PREVIEW BUFFET RAMADHAN: JUADAH TRADISI DESA RAMADA HOTEL MELAKA

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


RAMADA PLAZA OLEH WYNDHAM MELAKA MERAIKAN BULAN RAMADHAN DENGAN JUADAH TRADISI DESAMelaka, 13 Mac 2020 - Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka sekali lagi menanti waktu untuk menyambut bulan suci Ramadhan dengan hidangan mewah di Restoran Zest. Bertemakan "Juadah Tradisi Desa", ianya menampilkan rasa hidangan istimewa yang disediakan untuk kepuasan para tetamu.

Tetamu boleh menikmati hidangan bufet Ramadhan dari 24hb April sehingga 23hb Mei 2020 bermula jam 6.30 petang dengan pelbagai pilihan juadah untuk dipilih setiap minggu. Berbuka puasa kita akan diiringi oleh pemuzik Ghazal sambil menikmati hidangan mewah pada waktu tersebut.

"Bulan Ramadhan adalah bulan istimewa untuk diraikan bersama keluarga dan kawan-kawan seperti mana mereka meraikan kedatangan bulan mulia dengan semangat bulan suci itu sendiri, "kata Encik Jason R. Bak, Pengurus Residen. "Dengan menghadirkan kualiti dan kepelbagaian hidangan secara tradisi adalah keutamaan kami bagi memastikan ianya memenuhi kehendak para tetamu" tambahnya.



Hidangan bufet ini terdiri daripada makanan tradisi seperti Nasi Beriyani, Kambing Golek, Rendang Daging, Ikan Asam Pedas, Sayur-sayuran, Sambal Sotong dan lain-lain. Tidak lupa juga dengan pencuci mulut tradisi seperti Cendol Gula Melaka, Ubi Kayu rebus,  Kuih Kaswi, Cek Mek Molek, Sira Labu dan Agar-Agar Bandung. Gabungan pencuci mulut tradisi dan barat ini semestinya tidak boleh dilepaskan.

Menu bufet yang berharga RM118.00 nett (dewasa) dan RM78 nett (kanak-kanak) boleh dapatkan bermula 1hb Mei dan seterusnya harga istimewa early bird pada RM98.00 (dewasa) dan RM68.00 (kanak-kanak) adalah untuk pengunjung yang menikmati hidangan berbuka puasa pada minggu pertama antara 24hb April - 30hb April 2020. Bagi pengunjung yang ingin makan secara berkumpulan dan keluarga besar, Boleh dapatkan pembelian Buy 10 Free 2 baucar dengan harga RM1180.00 setiap buklet memberikan penjimatan sehingga 16%.



Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Zest di 06-289 9962 atau e-mel di sales@ramadaplazamelaka.com

Mengenai Ramada Plaza by Wyndham
Terletak di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Ramada Plaza by Wyndham Melaka adalah hotel lima bintang antarabangsa yang dikendalikan oleh Wyndham Hotels and Resort, kumpulan hotel terbesar di dunia yang menyediakan keselesaan kemewahan abadi. Hotel 294 bilik ini menawarkan suasana baharu yang diubahsuai dan segar! 

Bilik luas menghadap pemandangan Sungai Melaka yang berliku dan sekitarnya atau luasnya pemandangan Chinatown serta Selat Melaka dengan penginapan single, double dan suite. Ciri-ciri kemudahan termasuk sarapan percuma, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, pusat kecergasan, spa, bilik mesyuarat, 3 ruang makan dengan lounge bar serta lounge kelab eksklusif di tingkat atas menghadap pemandangan indah. Ciri² bilik termasuk kemudahan seperti Wi-Fi percuma, pengering rambut, skrin rata televisyen, katil roll-away, televisyen, kemudahan bilik mandi, saluran filem percuma. Turut menawarkan pilihan perkhidmatan hantar-jemput percuma ke tempat-tempat tarikan utama seperti Jonker Street, Sungai Melaka dan kawasan membeli-belah dalam beberapa minit sahaja.


Pertanyaan mengenai katering dan

tempahan fungsi jamuan, sila hubungi perancang acara mesra ;



Juadah Tradisi Desa
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

14 Comments

Qeela said…
Fuh sedapnya tengok segala juadah yg ada disediakan kat sana tuu! Berderet2 ye menu dia hehe seronok pulak. Ni yg teringin nk pergi berbuka kat sana nnt tuu haha insyaAllah kalau ada rezeki dan ke Melaka nnt boleh usha2 😁
Kak Fas said…
Menarik gak ni tapi jauh sangat la pulak nak g. Mana tau jika ke Melaka nanti boleh la stop buka puasa di sini.
Mira Cikcit said…
Harga dia untuk makan ramai-ramai not bad, tengok menu pun banyak selection. Rasa kalau bawak satu keluarga buka puasa ramai-ramai ni seronok ni. Tambah ada macam-macam jenis makanan.
Nadia Johari said…
Woww dekat melaka ye.. Semua menu nmpk sedap.. Ada macam-macam.. Bulan puasa dh nk dekat.. Sesekali makan luar.. Mkn buffet mcm ni best
Ruby said…
Bestnya. Menyelerakan! Beruntung orang melaka. Hehehe. Nanti kalau ke Melaka bleh la berbuka kat sini.
Zaza Azman said…
nampak sedap2 makanan nya.. habis la diet time puasa mcm ni kalau asyik makan buffet sedap2 ni..hihiih tapi boleh la cuba kalau ke melaka nnt..
Mimie said…
Banyak juga menu berbuka puasa yang ada. Semua nampak sedap. Pakej yang ditawarkan pun menarik.
De Alif said…
Menariknya... tengok gambar je pun dah terliur Chaxa... banyak betul variasi makanannya... last kami sekeluarga ke area berdekatan Wyndham Hotel Ramada ni pada tahun lepas bulan Julai kalau tak silap... bolehlah nanti cari masa untuk check out menu-menu istimewa ni... thanks for sharing ya Chaxa...
Aerill Hassan said…
kalau ke melaka bulan ramadhan nanti bolehlah buka puasa kt sini :) banyak juga menu2 makanannya :)
Hanny Abdullh said…
Malam2 tgok makanan sedap mcm ni buatkan perut rasa lapor pulak..hehehe. Kalau dekat boleh le berbuka disana..tapi jauh bebenor. Kalau terlalu sana bulan puasa nanti bole le nyinggah
Sis Lin said…
Wowwww ini kalau kata Ramada Hotel, jangan cakaplah, memang kalau buffet dia sedap le kann...nengok menu je dah tau dah...kita suka ke Ramada ni kalau ke Melaka, servis dia toptop!
Dikbee said…
Pernah gak ada tahun bila tah kena pi Melaka time bulan puasa. Jenuh gak nak cari tempat untuk berbuka sebab tak familiar area sana. Ha, andai kata tahun ni ada pi Melaka lagi boleh la masukkan lokasi dalam list.. hehe
Cik Min said…
SEdapnya semua juadah tapi jauh la pulak kak min nak gi hehe tp leh suggest kat kakak yang stay sana
Zharif Azis said…
Uishhh nampak menyelerakan sungguh hidangan buffet ramadan di sini ya. Kalau dtg melaka boleh singgah nie