بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Siapa yang tak kenal dengan produk Suchi? Suchi merupakan produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram. Dah tak perlu lagi nak risau tentang bahan² yang ada dalam produk untuk digunakan ketika di tanah suci. Suchi sekarang mempunyai lebih daripada sepuluh (10) produk dan set dan mereka berusaha untuk memberikan kemudahan, keselesaan kepada jemaah haji serta umrah daripada segi penjagaan diri. Jadi kali ini, cx nak kongsikan satu lagi produk baru daripada Suchi iaitu Pencuci Muka Suchi.
Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera dan AQUA CACTEEN. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan menghidratkan kulit. Tanpa pewangi dan alkohol serta sah digunakan ketika ihram. Kelebihan pencuci muka Suchi kali ini adalah, pihak Suchi menggunakan Aqua Cacteen sebagai salah satu bahan yang ada dalam ramuan produk mereka.
Kalau korang nak tahu, kenapa cx tekankan untuk cerita tentang Aqua Cacteen ini sebab Syarikat Suchi merupakan syarikat pertama yang menggunakannya di Malaysia. Ini serius tau! Apa yang menarik tentang Aqua Cacteen ini adalah Aqua Cacteen atau nama saintifiknya Opuntia Ficus Indica mampu mengekalkan kelembapan kulit dan ianya mempunyai jumlah Vitamin E yang lagi besar berbanding Argan Oil. Seperti yang korang tahu dan maklum bahawa Argan Oil sangat bagus digunakan dalam segala aspek, bayangkan dalam Aqua Cacteen ada 150% lebih banyak vitamin E. Fuh! Memang terbaik kalau korang guna Pencuci Muka Suchi ini. Gerenti tak cari lain. Cx bukan cakap kosong tau tapi siap ada sumber kukuh lagi. Korang boleh rujuk SINI okay. Jangan ragu, terus klik dan baca tau!
Lagipun, sekarang cuaca di Tanah Suci adalah kering waima dalam musim sejuk. Apatah lagi kalau pada musim panas. Di sana tetap kering. Jadi, Pencuci Muka Suchi adalah pilihan terbaik untuk digunakan di sana dengan kelebihan yang dimiliki. Kalau korang nak tahu, pencuci muka Suchi telah terjual sebanyak 3,000 lebih untuk kegunaan Jemaah Umrah dan Haji Malaysia, Singapura dan Brunei. Alhamdulillah! Memang hebat!
Cara Guna pencuci muka Suchi:
Letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan. Sapu dan urut pada muka. Kemudian, bilas sehingga bersih.
Letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan. Sapu dan urut pada muka. Kemudian, bilas sehingga bersih.
Jom cx kongsikan cara guna melalui video dibawah supaya korang lebih yakin untuk menggunakan pencuci muka Suchi secara efektif dan konsisten.
Review Peribadi:
Cx dah cuba gunakan pencuci muka Suchi dalam tempoh seminggu dan hasilnya, pada hari pertama penggunaan; cx dah jatuh hati dengan kesegarannya. Tiada pewangi dan alkohol tetapi bau pencuci muka ini sangat segar! Cx suka sangat.
Pencuci muka Suchi ini dalam bentuk cecair tau, ianya tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. Bak kata orang putih, just nice! Apabila diletakkan di tapak tangan dan digosok, ianya mengeluarkan buih. Cuma sedikit sahaja diperlukan tau! Jangan picit banyak-banyak.
Setelah mencuba pencuci muka Suchi ini, apa yang cx dapati adalah kulit muka cx jadi kekal lembab dalam tempoh masa yang panjang. Kulit muka macam baby, tidak kering pon. Almaklum kulit muka cx sejenis normal to dry. Jadi ianya sangat masuk dengan cx. Lagipun vitamin E kan merupakan pelembab terbaik untuk kulit. Jadi, tidak hairanlah pencuci muka Suchi mampu memberikan impak positif kepada penggunanya. Selain itu, cx perasan yang liang pori makin mengecil. Jika liang pori besar sebelum ini, kita pegang muka pon rasa macam kasar tau, tapi setelah menggunaakan pencuci muka Suchi ini, Alhamdulillah sangat. Liang pori mengecil dan membuatkan kulit muka cx licin. Yeah!
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://instagram.com/suchiofficial
Suchikan Wajahmu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
1 Comments