Berbuka Puasa Ala Istana & Hotel 5 bintang di Villa Istana Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

5 Mac 2020 Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka. Berbuka Puasa Ala Istana & Hotel Lima bintang, Dengan Harga Sangat Bepatutan. | Villa Istana Melaka kembali lagi dengan Sajian Menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan bersama aneka juadah, menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan, antara menu yang disediakan adalah Nasi Beriani dan Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, dan sebagainya di hidangkan secara ekslusif pada 13 “stall” pilihan.



Antara menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka menjamin sajian makanan bertaraf lima bintang bagi memenuhi citarasa ramai. Layanan dan perkhidmatan yang cemerlang  disediakan kepada tetamu apabila menikmatij berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2020. Villa Istana Melaka juga menghidangkan hawa telinga semua pengunjung Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan persembahan hiburan Islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne.




Villa Istana Melaka juga menyediakan Bilik Solat Khas agar para pelanggan dapatm solat Maghrib dan Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa. Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri MelakaB Bersejarah. Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung daripada 25 April sehingga 20Mei. Harga Nilai Hebat yang ditawarkan adalah RM49 untuk dewasa dan RM39 kanak –kanak.




Harga Pakej Tempahan
Tempahan boleh dibuat pada hari biasa dan Villa Istana Melaka menawarkan promosiE Bird serendah RM45 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak kanak dan warga emas. Diskaun untuk tempahan awal sebelum 24 April 2020. Bagi penjimatan, pastikan korang membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan! Tawaran Super Early Bird hebat dengan harga hanya RM35 untuk dewasa dan RM25 kanak-kanak serta warga emas diberikan khusus untuk pengunjung Preview Buffet Ramadhan2020 @ villa Istana Melaka. Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakejy sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebutb dengan lancar dan selesa.




Mengenai Villa Istana Melaka
Villa Istana Melaka, singgahsana mewah yang tersergam indah di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah, menjanjikan suasana pinggir bandar yang tenang dan mendamaikan. Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan yang eksklusif serta ruangan yang didekorasi indah bagi penganjuran pelbagai majlis khas dan istimewa untuk memenuhi serta menepati citarasa juga keperluan tetamu. Bagi merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah, iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga-bungaan dan Kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.


Setiap dewan ini berkapasiti memuatkan seramai 500 orang tetamu pada satu-satu masa, pastinya selesa dan berbaloi. Bagi memberikan suasana keselesaan dalam urusan korporat, Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan Bilik Mesyuarat yang memuatkan seramai 20 orang serta Bilik Seminar berkapasitiuntuk 70 orang peserta. Villa Istana Melaka juga menawarkan 5 buah bilik penginapan mewah serta kemudahan kolam renang yang direka unik dan semestinya setiap detik yang diluangkan mampu melakarkan kenangan indah sepanjang percutian anda di sini.


Suasana kehijauan yang mengelilingi persekitaran Villa Istana Melaka juga bersesuaian untuk aktiviti ‘outdoor’ sambil menikmati panorama dan pemandangan pinggir Bandar Melaka. Di samping semua kemudahan yang disediakan, Villa Istana Melaka juga menitikberatkan tentang citarasa dan kualiti sajian yang dihidangkan serta perkhidmatan yang cemerlang. Dengan Villa Istana Melaka diyakini halal dan mesra pengguna. pengalaman selama 14 tahun di dalam bidang perkhidmatan katering dan pengurusan acara, daripada majlis perkahwinan sehingga majlis rasmi, sajian menu yang dihidangkan sentiasamendapat pengiktirafan kepuasan daripada pihak pelanggan.



Pengalaman ini juga meletakkan Villa Istana Melaka berkemampuan untuk mengendalikan sebarang jenis majlis keraian untuk memenuhi kehendak dan citarasa para pelanggan. Dengan berkonsepkan “in house halal kitchen”, sajian disediakan dan dihidangkan sendiri oleh chef terlatih oleh Villa Istana Melaka untuk mengekalkan kualiti sajian.Villa Istana Melaka sentiasa berusaha untuk memenuhi impian anda sebagai destinasi terbaikbagi penganjuran pelbagai majlis dan percutian anda.


