Program Komuniti McDonald’s santuni rakyat Kelantan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

 Sejumlah RM545,000 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

PASIR PEKAN, 26 November 2019 – Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya, McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545 ribu  dibawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan dibawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuk pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami komited membantu golongan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara memandangkani ia merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihakmembolehkan kami terus menjayakan inisiatif-inisiatif kemasyarakatan ini, seterusnya meringankanbeban yang ditanggung oleh golongan ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan OperasiTempatan McDonald’s Malaysia
"Kami juga berharap pembukaan  restoran  terbaharu di   Kelantan  ini   mampu  menjadi nilai   tambahkearah merancakkan lagi ekonomi negeri – khususnya melalui peluang pekerjaan dan pembangunanbakat melibatkan masyarakat setempat. Kami percaya dengan pertumbuhan perniagaan yang positif,bermakna   lebih   besar   peluang   kami   untuk   menyumbang   kepada   manfaat   masyarakat   secara menyeluruh,” tambah Azmir yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.

(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Kelantan untuk tahun 2019 kepada (kanan) Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, pegawai zakat Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , sambil disaksikan oleh YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan. 

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia 

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada PusatPungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entitiperniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agamauntuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakatyang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh LionhornPte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selamai 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30peratus kelas teori di bilik darjah.

Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan.
Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD),Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kelantan untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukanuntuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkanstatus ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir programini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan daninsurans, serta makanan percuma.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Setiap pelatih akan menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma sepanjang program latihan tersebut. 

(kiri-kanan) Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO; Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Kelantan yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,400 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 48 sekolah di serata Kelantan akan menerima pek ini.

Program “Kembali ke Sekolah” 
Lebih 1,400 kanak-kanak dari 48 sekolah di seluruh negeri Kelantan akan menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui olehMcDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.Program “Kembali ke Sekolah” yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu,merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah danmiskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehinggapenghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah,sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali keSekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pulamenyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangansebanyak RM1.2 juta.


RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuankepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Initermasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.

Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua diMalaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan merekaberada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam.

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia. 


Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawanganrestoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara denganmewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latar Belakang RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskankeuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHCmenjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan  dan Kebajikan.

Program²  ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalamkehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan denganpembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripadasumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan jugatajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia +603.7843.3236
WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Nasri Nordin | Norazizan A. Manaf, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia +603-7843.3388
Nasri. Nordin@my.mcd.com | Azie.Manaf@my.mcd.com

Jacalyn Kow, Lumos Hill+Knowlton Strategies +6012.961.8271
jacalyn.kow@hkstrategies.com

Azwa Rahmat, Lumos Hill+Knowlton Strategies +6011.1131.3106  azwa.rahmat@hkstrategies.com

Ringankan Beban
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

2 Comments

Illya LeYa said…
Alhamdulillah... McDonald's Malaysia semakin bertambah baik melaksanakan aktiviti-aktiviti membantu orang ramai yang memerlukan. Didoakan ia terus berbuat baik dari hari ke hari yang akan datang.
Dura Norell said…
Semoga usaha murni sebegini akan diteruskan utk meraikan golongan yg memerlukan