hihi. Bila masa nak masak itu teragak nak makan apa, terus sahaja masak. Sekarang ini, kami anak beranak kurang makan pedas sebab cx kena jaga diet pemakanan. Kalau tidak, habislah. Sakit pasti menjelma. Serik aih! Okay, menu hari ini adalah Ayam Masak Kurma. Tiba-tiba cx rasa nak makan masa tengah fikir nak masak apa untuk makan tengahari tadi. Alhamdulillah selesai keinginan. Jom cx kongsikan resipi ya. Mudah sangat.
Cara Memasak:
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda (*) di atas. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan kesemua bahan yang dikisar.
2. Masukkan sekali biji alba, bunga lawang, pelaga, kerisik, lengkuas dan serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, ayam dan kentang serta biarkan ianya mendidih sehingga kentang empuk dan ayam masak.
4. Setelah kentang empuk dan ayam sudah masak, bolehlah dimasukkan santan, garam dan gula. Tambahkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang dikehendak.i dan letakkan asam keping. Biarkan mendidih.
5. Cx masukkan ke dalam pressure cooker selama 15 minit untuk dapatkan ayam yang lembut peroi style arwah nek sebelah suami.
6. Siap dan sedia untuk dihidang!
Kebiasaannya kalau makan ayam masak kurma ini, kami lawankan dengan sambal telur hancur. Tapi cx tak buat pon menu tadi. Makan macam gitu sahaja. Alhamdulillah suami kata sedap. Dah macam makan lauk hari raya katanya. Esok kita buatkan sarapan nasi impit tambah sambal telur hancur okay. Kalau rajin, cx update entry. Kbai!
Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Bahan-bahan
Rempah Kurma 2sb*
Bawang Merah 3biji*
Bawang Putih 3biji*
Halia 1inci*
Kunyit Hidup 1inci*
Jintan Putih 1sb*
Jintan Manis 1sb*
Bunga Lawang/Pelaga/Biji Alba
Lengkuas 1inci
Serai 2btg
Santan 1kotak
Garam/Gula/Air
Kerisik 2sb
Ayam 6ketul
Asam Keping
Kentang 1biji
Cara Memasak:
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda (*) di atas. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan kesemua bahan yang dikisar.
2. Masukkan sekali biji alba, bunga lawang, pelaga, kerisik, lengkuas dan serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, ayam dan kentang serta biarkan ianya mendidih sehingga kentang empuk dan ayam masak.
4. Setelah kentang empuk dan ayam sudah masak, bolehlah dimasukkan santan, garam dan gula. Tambahkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang dikehendak.i dan letakkan asam keping. Biarkan mendidih.
5. Cx masukkan ke dalam pressure cooker selama 15 minit untuk dapatkan ayam yang lembut peroi style arwah nek sebelah suami.
6. Siap dan sedia untuk dihidang!
Kebiasaannya kalau makan ayam masak kurma ini, kami lawankan dengan sambal telur hancur. Tapi cx tak buat pon menu tadi. Makan macam gitu sahaja. Alhamdulillah suami kata sedap. Dah macam makan lauk hari raya katanya. Esok kita buatkan sarapan nasi impit tambah sambal telur hancur okay. Kalau rajin, cx update entry. Kbai!
Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
17 Comments
Bila masak xde geng makan dekat rumah ni.
Nak masaknya pun rasa malas.
asyik masak kari, sambal jer.
masak kurma + sambal belacan = kenyang :) hi hi hi hi...
peergh layan..