بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
5 Mac 2020 Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka. Berbuka Puasa Ala Istana & Hotel Lima bintang, Dengan Harga Sangat Bepatutan. | Villa Istana Melaka kembali lagi dengan Sajian Menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan bersama aneka juadah, menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan, antara menu yang disediakan adalah Nasi Beriani dan Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, dan sebagainya di hidangkan secara ekslusif pada 13 “stall” pilihan.
Antara menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka menjamin sajian makanan bertaraf lima bintang bagi memenuhi citarasa ramai. Layanan dan perkhidmatan yang cemerlang disediakan kepada tetamu apabila menikmatij berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2020. Villa Istana Melaka juga menghidangkan hawa telinga semua pengunjung Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan persembahan hiburan Islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne.
Harga Pakej Tempahan
Tempahan boleh dibuat pada hari biasa dan Villa Istana Melaka menawarkan promosiE Bird serendah RM45 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak kanak dan warga emas. Diskaun untuk tempahan awal sebelum 24 April 2020. Bagi penjimatan, pastikan korang membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan! Tawaran Super Early Bird hebat dengan harga hanya RM35 untuk dewasa dan RM25 kanak-kanak serta warga emas diberikan khusus untuk pengunjung Preview Buffet Ramadhan2020 @ villa Istana Melaka. Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakejy sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebutb dengan lancar dan selesa.
Mengenai Villa Istana Melaka
Villa Istana Melaka, singgahsana mewah yang tersergam indah di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah, menjanjikan suasana pinggir bandar yang tenang dan mendamaikan. Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan yang eksklusif serta ruangan yang didekorasi indah bagi penganjuran pelbagai majlis khas dan istimewa untuk memenuhi serta menepati citarasa juga keperluan tetamu. Bagi merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah, iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga-bungaan dan Kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.
Setiap dewan ini berkapasiti memuatkan seramai 500 orang tetamu pada satu-satu masa, pastinya selesa dan berbaloi. Bagi memberikan suasana keselesaan dalam urusan korporat, Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan Bilik Mesyuarat yang memuatkan seramai 20 orang serta Bilik Seminar berkapasitiuntuk 70 orang peserta. Villa Istana Melaka juga menawarkan 5 buah bilik penginapan mewah serta kemudahan kolam renang yang direka unik dan semestinya setiap detik yang diluangkan mampu melakarkan kenangan indah sepanjang percutian anda di sini.
Suasana kehijauan yang mengelilingi persekitaran Villa Istana Melaka juga bersesuaian untuk aktiviti ‘outdoor’ sambil menikmati panorama dan pemandangan pinggir Bandar Melaka. Di samping semua kemudahan yang disediakan, Villa Istana Melaka juga menitikberatkan tentang citarasa dan kualiti sajian yang dihidangkan serta perkhidmatan yang cemerlang. Dengan Villa Istana Melaka diyakini halal dan mesra pengguna. pengalaman selama 14 tahun di dalam bidang perkhidmatan katering dan pengurusan acara, daripada majlis perkahwinan sehingga majlis rasmi, sajian menu yang dihidangkan sentiasamendapat pengiktirafan kepuasan daripada pihak pelanggan.
Villa Istana Melaka. .
Your One Stop Hospitality Villa
Maklumat lanjut, boleh hubungi:
VILLA ISTANA MELAKALot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka
+6 06 – 233 0205 / +6 0162580734Fb: @IstanaMelakaInsta: @villaistanamelaka
Lahirkanlah Keikhlasan diahatimu
19 Comments
Dah lama tak pergi ke Melaka!I am gonna go!
Thanks for sharing!
tak pernah gi tgk je :)
cantik tempatnya... makanan pun ok.
tgk la nanti, berbuka di sana :)
dekat dgn umah.
Nampak best dan menarik sangat ni.
Harga yang ditawarkan pun nampak berpatutan lagi dr pakej buffet yang lain.
Msti syok dpt berbuka dinsini sbb view yg cantik..