بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Makan Ubat
Nak ambil ubat ini, korang kena minta nasihat doktor okay. Jangan memandai-mandai. Cx memang dibagi dan disarankan sebab selepas bersalin, memang inilah ubat yang cx makan untuk bantu proses pembuangan. Almaklum, jahit banyak masa anak pertama dan kedua. Anak ketiga jahit juga tapi sikit. Itupon Allah! Seksa gak. Lagi bertambah teruk buasir kali ini. Jadi, ubat ini sangat membantu. Tapi, korang kena banyak minum air putih. Ada kesan sampingan dia tau. Sebab itu suruh minta saranan doktor. Contoh ubat seperti gambar di bawah. Cara makan dia, pergi tanya doktor. Lain tahap buasir, lain ubat dia ya. Ingat tu!
Buasir: Tips Elak Jadi Lebih Teruk | Siapa yang pernah hadap buasir? Allahu! Seksanya. Punca buasir tak payah cakaplah, ada macam-macam sebab. Antaranya adalah bersalin. Para ibu, mommy bonda pasti faham sangat. Rasanya semua pernah hadap buasir ini selepas bersalin. Itu pengorbanan ya. Ingat senang ke selepas bersalin, anak keluar dah selesai? Tempoh berpantang dan paling azab adalah part buasir. Nak membuang sangat sakit disebabkan jahitan dan luka bersalin. Ditahan-tahan sebab sakit, akhirnya jadi buasir. Memang azab. Sungguh azab! Bukan sekali tapi berkali-kali ikut kepada bilangan anak-anak. Fuh!
Cx pon tidak terkecuali ya, almaklum dah anak tiga. Masa anak pertama lagi dah kena. Allah! Memang sakit. Anak kedua pon kena juga. Paling lama kena, ini haa, tengah hadap. Selepas bersalin anak ketiga. Tapi Alhamdulillah cx dapat atasinya selepas membuat sedikit pembacaan dan minta nasihat doktor. Buasir bukan benda lawak ya. Jadi entry ini, cx nak kongsikan tips untuk elakkan buasir kita menjadi teruk. Lagipun, buasir adalah satu keadaan yang rasanya tak perlu segan untuk diberitahu kepada doktor dan boleh dibincangkan sesama kita. Bukan tak ada perasaan malu tapi semua orang pon sekarang dah peka dengan penyakit ini. Jom cx kongsikan tips. Mudah²an bermanfaat.
Membuang Ikut Gesa.
Bila dah ada buasir, tolong jangan ditahan-tahan. Sila buang ikut masa gesaan dia. Jangan ditunda. Kalau tunda, nanti dia akan menyebabkan najis jadi keras. Bila keras, korang faham sendirilah, seksa oii nak keluar! Berjam² dalam tandas tapi tak berjaya pon. Serius!

Jangan Teran / Ikut flow
Korang tolonglah jangan diteran bila nak membuang. Kalau tak teran macam mana nak keluarkan? Ya betul tapi bukan kita yang teran dengan paksaan. Biarkan tekanan itu datang sendiri daripada hasil kecutan usus besar yang menolak najis keluar. Masa ada kecutan berlaku itu, korang kawal pernafasan untuk bantu penolakan. Macam korang teran masa bersalinlah senang. Tarik nafas, hembus. Hahaa! Eh! Ini serius! Bila dah buasir, gerenti luka. Jangan tipu!

Guna Pelincir
Kalau korang susah nak membuang waima dah makan yang sihat² untuk kelancaran, korang dinasihatkan guna gel atau pelincir. Pelincir diletak di muncung tempat keluar najis. Dub*r. Maaf atas penggunaan perkataan tersebut. Dah letak pelincir, InshaaAllah mudah sikit waima masih pedih. Jangan teran okay waima dah letak pelincir.
Kalau korang susah nak membuang waima dah makan yang sihat² untuk kelancaran, korang dinasihatkan guna gel atau pelincir. Pelincir diletak di muncung tempat keluar najis. Dub*r. Maaf atas penggunaan perkataan tersebut. Dah letak pelincir, InshaaAllah mudah sikit waima masih pedih. Jangan teran okay waima dah letak pelincir.
Makan Ubat
Nak ambil ubat ini, korang kena minta nasihat doktor okay. Jangan memandai-mandai. Cx memang dibagi dan disarankan sebab selepas bersalin, memang inilah ubat yang cx makan untuk bantu proses pembuangan. Almaklum, jahit banyak masa anak pertama dan kedua. Anak ketiga jahit juga tapi sikit. Itupon Allah! Seksa gak. Lagi bertambah teruk buasir kali ini. Jadi, ubat ini sangat membantu. Tapi, korang kena banyak minum air putih. Ada kesan sampingan dia tau. Sebab itu suruh minta saranan doktor. Contoh ubat seperti gambar di bawah. Cara makan dia, pergi tanya doktor. Lain tahap buasir, lain ubat dia ya. Ingat tu!
Okay, itu antara tips yang cx boleh kongsikan. Seksa oii bila kena buasir ini. Cx boleh cakap, biar bersalin banyak kali tak mengapa, boleh hadap tempoh berpantang, koyak, kena gunting , jahit segala tapi bila buasir, cx surrender! Dia punya azab itu, macam kau bersalin tiap² hari kena gunting tau! Ggggrrr! Ngeri. Jadi, semoga ada sedikit manfaat daripada perkongsian ini okay. Nanti cx kongsikan pula tips untuk mempercepatkan buasir baik. InShaaAllah
Jaga Kesihatan
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
3 Comments