Villa Istana Melaka. . 
Your One Stop Hospitality Villa

Maklumat lanjut, boleh hubungi: 
VILLA ISTANA MELAKALot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka 

+6 06 – 233 0205 / +6 0162580734Fb: @IstanaMelakaInsta: @villaistanamelaka

Berbuka Puasa Enak Rasa
Lahirkanlah Keikhlasan diahatimu

Post a Comment

19 Comments

Fadima Mooneira said…
Good berbuka puasa package this hotel offers. Semoga dapat sambutan baik. Thank you for your recommendation. Have a good day.
Mimie said…
Pakej yang ditawarkan menarik kan. Menu pun banyak untuk kita pilih masa berbuka nanti. Semua nampak sedap
Ezna Khalili said…
Nampak best la kalau dapat berbuka puasa kat sini. Tempat pun cantik. Harga memang antara yang termurah juga la...
Cuppy Cake said…
Looks yum! Should go and try!
Dah lama tak pergi ke Melaka!I am gonna go!
Thanks for sharing!
ajumohit said…
bolehlah cuba berbuka puasa di sini, paling suka dengan main course dan ditambah dengan dessert yang sedap dan menyelerakan. Dapat tengok gambar pun dah tahu ianya menyelerakan
adianiez AIDA said…
kerap dgr villa istana ni.
tak pernah gi tgk je :)
cantik tempatnya... makanan pun ok.
tgk la nanti, berbuka di sana :)
dekat dgn umah.
Nadia Johari said…
Bulan puasa dh nak dekat.. Orang melaka bokeh masuk list villa istana ni sebagai tempat berbuka puas nnti.. Banyak menu.. Harag not bad
Syamimi Saad said…
Uii..
Nampak best dan menarik sangat ni.
Harga yang ditawarkan pun nampak berpatutan lagi dr pakej buffet yang lain.
Cik Renex said…
Wahhh makanan dia semua nampak menyelerakan. Lagi2 rendang tu.terliur ase..
Msti syok dpt berbuka dinsini sbb view yg cantik..
macam2 sajian ada kat sini..semua nampaks edap dan menarik..kalau time berbuka kat sini mesti meriah kan
Rawlins GLAM said…
Cantiknya deko di sini - memang semacam istana. Adakah ini petanda Rawlins kena masukkan juga dalam senarai lawatan untuk berbuka puasa kelak?
Hanny Abdullh said…
Menariknya tempat dia. Kalau dekat sure pergi utk berbuka..tapi tu lahhh..jauh sangat
Belum puasa lagi tapi bila tengok menu macam ni ya allah rasa tak sabar dah nak masuk bulan puasa macam ni
Mahamahu said…
Ini ker Villa Istana yang orang KL sanggup pergi untuk review kat sana hehehe tengok tempat cantik dan juga menarik ni... Harga pun tak semahal buka puasa kat KL ni huhuhu..
Nina Mirza said…
Wah... Meriahnya menu! Cantiknya tempat, dekorasi dia. Aduyai... Teringin nak datang sini laaaa.. Harga pun not bad. Cayalah
SalinaJohari said…
Cantik gak persekitaran Villa Istana ni. Rasa tenang nak buka puasa. Harga pun berbaloi sebab time berbuka bukan boleh sangat nak makan banyak pun. Kena grab early bird tu. Murah !
Aerill Hassan said…
memang macam istana! okay, dah masuk dalam senarai. in shaa Allah bulan puasa nnti terjah sini :)
Cik Min said…
Wah memang nampknmeriah betul makanannya ya! Untung la orang Melaka boleh berbuka kat sinj
nor ismalina said…
bestnya tengok lauk2 tu. menarik perkongsian. boleh gi nanti