بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Juadah Tradisi Desa
RAMADA PLAZA OLEH WYNDHAM MELAKA MERAIKAN BULAN RAMADHAN DENGAN JUADAH TRADISI DESA | Melaka, 13 Mac 2020 - Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka sekali lagi menanti waktu untuk menyambut bulan suci Ramadhan dengan hidangan mewah di Restoran Zest. Bertemakan "Juadah Tradisi Desa", ianya menampilkan rasa hidangan istimewa yang disediakan untuk kepuasan para tetamu.
Tetamu boleh menikmati hidangan bufet Ramadhan dari 24hb April sehingga 23hb Mei 2020 bermula jam 6.30 petang dengan pelbagai pilihan juadah untuk dipilih setiap minggu. Berbuka puasa kita akan diiringi oleh pemuzik Ghazal sambil menikmati hidangan mewah pada waktu tersebut.
"Bulan Ramadhan adalah bulan istimewa untuk diraikan bersama keluarga dan kawan-kawan seperti mana mereka meraikan kedatangan bulan mulia dengan semangat bulan suci itu sendiri, "kata Encik Jason R. Bak, Pengurus Residen. "Dengan menghadirkan kualiti dan kepelbagaian hidangan secara tradisi adalah keutamaan kami bagi memastikan ianya memenuhi kehendak para tetamu" tambahnya.
Hidangan bufet ini terdiri daripada makanan tradisi seperti Nasi Beriyani, Kambing Golek, Rendang Daging, Ikan Asam Pedas, Sayur-sayuran, Sambal Sotong dan lain-lain. Tidak lupa juga dengan pencuci mulut tradisi seperti Cendol Gula Melaka, Ubi Kayu rebus, Kuih Kaswi, Cek Mek Molek, Sira Labu dan Agar-Agar Bandung. Gabungan pencuci mulut tradisi dan barat ini semestinya tidak boleh dilepaskan.
Menu bufet yang berharga RM118.00 nett (dewasa) dan RM78 nett (kanak-kanak) boleh dapatkan bermula 1hb Mei dan seterusnya harga istimewa early bird pada RM98.00 (dewasa) dan RM68.00 (kanak-kanak) adalah untuk pengunjung yang menikmati hidangan berbuka puasa pada minggu pertama antara 24hb April - 30hb April 2020. Bagi pengunjung yang ingin makan secara berkumpulan dan keluarga besar, Boleh dapatkan pembelian Buy 10 Free 2 baucar dengan harga RM1180.00 setiap buklet memberikan penjimatan sehingga 16%.
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Zest di 06-289 9962 atau e-mel di sales@ramadaplazamelaka.com
Mengenai Ramada Plaza by Wyndham
Terletak di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Ramada Plaza by Wyndham Melaka adalah hotel lima bintang antarabangsa yang dikendalikan oleh Wyndham Hotels and Resort, kumpulan hotel terbesar di dunia yang menyediakan keselesaan kemewahan abadi. Hotel 294 bilik ini menawarkan suasana baharu yang diubahsuai dan segar!
Terletak di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Ramada Plaza by Wyndham Melaka adalah hotel lima bintang antarabangsa yang dikendalikan oleh Wyndham Hotels and Resort, kumpulan hotel terbesar di dunia yang menyediakan keselesaan kemewahan abadi. Hotel 294 bilik ini menawarkan suasana baharu yang diubahsuai dan segar!
Bilik luas menghadap pemandangan Sungai Melaka yang berliku dan sekitarnya atau luasnya pemandangan Chinatown serta Selat Melaka dengan penginapan single, double dan suite. Ciri-ciri kemudahan termasuk sarapan percuma, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, pusat kecergasan, spa, bilik mesyuarat, 3 ruang makan dengan lounge bar serta lounge kelab eksklusif di tingkat atas menghadap pemandangan indah. Ciri² bilik termasuk kemudahan seperti Wi-Fi percuma, pengering rambut, skrin rata televisyen, katil roll-away, televisyen, kemudahan bilik mandi, saluran filem percuma. Turut menawarkan pilihan perkhidmatan hantar-jemput percuma ke tempat-tempat tarikan utama seperti Jonker Street, Sungai Melaka dan kawasan membeli-belah dalam beberapa minit sahaja.
Pertanyaan mengenai katering dan
tempahan fungsi jamuan, sila hubungi perancang acara mesra ;
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
14 Comments