Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

Hai semua. Kali ini cx nak kongsikan resepi dan macam mana nak buat Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum mneggunakan tepung gandum.  Mudah sangat. Cx paling suka capati guna tepung gandum berbanding tepung attar.  Tapi cx suka juga makan yang tepung attar. Rssepi ini adalah turun temurun daripada nenek moyang cx. Cx belajar daripada emak. Emak belajar daripada nenek dan seterusnya. Mula² memang susah juga sebab nak buat capati ini kena ada skill dan ikuf tips yang diberi. Kalau tidak, capati korang akan jadi keras ketung! Kesudahannya macam makan capati versi keropok. Hihi Okay jom usha resepi yang cx kongsikan di bawah ya.

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum


Bahan-bahan


Tepung Gandum (½ paket)
Minyak Sapi (2 Sudu Besar)
Air Garam (Segelas Panjang)

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

Cara Pembuatan


  1. Masukkan Tepung Gandum ke dalam bekas besar. Pastikan korang ramas tepung tersebuf sebab nak biarkan ianya jadi peroi.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar Minyak Sapi. Minyak Sapi sebarang brand pon boleh. Tapi paling sedap guna minyak sapi GHEE. Bukan GHEE BLEND ya. Dia serupa tapi tidak sama. Okay, sebatikan tepung gandum dan minyak sapi tersebut sehingga tepung peroi cantik.A
  3. Air Garam tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang boleh diuli. Jika terlebih air, tambahkan tepung. Jika terlebih tepung, tambahkan air. Kalau asyik tambah sahaja, kau letak tepi jelah doh tak jadi tu. Tak payah buat.L
  4. Lepas itu, ulikan doh selama satu jam untuk dapatkan capati yang lembut dan enak dimakan. Selepas dah lembut, korang jadikan doh kepada saiz kecil. Kebiasaannya kalau ½ paket, cx dapat buat dalam sembilan ke sepuluh ketul. Tengok saiz yang korang buatlah ya.A
  5. khir sskali, gelekkan doh bulat kecil itu menjadi leper dan membulat. Dia ada skil dan tips kalau nak jadi bulat. Kalau nak tahu, DM okay. haha! Korang gelek jelah macam mana pon, korang yang nak makan. Dah gelek, bakar dan siap!


Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum.
Dah siap dibulat² kecilkan supaya mudah untuk digelek. Nak gelek dia pon kena ada skil tau. Kalau tak, tak jadi bulat.  Kena banyak bersabar.

Keluarga cx memang suka sangat makan capati ini. Kami, mak abah dan adik beradik kerap juga buat. Capati ini sedap dimakan bersama sambal sardin. Makan dengan asam pedas pon sedap. pergh! terus terliur! Kalau makan capati, kami suka gulungkan dia. Memang tak cukup kalau makan satu sahaja. Mesti bertambah. Alhamdulillah, sekarang suami dan anak-anak cx pun suka makan. Nanti nak turunkan ilmu ini kepada anak² cx pula. InShaaAllah. *Resepi ini untuk 3-4 orang makan. Kalau buat sekampit tepung gandum, akan dapat dalam 22 ketul. Sesuai untuk 7-10 orang makan. Seorang makan dua keping biasanya. Boleh darabkan.

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum
 Macam inilah kami makan. Letak sambal sardin yang dilenyekkan sardinnya ke atas capati. Kemudian gulungkan. Pergh! Makan panas² memang terangkat! Satu hari memang hadap capati sahaja bawa ke malam. Memang tak masak nasi dah.

Resepi Nenek Moyang
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

24 Comments

Roziah @ Cie said…
sedapnya cicah kuah sardin atau kuah kari :)
Nurul Syahirah said…
wahhh ! lepas ni boleh lah buat.. tak yah beli frozen da ^^

Nurul singgah & follow sini ye..

https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/cara-simpan-banyak-duit-walaupun-baru-bekerja.html
Sis Lin said…
Waaa tetornya dia buat capati, belum pernah lagi buatnya, selalu nak makan beli frozen aje...
Yaya Azura said…
Wah..serius ah 3 bahan je. boleh try buat lah.
Tapi bab tambah air tambah tepung tu seriau juga tu..haha
kan tak pasal campak tepi terus. hihi
Dah lama tak,pekena capati ..dapat buat sendiri ni best jugak
cc kak fas said…
Pandainya buat capati tapi sis tak berapa suka capati lebih suka roti canai...hihi apa pun awak memang rajin.
Sebenarnya minat sangat makan capati ini. Tak terfikir pulak nak buat sendiri. Tambah-tambah dalam tempoh PKP ini. Insyaallah nanti nak cuba juga buat sendiri. Mesti sedap dan lagi puas hati.
Nampak macam senang nak buat, nanti nak cubalah guna resepi nih, terima kasih diatas perkongsian
miedaJaz said…
Bolelah cuba resepi nie...kat umah nie semua minat capati..cuma k mid jer.malas nak buat :))
miedaJaz said…
Bolelah cuba resepi nie...kat umah nie semua minat capati..cuma k mid jer.malas nak buat :))
Miedajaz said…
Bolelah cuba buat capati nie...kat umah k mid ramai yg minat makan capati :))
miedaJaz said…
Bolelah cuba resepi nie...kat umah nie semua minat capati..cuma k mid jer.malas nak buat :))
miedaJaz said…
Nak cuba lah resepi capati nie...kat rumah k.mid semua minat capati.
Syamimi Saad said…
Waaa.. Nampak sedap capati CX buat tu. Hihihi..
Klau ada kerajinan lebih mmng try buat dah ni.
Ruby said…
Senang je kan masak capati. Fav ruby. Tapi memang ada beza la skit dari rasa dia. Kalau pakai tepung dia sendiri pun best. Tepung gandum pun best. Kak sambal ikan bilis, sambal sardin mana? Hehehehe
Syafiera Yamin said…
Wah senangnya buat capati masalahnya I ni sejenis tak rajin benda baking baking ni tapi teringin betul nak buat.. mak I rajinlah... kenapalah I tak ada bakar buat meal macam ni..
Rawlins GLAM said…
Yeay. Nak try pasni sebab asyik buat cekodok je before this hahaha. Tq for the recipe ye. Doakan la menjadi hahaha
Sedapnya..nanti bolehlah try juga.. plg penting kenyang dan berkhasiat juga
Mama aiman said…
Ingatkan susah nk buat capati nie..seumur hidup xpena lagi buat..nie dah ada resepi boleh la cuba smntra mood tgh rajin nk masak nie..btw thanks cx sudi kongsi resepi capati yg simple dan mudah..
Aerill Hassan said…
terima kasih atas resepi.bolehlah nanti saya cuba buat capati ni. nampak simple dan mudah cara nak buatnya :)
RAIHANAH AHMAD said…
oo boleh juga ya. mesti sedap tu. must try la
Sunshine Kelly said…
Time MCO macam ni la duduk rumah nak try recipe yang kita boleh buat
Mawardi Yunus said…
masa perintah kawalan ni boleh la cuba resipi nikan. kalau menjadi okay lah.
Coretan Masa said…
Saya xpernah makan capati tak tahu rasa dia macam mana.. Mungkin lepas ni boleh la cuba.. Memandangkan bahan2 dia pun mudah. Thanks for the sharing